Berakhir…Bermula…

Tepat jam 11.30 pagi tadi, berakhirlah sudah perjuangan di medan peperiksaan bagi sesi 2008/2009 semester 1. Sungguh, penantian itu satu penyeksaan. Sekarang, hanya tinggal doa dan tawakal sahaja kepada ALLAH. Apa yang bakal diterima nanti, semuanya setimpal dengan usaha yang dilakukan selama ini.

Dengan berakhirnya peperiksaan, maka bermulalah cuti😉 . Mungkin inilah perkara yang amat dinantikan oleh setiap pelajar. Kalau ikut pengiraan, sebulan rasanya tempoh cuti yang bakal dilalui. Tempoh yang agak lama!. Tapi terpulang pada diri sendiri sama ada untuk mengatakan ia lama atau tidak kerana setiap saat ia pasti berlalu. Kemudian ia bertukar kepada minit, kepada jam, kepada hari. Sedar tak sedar atau separuh sedar, rupanya dah masuk ke semester baru. Semuanya berbalik kepada diri sendiri untuk menguruskan waktu dengan mengisi dengan perkara berfaedah. Ingat, setiap detik adalah milik ALLAH. Satu perkara yang tidak mungkin ALLAH akan pulangkan semula kepada kita. Seperti teka teki Imam al-Ghazali: Apakah yang jauh? Jawapan: Masa yang lalu kerana semakin lama ia semakin jauh daripada kita.

Sebenarnya tiada topik utama pun dalam otak untuk dicorak-corekkan. Contengan ini berlaku semata-mata untuk melepaskan gian selama lebih 2 minggu kerana sibuk dengan urusan peperiksaan (sibuk sangat ke?..tipu…). Selama tempoh itu, wujudnya rasa rindu melantun-lantun dalam diri ini untuk segera pulang ke rumah. Namun apakan daya, telah ada perancangan yang lain sebelum pulang. Bukan menyesal, tapi ia adalah satu pengorbanan demi agama, bangsa dan negara (bukan lama mana pun).

Untuk cuti sebulan yang ada, agak banyak perkara yang hendak dilaksanakan. Ada perkara yang sudah pun bermula, sedang bermula dan akan bermula, InsyaALLAH. Seperti yang disebut tadi, semuanya terpulang kepada diri sendiri sama ada untuk melakukan atau tidak. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih (berdalih kepada diri sendiri). Takut impian jadi anganan.

Rasanya tak tahu dah apa nak diconteng. Cukup setakat ini. InsyaALLAH, ada kelapangan, ada idea, ada komputer, ada internet, ada elektrik akan ada entri lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: