Hanya sepotong ayat

Pernahkah kita perasan sesuatu berkenaan dengan ayat kedua dalam surah al-Baqarah:

Bermaksud:

KItab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Al-Baqarah:2)

Ingin saya berkongsi satu kisah tentang ayat ini yang saya petik daripada kuliah tafsir al-Quran oleh Ustaz Zahazan Mohamed di radio IKIM. Kisah ini diceritakan oleh seorang imam di California(tidak pasti namanya) yang mana beliau menceritakan bagaimana seorang pemuda daripada Afrika memeluk Islam melalui ayat kedua surah al-Baqarah ini.

Diringkaskan cerita, pemuda ini memperolehi senaskah tafsir al-Quran yang dianggap pada mulanya sekadar buku (terlupa untuk tujuan apa) dan lalu membaca maksud ayat al-Quran tersebut. Pada surah yang pertama iaitu surah al-Fatihah, beliau menganggap ayat-ayat pada surah pertama itu merupakan pengenalan kepada ‘buku’ yang dibacanya. Lalu meneruskan bacaan pada surah seterusnya dan apabila beliau membaca pada ayat kedua, beliau rasa takjub. Bagi beliau, selama ini tidak pernah sama sekali beliau berjumpa dengan sebarang buku yang menyatakan seperti yang terkandung dalam ayat itu. Pada kebiasaannya, penulis buku akan menyatakan kemaafan jika ada salah dan silap apa yang dinyatakan di dalam buku yang ditulis. Dengan izin ALLAH, dengan hanya sepotong ayat akhirnya beliau diberikan hidayah oleh ALLAH dan memeluk Islam dan sekarang beliau merupakan seorang pendakwah.

Selepas saya mendengar kisah ini, baru saya terfikir berkenaan maksud ayat tersebut. Tidak dinafikan memang saya mengetahui maksud ayat tersebut tetapi tidak terfikir seperti yang difikirkan oleh pemuda tersebut. Mungkin disebabkan dalam rukun Islam itu sendiri menyatakan kita wajib beriman kepada kitab-kitab ALLAH termasuk al-Quran. Oleh itu secara tidak langsung kita membenarkan kalimah-kalimah ALLAH tersebut tanpa memahami maksud yang disampaikan.

Jadi selama ini diri ini hanya ‘melihat’, tetapi tidak ‘memerhati’ apa yang dinyatakan oleh ALLAH di dalam al-Quran. Setiap huruf, setiap perkataan, setiap ayat ada rahsianya yang tersendiri. Ia perlu diterokai supaya kita memperolehi ilmu dan pengajaran daripada ayat-ayat ALLAH yang terkandung di dalam al-Quran.

Bermaksud:

Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pelajaran. (As-Sad:29)

Wallahu’alam…

2 Responses

  1. Satu perkongsian yang menarik. It’s always good to see in the eyes of how the brothers yang baru masuk Islam look at Islam. They tend to look at it with beauty when we look at it sometimes just as words.

    Mgkin sbb kita dah ‘terbiasa’ tetapi tidak pernah menganggap ia sesuatu yang ‘luar biasa’

  2. al quran diturunkan allah agar manusia berfikir ,karena kebanyakan manusia gak bisa berfikir secara jernih dan akibatnya merusak manusia lainnya ,terlalu banyak berfikir masuklah setan ,tidak terlalu banyak berfikir manusia jauh dari allah jadii gimana yah ……..????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: