• Aqsa as-Syarif

    bantu palestin!
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kalendar

  • Hari-hari yang berlalu

    September 2008
    S M T W T F S
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    282930  
  • Contengan Terbaru

  • Kritikus

    This Teacher is So D… on Kisah LI: Menjelajah Banjaran…
    eziey on Kenapa hijau?
    Nurichiroe Nurichiro… on Cinta Sufi
    abdul latif umar.. on YB Jonaidah Ahmad
    nihaja on Exercise for focus thinki…
  • Pusat Operasi

  • Archives

  • Kategori

Rahsia perut

Sebut sahaja bulan puasa atau Ramadhan, yang pasti akan terlintas di kepala kebanyakkan orang adalah MAKAN. Ia seperti menjadi tradisi kepada sesetengah masyarakat Malaysia. Pada bulan Ramadhan inilah kita akan melihat perlbagai juadah yang dijual sehingga ada sesetengahnya jarang kita temui kecuali hanya pada bulan Ramadhan sahaja.

Seperti yang semua sedia maklum, dengan berpuasa ia dapat mengimbangi kesihatan tubuh badan kita dan menghindari penyakit sama ada puasa sunat atau pun wajib selain memperolehi pahala puasa itu sendiri. Tapi sejauh manakah keberkesanan berpuasa pada tubuh badan kita? Antara kelebihan berpuasa yang terbukti daripada kajian saintifik ialah:

~Mampu mengurangkan kandungan paras kolestrol dan gula dalam darah
~Menurunkan tekanan darah tinggi
~Menurunkan kadar berat badan
~Membaiki sistem penghadaman
~Membersihkan tubuh badan dari toksik dan racun
~Menajamkan fikiran

Namun kadangkala puasa ini tidak mendatangkan kebaikan disebabkan amalan tradisi kita dengan memakan sepuas-puasnya ketika berbuka dan bersahur. Makan mengikut nafsu semata-mata bukan disebabkan untuk mengalas perut seadanya bertujuan untuk menambah semula tenaga yang semakin kurang. Akhirnya membawa kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan kerana ia berpunca daripada perut kita sendiri.

Rasulullah pernah bersabda,

“Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu.”

“Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.)

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas’ud berkata, “Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”

Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan. Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih ‘pick-up’, bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.

Seperti yang dinyatakan diatas menunjukkan kelebihan kita berpuasa kepada diri kita sendiri. Namun kebanyakkan orang setelah selesai berbuka masih liat untuk terus menunaikan solat maghrib akibat ‘kepenatan’ sewaktu berbuka.

Oleh itu, Islam menggalakkan kita beserdahana di dalam semua hal. Jadi berbukalah dengan sekadarnya. Selain itu Rasulullah menggalakkan kita berbuka dengan kurma kerana kurma itu sendiri mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita disamping makan makanan yang seimbang seperti memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan ditambah dengan makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein.

Untuk bersahur pula, kita digalakkan untuk mengambil makanan yang lambat dihadam seperti bijirin yang mana tempoh penghadaman mengambil masa selama 8 jam. Dengan ini ia mampu membekalkan tenaga kepada tubuh secara berterusan.

Wallahu’alam….