Peristiwa 313

PERANG Badar al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua hijrah, menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang. Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Dinamakan Badar sempena nama tempat berlakunya perang (kawasan mata air). Tentera Islam hanya bersiap ala kadar kerana pada awalnya tidak ada niat dan tidak bersedia untuk berperang. Tujuan asal hanya ingin menuntut hasil jualan harta orang Islam yang ditinggalkan semasa hijrah dari Mekah ke Madinah.

Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.

Di dalam perang Badar, Baginda pernah bermusyawarah dengan sahabat mengenai usul berdepan dengan tentera kafir Musyrikin Makkah. Lantas, Baginda bertanyakan Saidina Abu Bakar dan beliau menjawab: “Mara terus!” Kemudian Baginda bertanya kepada Saidina Umar al-Khattab dan beliau juga menjawab: “Mara terus!” Selepas itu berkatalah Miqdad bin Amru: “Wahai Rasulullah! Jalan terus! Laksanakanlah apa yang diperintahkan Allah, kami akan tetap bersama engkau. Kami sekali-kali tidak akan berkata kepada engkau sebagaimana ucapan Bani Israil kepada Nabi Musa: Pergilah engkau bersama Tuhan engkau dan perangilah mereka, namun kami di sini hanya akan duduk menunggu saja, tetapi kami akan berkata: Pergilah engkau bersama Tuhan engkau dan kami bersama engkau berdua akan turut berperang. Demi Allah! Walaupun engkau bawa kami ke Birk al-Ghimad (satu negeri di Habsyah) sekalipun, kami akan turut sama sehingga kita sampai ke sana!”

Demikianlah maklum balas sahabat yang bersemangat untuk mengharungi peperangan Badar biarpun bilangan mereka kecil dan alat kelengkapan perang pun tidak sehebat tentera Musyrikin ditambah pula dalam keadaan berpuasa. Namun, semua itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Kerana keimanan dan ketakwaan menyebabkan tentera Islam terus berjuang untuk menegakkan kebenaran. Mereka yakin dengan firman Allah bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang yang mati, bahkan mereka sebenarnya orang yang hidup (dengan keadaan yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat mengetahui.” – (Surah al-Baqarah, ayat 154)

Akhirnya, tentera Muslim menang besar dalam perang itu dengan izin Allah berbekalkan keimanan mantap, strategi peperangan sistematik dan bantuan Ilahi dari langit iaitu gerombolan malaikat untuk membantu tentera Muslimin. Semua itu menjadi kriteria utama ke arah mencipta kemenangan berdasarkan kepada sunatullah di alam semesta ini.

Keimanan mantap Muslim adalah pemangkin ke arah mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam pelbagai lapangan hidup. Begitu juga dengan bantuan Ilahi akan tetap bersama-sama dengan Muslim yang beriman dan bertakwa kepada-Nya pada setiap masa. Strategi peperangan dirancang rapi oleh tentera Muslimin apabila Baginda sanggup mengetepikan pandangannya sendiri dan sedia menerima pendapat Habbab bin Munzir yang lebih baik. Beliau mencadangkan usul agar memilih tempat yang hampir dengan takungan air kerana air penting dalam persiapan tentera Islam dalam peperangan nanti.

Namun apakah umat Islam hari ini memandang peristiwa perang Badar hanya sekadar sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat tanpa menilai hikmah-hikmah yang terkandung daripada peristiwa tersebut? Tanpa kemenangan yang diberikan di dalam peperangan Badar tidak mungkin Islam akan berkembang dengan meluas sehingga ke hari ini. Ia merupakan titik tolak perkembangan Islam yang bermula di tanah arab.

Apakah kita hari ini menghargai segala jasa dan pengorbanan oleh tentera Islam untuk menegakkan agama Allah? Berbekalkan ketaqwaan dan keyakinan yang jitu terhadap Allah mereka mampu menentang musuh tanpa rasa gentar malah merindukan syahid fisabilillah.

Daripada peristiwa ini, cuba kita menilai diri kita adakah kita setanding dengan mereka yang berjuang hanya kerana Allah tanpa memikirkan keadaan mereka yang berpuasa dan persediaan yang kurang mencukupi. Namun mereka cukup bersedia apabila berbekalkan keimanan dan ketqwaan yang mantap. Bagi mereka segala-segala dapat dilakukan dengan baik dengan izin-NYA.

Wallahu’alam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: