Hidup ini ujian

Kali ini saya hendak berkongsi cerita di dalam satu kuliah. Mungkin ia satu cerita kosong, tetapi bagi saya tidak.

Beberapa hari lepas, saya menghadiri satu kuliah seperti biasa. Sampai di depan kelas, saya tak nampak pun student lain untuk kelas tersebut. Tidak mengapalah, mungkin mereka hadir ke kelas section satu lagi. Jadi saya terus menanti lecturer sampai dan pada ketika itu, hanya beberapa student yang kelihatan.

Setibanya lecturer, kami yang ada yang jumlahnya tidak sampai 10 orang pun masuk ke dalam kelas. Selepas itu lecturer tanya mana yang lain. Saya diam, tapi yang lain balas mengatakan silibus untuk subjek tu sudah habis, jadi rakan-rakan yang lain membuat keputusan untuk tidak hadir.

Betul jawapan mereka, tetapi bagi saya selagi lecturer kelas tidak mengatakan kelas dah tamat, selagi itu saya akan hadir, InsyaALLAH. Bila sahaja mendengar sebab ketidakhadiran ke kelas, Dr. a.k.a lecturer (senang nak cerita) pun memulakan bebelannya. Untuk pengetahuan pembaca, bebelan Dr. merupakan bebelan yang amat memberi manfaat. Antara bebelan lecturer yang paling saya suka😉 . Tapi tidak lama bebelannya kerana Dr. hendak sambung kuliahnya yang lepas tentang tesis seorang student kaijian tentang shaft yang gagal (patah) yang terdapat pada impeler. Dr. tetap teruskan kuliah seperti biasa walaupun kehadiran amat mengecewakan. Bagi Dr., dia tidak rugi apa-apa dan meneruskan kuliahnya seperti biasa tetapi studentnya rugi kerana tidak dapat input untuk subjek tersebut pada hari itu.

Sebelum memulakan perbincangan tentang tesis itu, Dr. ada mengatakan yang dia hendak 2 kumpulan untuk present berkenaan projek kumpulan yang dijalankan pada esok hari. Wakil kumpulan yang hadir masing-masing mengarahkan kumpulan lain present dahulu (termasuklah saya). Akhirnya tidak ada sebarang keputusan dan Dr. meneruskan kuliahnya.

Waktu kuliah hampir tamat. Perbincangan tentang tesis pun sampai ke penghujungnya. Tamat sahaja perbincangan, Dr. mengajukan semula soalan kumpulan mana yang hendak present projek untuk hari esok. Saya mendiamkan diri, rakan lain menyebut nama wakil-wakil kumpulan lain termasuklah nama saya. Bila saja mendengar nama saya disebut, saya pun balas “Ngapa tak sebut nama sendiri?”. Tidak sampai beberapa saat Dr. memutuskan rakan yang menyebut nama saya dan ahli kumpulannya untuk present esok. Bersyukur dalam hati kerana kumpulan saya tidak terpilih untuk present esok. Itulah antara hikmahnya berdiam🙂 .

Tidak lama selepas itu rakan yang kena present esok bersuara, “Dr., banyak test la”

Dr. balas “Bukan ke hidup ni ujian juga?”

Semua yang berada ketika itu terdiam, termasuklah saya yang pada ketika itu sibuk mengemas buku. Mantap sungguh jawapan Dr. . Jadi nak tak nak, no excuse, kumpulan yang terpilih kena present juga.

2 Responses

  1. Salam..

    Saya setuju. diam memang banyak hikmahnya.
    Dr. anda sangat simbolik orgnya..bertuah dapat menuntut dari beliau.

    Very nice blog! ^_^

    thanks coz sudi kunjungi blog ni. Dr. yang diceritakan 2 mmg menarik orgnya klau kenal…mmg bertuah belajar dengannya kerana dia mendedahkan byk perkara terutama subjek yg di ajar dan akhirnya membuatkan tumbuh minat saya pada bidang stucture…Ilmu dia tentang bidang ni, sangat meluas. Nak kelentong dia, kirim salam la….alhamdulillah, presentation dah selesai dan byk jg la kene hentam…huhuhu

  2. tompang lalu kak u’u … hu hu hu… Tgk2 le blog abg acit yng baru http://gild81.wordpress.com

    Lalu je la ngn viva biru 2…huhuhuhu….insyaALLAH dah jenguk smlm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: