• Aqsa as-Syarif

    bantu palestin!
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kalendar

  • Hari-hari yang berlalu

    August 2008
    S M T W T F S
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Contengan Terbaru

  • Kritikus

    This Teacher is So D… on Kisah LI: Menjelajah Banjaran…
    eziey on Kenapa hijau?
    Nurichiroe Nurichiro… on Cinta Sufi
    abdul latif umar.. on YB Jonaidah Ahmad
    nihaja on Exercise for focus thinki…
  • Pusat Operasi

  • Archives

  • Kategori

Cahaya Penyembuh Imanku

Alhamdulillah, pada 23 Julai lepas pada jam 4.40 petang (selepas 5 hari tarikh kelahiran saya) kak hana @ kak long telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel sangat:) yang diberi nama Nursyifa’ Imani Bt Mohd Khairul Jihadi…panjang sungguh namanya disebabkan nama ayahnya yang panjang…huhuhu. Syifa’ dilahirkan di Hospital Selayang dengan berat 2.99kg. Alhamdulillah tak ada sebarang masalah ketika kelahirannya.

Dengan kelahiran syifa’, dengan rasminya saya mendapat gelaran Mak Teh:) …Sebelum ni panggilan mak teh hanya di panggil oleh anak-anak sepupu yang tak terkira banyaknya. Kelahiran syifa’ juga merupakan yang pertama dalam banyak perkara atau dalam bahasa jepunnya Numero Uno.(bukan jepun yerk?)

Beberapa hari lepas, saya sempat melepakkan diri di rumah abang long untuk pertama kalinya melihat anak saudara yang sangat comel:) …sempat la bermain, kacau waktu dia tidur, dukung dia mengusik dia…macam-macam la lagi. Sebenarnya saya tak berapa berani nak dukung bayi yang masih dalam pantang(tak tahu pun bayi ada pantang jg:P ). Tapi memandangkan Syifa’ sihat, dan badannya dah tegap, kepala tak lentok-lentok lagi…maka berani la Mak Teh dia ni bawa ke sana sini. Cuma sekarang tak berapa berani nak mandikan dia lagi;) .

Melihat gelagat Syifa’ buat orang sekeliling dia geram je. Dah la muka tu bulat, comel pulak tu. Rasa nak cubit-cubit pun ada. Lagi suka sebab tak banyak ragam. Kalau menangis pun hanya sebab lapar ataupun tak selesa sebab keadaan sekeliling yang panas dan basah(faham-faham la budak kecil). Pernah sekali waktu dukung Syifa’ cakap padanya jangan nakal-nakal, nanti Mak Teh marah. Mak Teh dah la garang…Boleh Syifa’ tersenyum. Alahai, comelnye. Macam faham-faham je apa Mak Teh dia cakap…macam nakal je besar nanti:P . Kalau masa dia tidur suka tengok masa Syifa’ merengek-rengek. Suara je keluar, tapi mata masih tertutup rapat. Kalau Syifa’ betul-betul mengantuk, angkatlah dia, dukung ke, buat bising ke atau macam-macam lagi, Syifa’ masih dengan mimpinya. Bila waktu mandi Syifa’ paling suka, sebab dia suka air.

Itulah la sedikit sebanyak cerita tentang anak saudara pertama saya, Nursyifa’ Imani. Harapan saya semoga Syifa’ menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik…InsyaAllah. Semoga Allah merahmati kehidupan Syifa’ kelak…Amin…

Comelnye Syifa' tido

Comelnye Syifa'

Tido ala Syifa'

Tidur ala Syifa'

Apa yang difikirkan tu Syifa'?

Apa yang difikirkan tu Syifa'

Tido dalam iman

Tidur dalam iman

Baiknya dia...

Baiknya dia...

Tido macam orang dewasa

Tidur macam orang dewasa

 

Syifa' dan Ayahnya

Syifa' kene bungkus...hehehehe

Syifa' bersama aki dan wan

Syifa' bersama aki dan wan

 

Syifa' bersama aki, wan, makcik2 dan pakciknya

Syifa' bersama aki, wan, makcik-makcik dan pakciknya

5 Responses

  1. huuhuhu…. numero uno tu bukan bahasa jepun la. Bahasa maxico kot, takpun spain, takpun paris… tapi yang penting bukan jepun.

    Comelnya… anak sapo la tu…

  2. oo..ye ke?..
    anak sedara kome 2 yang comel 2

  3. hahaha..nmpak nye adelah budak untuk jd experiment kome…huhuhu ye nur syifa’ imanie..

  4. abis la syifa’…

  5. tnya dia…bukan tau nak jawab pun…huhuhu

Leave a reply to Nurul Sa'adah Cancel reply