TaWaRaN HeBaT!!!

Sebut sahaja tawaran hebat, pasti ramai yang berlumba-lumba untuk mengejar tawaran yang yang ditawarkan. Tidak kiralah sama ada kecil atau besar, tua atau muda , lelaki atau perempuan, semuanya tidak mahu untuk melepaskan peluang yang ada kerana takut kecewa. Ada yang sanggup menunggu dari waktu pagi lagi semata-mata takut ketinggalan. Ada juga yang ponteng kerja, ponteng kelas, berlapar dan dahaga hanya kerana tawaran hebat yang dianjurkan.

Tapi sedarkah kita umat Islam, Allah telah sekian lama mengadakan tawaran yang begitu hebat tanpa ada tandingan yang lain. Kalau hendak disebut satu persatu, rasanya tidak mampu. Namun sedarkah kita tentang tawaran yang dilangsungkan itu terutamanya di dalam bulan Ramadhan? Berlumba-lumbakah kita untuk mendapatkan tawaran hebat yang Allah sediakan? Berjayakah kita untuk mendapatkannya? Soalan yang paling utama, tahukah kita apakah tawaran yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hambaNYA di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini bagi memperoleh keberkatan daripadanya?

Antara TAWARAN HEBAT yang Allah sediakan untuk kita:

Tawaran amal lebih baik dari 1000 bulan – Lailatul qadar adalah antara tawaran yang amat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam yang menginginkannya. Tawaran yang ada untuk setahun sekali sahaja. Maka siapa yang memperolehi maka sangat beruntunglah dia.

Firman Allah yang bermaksud :

” Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) denga izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 3-5)

Tawaran penggandaan pahala – Tawaran yang cukup lumayan buat mereka yang melakukan ibadat hanya kerana Allah dan merindukan syurga

Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan“.

Tawaran pengampunan dosa – Tawaran yang semestinya yang diingini oleh semua umat Islam yang mana kita ini tidak lepas daripada melakukan kesalahan sama ada sedar atau pun tidak.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Tawaran mustajab doa – Tawaran yang cukup rugi kalau kita terlepas. Tawaran yang mampu menjamin kehidupan dunia dan akhirat

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.

Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak“.

Tawaran pembebasan – Tawaran yang hanya terdapat di dalam bulan Ramadhan di mana musuh-musuh manusia yang nyata telah dirantai. Namun kita jangan terlupa yang mempunyai anak didik yang digelar nafsu yang perlu dikawal

Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila masuk bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, terkuncilah segala pintu neraka, manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tawaran kesihatan yang terbaik – Tawaran yang hanya diperolehi oleh mereka yang berpuasa dan mengawal pemakanan ketika berpuasa. Sesungguhnya perut itu adalah punca segala penyakit.

Rasulullah pernah bersabda,

“Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu.”

“Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.)

Masih banyak lagi tawaran yang terkira banyaknya yang disediakan oleh Allah untuk hambaNYA. Semua tawaran yang disediakan itu tidak mengeluarkan sebarang belanja untuk mendapatkannya. Semuanya percuma malah jika kita memperolehinya kita yang akan beruntung. Namun semuanya terpulang kepada diri kita untuk mendapatkannya atau tidak.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Sedarkah kita tawaran yang Allah sediakan itu semakin hebat apabila tibanya 10 malam terakhir. Di mana di dalam 10 malam yang terakhir itu terdapat satu malam yang terkandungnya lebih baik dari 1000 bulan. Tawaran yang begitu bernilai jika hendak dihitung dengan umur kita yang tidak pasti akhirnya.

Inilah kasih sayang Allah terhadap kita yang memang kita tidak mampu untuk membalasnya inikan pula untuk menghitungnya. Jadi, sama-samalah kita mengejar tawaran hebat yang Allah peruntukkan untuk kita di dalam bulan ramadhan.

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu yang bermaksud :

“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya“.

Wallahu’alam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: