Bila ia tiba…

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dapat mengharungi minggu yang agak ‘menyesakkan’. Disesakkan oleh 3 test, 4 assigment yang perlu disubmit hari jumaat, tugas untuk program pada malam jumaat dan bermacam lagi masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya cuba mengharungi segala macam masalah daripada yang sekecil-kecilnya, hinggalah yang sebesar-besarnya. Perancangan memang dilakukan dari awal minggu lagi, tapi disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan, akhirnya semua tertangguh. Rasa tension itu memang wujud, tapi akal sering mengingatkan hati yang ini segalanya ujian. Ya, ujian daripada Allah untuk menguji hambaNYA kerana sayangnya Allah pada kita supaya kita sering mengingatinya dan memohon pertolongan padaNya. Hanya padaNYa tempat pergantungan kita.

Bila difikirkan semula, rasanya ujian ini terlalu kecil. Namun hati ini agak goyah juga untuk mengharunginya kerana dalam satu masa bermacam perkara perlu diselesaikan. Namun bila difikirkan semula, diperhatikan semula, inilah nikmat kesibukan yang saya inginkan. Dengan kesibukan yang melanda, tiada masa dibuangkan begitu sahaja dan ia merupakan peringatan untuk masa hadapan. Peringatan untuk merancang dengan lebih baik. Tanpa perancangan, kita merancang untuk gagal.

Segalanya cuba dihadapi dengan tenang, namun ia memang agak payah bagi insan seperti saya. Walaupun keyakinan itu ada, kadangkala tetap dibisikkan yang diri ini lemah sehingga hampir menitiskan air mata. Tiba seketika waktu, saya bertanya pada diri, ‘Bahagiakah aku?’…ya, sebenarnya hati ini bahagia. Bahagia dengan segala macam perkara yang membawa kebaikan untuk diri sendiri. InsyaAllah…

Alhamdulillah, untuk hari ini 9 ogos, saya ditakdirkan untuk berjumpa dengan mereka yang tersayang. Walaupun hanya hampir 2 jam bersama tapi cukup untuk melupakan perjalanan hidup yang lalu. Membuatkan diri ini lupa seketika masalah-masalah yang dihadapi dan bakal di hadapi esok yang mendatang. InsyaAllah, untuk membuat persediaan untuk esok, masih ada waktu cuma terpulang pada diri ini untuk menguruskannya. Wallahu’alam…..

One Response

  1. ingatlh bhwa Allah sentiasa bersama2 dengan hambanya yg m’cri redhanya, smg kta smua dRedhaiNya…amin..smg kta dberi kkuatn utk mnmpuhi hdup dlm m’cri cintaNya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: