Akhirnya penantian untuk pelengkap trilogi terakhir BAGAIKAN PUTERI dan CINTA SANG RATU berakhir dengan HIJAB SANG PENCINTA. Novel yang amat-amat dinantikan oleh peminat novelis RAMLEE AWANG MURSYID termasuklah diri saya sendiri.
Dengan Hijab Sang Pencinta ini, maka terjawablah pengakhiran kisah hidup di antara Laksamana Sunan (Saifudin) dan Haryani yang berlainan zaman. Pengakhiran yang agak menyedihkan tetapi tidak mengecewakan! Itu sudah semestinya bagi kebanyakkan karangan Ramlee Awang Mursyid.
Watak Laksamana Sunan masih tidak berubah dengan sikap dan sifatnya yang bertaqwa, istiqamah, bersabar dan berani. Namun dia sebagai manusia biasa masih tidak dapat lari dari fitrah seorang manusia yang amat merindui mereka yang tersayang. Dia terkenal dengan gelaran ‘lelaki berduka dari Tanah Rencong’.
Bagi kronologi kali ini agak tidak terlalu berat berbanding Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Hijab Sang Pencinta terbahagi kepada dua zaman yang berbeza di mana kisahnya tidak dicampuradukkan di dalam satu masa. Pada awal penceritaan, menceritakan tentang perjalanan Laksamana Sunan untuk pulang ke tanah kelahirannya, Kampung Punggor. Sepanjang perjalanan, dia diduga dengan berdepan musuh-musuh ALLAH yang ingin membalas dendam terhadap dirinya. Dugaannya kepadanya masih berterusan apabila tiba di kampungnya dengan kehilangan orang yang tersayang dan dendam dari mereka yang benci terhadapnya termasuk sultan Melaka. Namun akhirnya dia ‘dicampak’ ke abad 21 yang akhirnya bertemu dengan Haryani.
Banyak peringatan yang ingin disampaikan pengarang kepada pembaca melalui Hijab Sang Pecinta. Setiap dugaan yang melanda perlu dihadapi dengan penuh kesabaran disamping memohon pertolongan daripada MAHA PENGASIH DAN PENYANYANG. Berlapang dada dengan apa yang telah ditakdirkan dan bersangka baik terhadap ALLAH. Tiada satu pun yang akan kekal di dunia ini. MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH.



secara jujurnya, ana memang tunggukan novel terakhir ni. tapi terpaksa bersabar sampai cuti sem baru nak baca, best sket.
wah nak bace bk ni..tak sabo nye..jgn lp bwk blik
Assalam mu alaikum wr wbt
Baru aje jumpa blog ini. So tambah lagilah para blogger dekat sanak saudara. Sekian TQ
nak pinjam!!! xsbr nk bace hehe
Alahaii.. jangan la letak nama penuh aku kat ruang “BLOG” tu. Guna la nama ncikname aku – kipp. Barula vogue… hahaha. Tukar tau!
ika baru beli… best sangat2..emm
hehe sori mmg busy
emmm…best baca hijab sang pencinta…banyak ilmu ghaib kt blaja…
pernah termimpi laksamana sunan mase tido?xpenah?try la bace buku ni..bace semua tau..
best novel nie… mula2 x layan tp layan la gak akhirnya…lps baca.. sampai skarang teringat!!!!
adik dah baca,memang best cite ni…but for me ending dia x berpa best geram gak….hamid tembak kepala sunan..klu hamid guna parang or pisau mesti sunan dpt tewaskanya
..anyway cite ni mmg best,adik tabik pengarang ni
salam. hi semua. just nk inform. kalau nk bersembang dengan abang ramlee awang murshid, bolehlah berkelana ke blog RAMfc. http://www.simurl.com/ram abang ramlee biasanya online pada waktu rehat (weekdays) jam 1-2ptg. roger.
saya bru je hbs baca cter ni… best mmg la best… tp ending dia sedih btl.. knp la hamid mncul? saya dah tbayang2 yg saifudin ngan haryani nak nikah dan saifudin menyesuaikan diri dkt zmn skrg… cba la saifudin dpt teruskan hdp di abad ke 21 bsama haryani… kan best… sedih la klau dani je kahwin… kesian kat haryani…
salam…. saya mnat gak citer nie…
sori lmbat bg cmment….
tapi sya nak tau apa lg yg jd??
saya x baca lagi crita nie…
x sempat…
huhu
best bt0l buku 2!!!!
mule2 x phm, lme2 bru phm..
wakaka
salam..
ummm bru jep jumpe blog ni..
laksamna sunan meninggal ke??
alamak…. msti sdih kan…
ni yang makin xsabar nak bace ni.. hehehehehehe
pe2 pun.. ske watak laksamana sunan..
macam sayang je laksamana xdapat bersama dgn haryani..
anyway.. RAM is the best!!!^_^
blum baca lg. dr komen2 nampak cam best. anyway nak try baca gak. nak beli ari ni cadangnya… kedai buku on d way balik opis kat bkt bintang…
sy pun dh baca buku ni.mmg sedih ending dia tp saya rs itulah yang sepatutnya. Sunan tu x sesuai hidup kat zaman ini. Terlalu byk kejahatan pd ms kini yang t’sembunyi utk di hadapi oleh manusia sepertinya.Btw, sy rasa Sunan tu blum mati lagi la…bktinya, kalau korang dah baca novel 9 nyawa, ada preview psl sambungan kisah sunan dalam novel 2,tajuknya…CINTA SUFI…
buku ni mmg hebat lah! sy jth cinta pada keperibadian laksamana sunan….
saya dah baca ketiga2 novel ni n cnext coming is CINTA SUFI….mm disinilah bermulanya titik perubahan dalam hidup saya..dari seorang yang lalai n alpa, saya berubah ke arah kebaikan..kesedaran saya bermula di sini..di sebalik penceritaan ini…alhamdulillah…
rasanyer banyak yang berkaitan dengan saya ..maybe secara kebetulan…lagi tambah berkesan coz watak nyer kebetulan sama dengan nama saya..HARYANI
ha3.. ini rupanya wajah ku.. tunggu ku.. dengan kemarahan ku.. ini pelawan mu.. akan tiba di hadapan mu.. pahlawan dari lagit sudah tiba… 1 ku rebah..1000 kali ku bagkit… best hidup di dunia ini.. macam2 ada.. hu3………….
saya baru saja habis baca Cinta Sang Ratu dan sekarang sedang menghabiskan Bagaikan Puteri. Agak pelik skit sbb baca buku ke2 then patah balik buku pertama. Tapi tak mengelirukan, ala2 filem star trex yg kedepan kebelakang then kedepan semula.
Pembacaan buku ramlee ni pun bermula dari 9 nyawa.
Sejujurnya, saya bagaikan berada di samping laksamana ketika membaca karangan hebat RAM. Dan sekarang tidur sering terganggu dgn wajah hebat lelaki yg berduka dr tanah rencong itu.
Sebagai insan, aku sayang padamu…………
CINTA SANG RATU tu smbungang cter BAGAIKAN PUTERI kew????
mne nk cri bku smbungang BAGAIKAN PUTERI nie huh!!!
saya nie terbalik membaca..saya baca SUTERA BIDADARI dulu, so agak confious gakk..tapi bila baca 2 kali..lama2 terasa jatuh cinta lak ngan laksamana sunan.. so saya kena baca dari novel yg pertama lahhh… saya nk cari buku.. bagaikan puteri , cinta sang ratu and last sekali hijab sang pencinta..