Merdeka! Merdeka! Merdeka???

Merdekakah kita,
Jika agama dipermainkan dan wujud hanya pada nama?

Merdekakah kita,
Jika fikiran sekian hari makin terpenjara dan dijajah 
dengan bermacam anasir negatif?

Merdekakah kita,
Jika diri sekian hari terbeban dengan pelbagai masalah 
yang tiada penyelesaian?

Merdekakah kita,
Jika hutang makin menghimpit diri?

Merdekakah kita,
Jika yang kaya semakin kaya, yang miskin papa kedana?

Merdekakah kita,
Jika ketakutan dalam bermacam perkara membelenggu diri?

Merdekakah kita,
Jika hidup bertuhankan wang?

Merdekakah kita,
Jika yang tua diabaikan kebajikannya, yang muda dizalimi, 
yang kecil disakiti?

Merdekakah kita,
Jika diri masih dalam mimpi?

Merdekakah kita,
Jika hak diri dirampas dan dicerobohi?

Merdekakah kita,
Jika kebaikan diragui?

Itukah merdeka dengan sambutan yang gemilang?
Inikah merdeka dengan kibaran jalur gemilang?
Itukah merdeka dengan usianya semakin matang?
Inikah merdeka hanya pada laungan kemerdekaan itu sendiri?

Inilah merdeka yang hakiki
Merdekanya kita hidup bertuhankan Allah
Merdekanya kita hidup berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
Merdekanya kita hidup penuh kesyukuran dan ketaatan
Merdekanya kita hidup sebagai muslim yang sejati

Kerana ISLAM itu SYUMUL...memerdekakan jiwa yang ingin merdeka

Salam Kemerdekaan untuk semua....

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments & Graphics

Namun cahaya KEMERDEKAAN akan BERSINAR dengan GEMILANG…INSYAALLAH🙂

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

6 Responses

  1. InsyaAllah, smga kta merdeka dgn RedhaNya..Amin

  2. Amin…🙂

  3. Jadi apa yang kita kena buat ye? Banyak persoalan tetapi apakah penyelesaian?

  4. Bagi saya, penyelesaiannye…baiki diri kita dahulu diikuti keluarga kita, saudara-saudara kita dan masyarakat sekeliling kita…soleh wa musleh…persoalan skang, soleh ke kita untuk musleh kan org sekeliling?

  5. “wahai manusia! bertakwalah kamu kpd Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu(Adam) dan (ALLAH) menciptakan psangannya (Hawa) dari (diri)nya;dan dari keduanya ALLAH mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.BerTakwalah kpd ALLAH yang dengan-namaNya kamu sering meminta, dn (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu. (surah an-Nisa’:ayat1)

    Pd sya apa yg penting, jika mnurut ayat ini kita perlu berTakwa pdNya dgan sebenar2 Takwa,diperintahkan juga pada manusia agar memelihara hubungan silaturrahim@kekeluargaan. maka dengan itu ALLAh akan selalu menjaga dan mengawasi kita. apa yang diperkatakan Nurul Sa’adah mengingatkn kembali diri ini pd ayat @ kata2 Allah ini. Dengan bertakwa pdNya yakni membaiki diri dahulu, pelihara keluarga kita termasuk saudara kita seIslam, InsyaAllah kita sentiasa dibawah perlindungan ALLAH. INIlh kemerdekaan sebenar bilamana kita sentiasa dilindungi ALLAH dri pelbagai aspek baik aqidah, akhlak dan sebagainya.

    Bercakap tentang “persoalan dan penyelesaian” bagi dri ini elok kita refer pada Al-Quran kerana Al-Quran ditrunkan sebagai petunjuk dan panduan pada manusia termasuk jg as-sunnah. jdikan Al-Quran dan As-Sunnah sbg pnduan dlm setiap persoalan hidup kita agar kita temui penyelesaian bg setiap masalh , agar kita mngerti apa itu erti seorng Muslim sejati, Islam..Siapa Tuhan Kita, siapa Rasul kita, apa matlamat kita hidup di dunia ini..Adakah kita ini dijadikan ALLAH dengan sia-sia? !! mudah2an dengan hidup bertuhankan Allah, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, hidup penuh kesyukuran dan ketaatan serta hidup sebagai muslim yang sejati, kita merdeka dengan RedhaNya..Amin

  6. Thanks to cluods for ur good xplaination…mantap😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: