Hijab Sang Pencinta

Akhirnya penantian untuk pelengkap trilogi terakhir BAGAIKAN PUTERI dan CINTA SANG RATU berakhir dengan HIJAB SANG PENCINTA. Novel yang amat-amat dinantikan oleh peminat novelis RAMLEE AWANG MURSYID termasuklah diri saya sendiri.

Dengan Hijab Sang Pencinta ini, maka terjawablah pengakhiran kisah hidup di antara Laksamana Sunan (Saifudin) dan Haryani yang berlainan zaman. Pengakhiran yang agak menyedihkan tetapi tidak mengecewakan! Itu sudah semestinya bagi kebanyakkan karangan Ramlee Awang Mursyid.

Watak Laksamana Sunan masih tidak berubah dengan sikap dan sifatnya yang bertaqwa, istiqamah, bersabar dan berani. Namun dia sebagai manusia biasa masih tidak dapat lari dari fitrah seorang manusia yang amat merindui mereka yang tersayang. Dia terkenal dengan gelaran ‘lelaki berduka dari Tanah Rencong’.

Bagi kronologi kali ini agak tidak terlalu berat berbanding Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Hijab Sang Pencinta terbahagi kepada dua zaman yang berbeza di mana kisahnya tidak dicampuradukkan di dalam satu masa. Pada awal penceritaan, menceritakan tentang perjalanan Laksamana Sunan untuk pulang ke tanah kelahirannya, Kampung Punggor. Sepanjang perjalanan, dia diduga dengan berdepan musuh-musuh ALLAH yang ingin membalas dendam terhadap dirinya. Dugaannya kepadanya masih berterusan apabila tiba di kampungnya dengan kehilangan orang yang tersayang dan dendam dari mereka yang benci terhadapnya termasuk sultan Melaka. Namun akhirnya dia ‘dicampak’ ke abad 21 yang akhirnya bertemu dengan Haryani.

Banyak peringatan yang ingin disampaikan pengarang kepada pembaca melalui Hijab Sang Pecinta. Setiap dugaan yang melanda perlu dihadapi dengan penuh kesabaran disamping memohon pertolongan daripada MAHA PENGASIH DAN PENYANYANG. Berlapang dada dengan apa yang telah ditakdirkan dan bersangka baik terhadap ALLAH. Tiada satu pun yang akan kekal di dunia ini. MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH.

25 Responses

  1. secara jujurnya, ana memang tunggukan novel terakhir ni. tapi terpaksa bersabar sampai cuti sem baru nak baca, best sket.

    faham2😉 …anyway x sngka anta minat novel ni…so boleh la kasi komen sket ttg novel ni nnti bl dah baca.

  2. wah nak bace bk ni..tak sabo nye..jgn lp bwk blik

    akak bawa balik nnti akak sorok…biar oak ngn aisyah tercari2…hahahahahah😛

  3. Assalam mu alaikum wr wbt
    Baru aje jumpa blog ini. So tambah lagilah para blogger dekat sanak saudara. Sekian TQ

    wa`alaikummussalam
    lor..ye ker?…ingat ayah tau…huhuhuhu

  4. nak pinjam!!! xsbr nk bace hehe

    boleh2..tp org 2 asyik bz jerk…nak jumpa pun susah..huhuhuhu…😉

  5. Alahaii.. jangan la letak nama penuh aku kat ruang “BLOG” tu. Guna la nama ncikname aku – kipp. Barula vogue… hahaha. Tukar tau!

    baik…huhuhu

  6. ika baru beli… best sangat2..emm

    mmg best sgt2…x rugi m’belinya kerana byk ilmu & pengajaran yg diperolehi…

  7. hehe sori mmg busy

    kesibukan itu adalah satu nikmat😉

  8. emmm…best baca hijab sang pencinta…banyak ilmu ghaib kt blaja…

    Alhamdulillah🙂 , semoga ilmu dan peringatan yg diperolehi dpt m’beri manfaat kepada kita, InsyaAllah…

  9. pernah termimpi laksamana sunan mase tido?xpenah?try la bace buku ni..bace semua tau..

    mimpi 2 mainan tidur

  10. best novel nie… mula2 x layan tp layan la gak akhirnya…lps baca.. sampai skarang teringat!!!!

    semoga dpt mengambil peringatan yang disampaikan

  11. adik dah baca,memang best cite ni…but for me ending dia x berpa best geram gak….hamid tembak kepala sunan..klu hamid guna parang or pisau mesti sunan dpt tewaskanya
    ..anyway cite ni mmg best,adik tabik pengarang ni

    klau guna parang@pisau mcm x logik lak. Lagipun hamid 2 tau yang sunan 2 mahir b’silat. Bagi akak, ending dengan kematian sunan 2 adalah yang terbaik. Mungkin penulis ingin meningatkan kepada pembaca bahawa KEMATIAN ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH. Katakanlah klau sunan x mati, rasanya masih ada lagi smbungan trilogi ni

