Ke 23…

Alhamdulillah rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dengan mengizinkan hambaNYA untuk meneruskan kehidupannya di muka bumi ini. Dengan izinNYA di temani teman-teman dan sahabat menceriakan lagi kehidupan ini walaupun berjauhan daripada keluarga namun itu bukan satu penghalang untuk diri ini meneruskan perjuangan di bumi UTM yang tercinta.

18 Julai 2008, merupakan tarikh yang saya nantikan untuk tahun ini. Alhamdulillah, ia jatuh pada hari Jumaat, hari yang penuh berkat. Penantian penuh dengan debaran diikuti pelbagai ujian yang Allah sahaja yang tahu. Namun hati ini tetap teguh untuk meneruskan kehidupan untuk hari mendatang kerana hati ini yakin yang Allah sentiasa ada di sisi ini. Hanya dengan keyakinan sahaja yang mampu membuktikannya.

SELAMAT HARI LAHIR….itulah ucapan yang saya terima dari jam 12 malam sehingga 11.59 malam pada hari semalam. Selain itu diraikan dengan sahabat handai dengan pelbagai gurauan yang membuatkan saya bahagia. Sebelum ini ada juga yang ucap lebih awal. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua, bagi saya ia amat bernilai kepada saya…terima kasih…..:’)

Ini antara ucapan yang diterima

“Selamat ulang tahun ke 23=)…Di sini saya doakan agar hidup akak sentiasa dilimpahi dengan nikmat, rezeki kurniaan Allah S.W.T…Di samping juga akak gembira diusp bersama rakan-rakan di sini, family yang disayangi..=)” ~Pedang Islam

“HAPPY BIRTHDAY…Semoga dapat capai segala menda yang oak nak dalam idup! Chayok!” ~SamDean

“Salam. Happy birthday =) balik ke hantar abang De?” ~kak Ngah (soalan yang membuat hati ini sedih seketika…)

“Assalamu`alaikum…Selamat Hari Lahir…Semoga panjang umur…Selamat yang ke 23 tahun(^_~)” ~Nisbah

“Haha.tau.Selamat hari lahir.xde hadiah nak bagi la.nanti kome bg ek” ~yang arif (sedih kerana tidak sempat nak ucap selamat jalan)

“Umur semakin meningkat, ajal semakin dekat, da’wah masih panjang, untuk dijadikan peluang, buat seorang sahabat, supaya dia thabat, dengan iman dan taqwa kepada Allah ‘azzawajalla…” ~penjaga agama Allah

“hepi birthday…wish u happiness n prosperity and full of barakah…May God bless u..” ~ex-textile

Sebenar banyak lagi sms yang diterima daripada salimna, si pipi merah, haruman syurga, kecik, pocoyo…thanks a lot my friends…May Allah bless you. Untuk cahaya fitrah, terima kasih dengan hadiah yang diberi…saya amat menghargai sangat-sangat…InsyaAllah dengan hadiah itu, mungkin dapat membantu saya melalui kehidupan ini dengan lebih tabah…InsyaAllah…

Semua ini kenangan untuk masa hadapan…SELAMAT HARI LAHIR CAHAYA KEBAHAGIAAN ke 23….terlalu banyak kenangan pada hari semalam…

***rupa-rupanya terlalu banyak komen yang diterima kat friendster…terima kasih semua…maaf kerana tak dapat menyebut nama-nama sahabat semua…..

One Response

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: