Jika dakwah itu kita bahagi-bahagikan dalam hati kita, pasti hati kita dikuasai oleh bahagian lain
Jika dakwah itu kita bahagi-bahagikan masanya, pasti masanya akan dicuri oleh masa yang lain
Jika dakwah itu kita buat bila kita rasa nak buat, pasti pemilihan kita lebih berat kepada apa yang kita seronok nak buat
Jika dakwah itu kita letakkan pada kata-kata sahaja, pasti kita banyak main-main
Jika dakwah itu kita fikir bila kita nak fikir, pasti kita lebih banyak memikirkan hal lain selain dakwah
Jika dakwah itu kita berkira-kira nak lakukan, pasti kita akan lebih berkira untuk diri kita
Jika dakwah itu kita rasa kita je yang buat, pasti kita tak mampu nak buat
Jika dakwah itu kita rasa menyusahkan, pasti kita pilih nak rileks sahaja
Jika dakwah itu kita rasa untuk orang yang tertentu sahaja buat, pasti kita takkan buat
Jika dakwah itu kita buat atas kepentingan diri sendiri, pasti kita akan tinggalkan bila dah dapat
Jika dakwah itu kita buat sebab orang, pasti bila orang tu tak ada, kita tak nak berdakwah
Jika dakwah itu kita buat asal jadi, pasti tak jadi apa-apa
Jika dakwah itu kita nak tunjuk kita ni bagus, hebat, pasti kita tak akan buat bila dah tak ada orang cakap kita ni bagus, hebat
Jika dakwah itu kita letakkan syarat, pasti kita akan tinggalkan dakwah bila tak penuhi syarat
Jika dakwah itu kita pilih-pilih nak buat apa, pasti kita tak akan buat apa-apa pun untuk dakwah
Jika dakwah itu kita buat suka hati, pasti itu bukan dakwah
Jika dakwah itu kita tak fikirkannya dalam setiap perkara kita lakukan, pasti kita bukan seorang pendakwah!