  12. salam. hi semua. just nk inform. kalau nk bersembang dengan abang ramlee awang murshid, bolehlah berkelana ke blog RAMfc. http://www.simurl.com/ram abang ramlee biasanya online pada waktu rehat (weekdays) jam 1-2ptg. roger.

    thanks for that information🙂

  13. saya bru je hbs baca cter ni… best mmg la best… tp ending dia sedih btl.. knp la hamid mncul? saya dah tbayang2 yg saifudin ngan haryani nak nikah dan saifudin menyesuaikan diri dkt zmn skrg… cba la saifudin dpt teruskan hdp di abad ke 21 bsama haryani… kan best… sedih la klau dani je kahwin… kesian kat haryani…

    mgkin sbb RAM nak smpaikan mesej kepda pmbaca bahawa mati itu pasti…hidup INSYAALLAH…

  14. salam…. saya mnat gak citer nie…
    sori lmbat bg cmment….
    tapi sya nak tau apa lg yg jd??
    saya x baca lagi crita nie…
    x sempat…
    huhu

    the end of this story…Laksamana Sunan akhirnya pergi…menyambut seruan Ilahi….
    Mati itu pasti…Hidup, InsyaALLAH…

  15. best bt0l buku 2!!!!
    mule2 x phm, lme2 bru phm..
    wakaka

  16. salam..
    ummm bru jep jumpe blog ni..
    laksamna sunan meninggal ke??
    alamak…. msti sdih kan…
    ni yang makin xsabar nak bace ni.. hehehehehehe
    pe2 pun.. ske watak laksamana sunan..
    macam sayang je laksamana xdapat bersama dgn haryani..
    anyway.. RAM is the best!!!^_^

    Happy ending…sesuatu yang kita hendak, tetapi perancangan ALLAH lagi cantik

  17. blum baca lg. dr komen2 nampak cam best. anyway nak try baca gak. nak beli ari ni cadangnya… kedai buku on d way balik opis kat bkt bintang…

    Before that, dah baca ke Bagaikan Puteri & Cinta Sang Ratu? Ni novel trilogi

  18. sy pun dh baca buku ni.mmg sedih ending dia tp saya rs itulah yang sepatutnya. Sunan tu x sesuai hidup kat zaman ini. Terlalu byk kejahatan pd ms kini yang t’sembunyi utk di hadapi oleh manusia sepertinya.Btw, sy rasa Sunan tu blum mati lagi la…bktinya, kalau korang dah baca novel 9 nyawa, ada preview psl sambungan kisah sunan dalam novel 2,tajuknya…CINTA SUFI…

    Betul, betul…dah baca, x sabor menunggu CINTA SUFI

  19. buku ni mmg hebat lah! sy jth cinta pada keperibadian laksamana sunan….

    Walaupun hanya sekadar watak dalam sebuah novel, namun cukup kenyang untuk memberi makanan jiwa pada yang membaca

  20. saya dah baca ketiga2 novel ni n cnext coming is CINTA SUFI….mm disinilah bermulanya titik perubahan dalam hidup saya..dari seorang yang lalai n alpa, saya berubah ke arah kebaikan..kesedaran saya bermula di sini..di sebalik penceritaan ini…alhamdulillah…

    rasanyer banyak yang berkaitan dengan saya ..maybe secara kebetulan…lagi tambah berkesan coz watak nyer kebetulan sama dengan nama saya..HARYANI

    Harap dari hari ke hari kehidupan saudari terus bertambah baik. Terlalu banyak perkara yang perlu kita fahami sebenarnya tentang hidup ini. Ingatlah hidup ini bukan untuk hari ini sahaja, tetapi adalah untuk di hari yang lebih kekal….di akhirat nanti

  21. ha3.. ini rupanya wajah ku.. tunggu ku.. dengan kemarahan ku.. ini pelawan mu.. akan tiba di hadapan mu.. pahlawan dari lagit sudah tiba… 1 ku rebah..1000 kali ku bagkit… best hidup di dunia ini.. macam2 ada.. hu3………….

    apa kes? Banyak ke luka?

  22. saya baru saja habis baca Cinta Sang Ratu dan sekarang sedang menghabiskan Bagaikan Puteri. Agak pelik skit sbb baca buku ke2 then patah balik buku pertama. Tapi tak mengelirukan, ala2 filem star trex yg kedepan kebelakang then kedepan semula.

    Pembacaan buku ramlee ni pun bermula dari 9 nyawa.
    Sejujurnya, saya bagaikan berada di samping laksamana ketika membaca karangan hebat RAM. Dan sekarang tidur sering terganggu dgn wajah hebat lelaki yg berduka dr tanah rencong itu.

    Sebagai insan, aku sayang padamu…………

  23. CINTA SANG RATU tu smbungang cter BAGAIKAN PUTERI kew????

    Yup

  24. saya nie terbalik membaca..saya baca SUTERA BIDADARI dulu, so agak confious gakk..tapi bila baca 2 kali..lama2 terasa jatuh cinta lak ngan laksamana sunan.. so saya kena baca dari novel yg pertama lahhh… saya nk cari buku.. bagaikan puteri , cinta sang ratu and last sekali hijab sang pencinta..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: