Signal Kiri Tangan

Kelmarin, saya dan adik-adik perempuan pergi ke bandar Lipis. Jadi, saya sebagai driver mengambil kesempatan memandu CCH 6754. Saja hendak mencuba dan merasa pembaharuan yang telah dilakukan oleh Proton😉 .

Sebelum menghidupkan enjin, telah di sematkan dalam kepala bahawa signal dan lampu terletak pada sebelah kiri, mana kala wiper pada sebelah kanan. Bukan apa, telah terbiasa dengan penggunaan signal pada sebelah kanan ketika memandu kenderaan beroda empat. Setelah menghidupkan enjin, dengan lafaz Bismillah, pemanduan pun dimulakan. Pemanduan dengan penuh keyakinan dan alhamdulillah ingatan tentang signal masih terpahat kuat dalam kepala ketika perjalanan mengambil sepupu di Lubuk Kulit. Semuanya berjalan lancar ketika keluar dari simpang rumah dan simpang tiga di Kg. Berchang dengan jayanya memberi signal.

Semasa perjalanan menuju ke Lubuk Kulit, ada sebuah van yang agak perlahan kelajuannya. Oleh kerana pemandunya sedar yang vannya bergerak perlahan, dengan segala hormatnya beliau memberi laluan kepada saya untuk memintas. Dengan rasanya berbesar hati saya pun menerima perlawaannya. Walaupun hati ini agak takut untuk melakukan aksi memintas, namun dengan penuh keyakinan saya menekan pedal minyak dan menggerakkan jari kanan saya dengan menolak stick ke bawah. Maka, bergeraklah wiper ke kiri dan ke kanan. Apalagi, gamat satu kereta dengan gelak ketawa adik-adik saya. Saya pun turut tergelak juga, tapi pada masa yang sama saya berkata, “tak per gelak kat akak, korang nanti tau la kalau dah drive nanti”, nada suara penuh ancaman.

Izzah membalas, “kome bukan gelak kat awak la, kome gelak sebab pakcik van tu gelakkan awak…hahahahahahahah”, gelaknya penuh dengan rasa kelucuan.

Adeh, sabar jer lah. Memang dah agak dah perkara ni akan terjadi. Pada hakikat yang sebenarnya saya dah biasa dengan memberi memberi signal pada sebelah kiri, yer la signal QKF 7437  terletak padasebelah kiri tangan. Tapi bezanya QKF 7437 adalah motorsikal.

Sebelum saya belum mencuba memandu proton saga ni, saya tertanya-tanya mengapa produk Proton sekarang signalnya pada sebelah kiri? Tapi bila dah mencuba dan merasanya, baru saya faham tujuan design sedemikian rupa. Apa yang saya faham, supaya pemandu lebih fokus pada pemanduan kerana pemandu akan menggunakan kedua-dua belah tangan ketika memegang stering terutama ketika memberi isyarat kanan atau kiri kepada pemandu yang terbiasa memegang stering menggunakan tangan kanan seperti saya. Tapi apa yang saya lihat, kebanyakkan pemandu hanya menggunakan tangan kiri untuk memegang stering, manakala tangan kanan hanya digunakan untuk menongkat dagu. Mungkin design seperti ini lebih advantage kepada pemandu jenis ini tapi mengurangkan fokus pemanduan. Untuk perkara kedua, pemandu akan terlebih dahulu akan memberi isyarat ke kiri atau kanan sebelum menukar kepada gear rendah ketika membelok ke kanan atau ke kiri. Oleh itu, ini memudahkan pengguna jalan raya yang lain melancarkan perjalanan mereka terutama kepada pemandu yang geram kepada pemandu lain yang lambat memberi isyarat ketika membelok seperti saya (suka membebel bila pemandu lain lambat @ tidak memberi langsung isyarat, huh!).

Rasanya mungkin ada tujuan lain design stick signal dan lampu diletakkan pada sebelah kiri, tapi sampai sekarang saya selidik, still tak dapat juga. Jadi, siapa yang tahu, boleh la kongsi yer!😉 .

Wallahu’alam…

8 Responses

  1. Macam pernah terbaca, dia kata macam nak tembus pasaran Europe. Tapi, dema pun pakai signal kat belah kanan rasanya. Atau kat belah luar (maksudnya kalau left-hand-drive signal dia kat kiri, tapi dekat dengan cermin).

    Ooo…tapi mungkin ada reason khasnya untuk pemandu kenapa proton design mcm tu…

  2. hehe ana pn pnah gak mngalami situasi mcm 2….. ana pn still pkir npe ltk signal belah kiri…….ssh tul .asyik2 g ke wiper kalo silap hahaha

    so kene la sll ingatkan diri masa nak mula perjalanan😉 …tp takut jd mcm kak adah la, dah gabra sgt nak memintas smpai t’silap tolak stick…huhuhuhu

  3. hmm….2 lah.tp pnah skali je bwk kete cm2….hrp2 xbwk kete cm2 lg huhuhu…. asyik nk gelak je nnt sbb gelabah

    gelak sorang2 x per…kene gelak ngn orang tahan 2 yg kene sabo…hehehehe

  4. salam^^
    ana bkan nk koment psal signal
    tpi ana nk share 1 benda psal keta gak
    ni ayah ana yg cite,pkir2 mmg btol pe yg ayah ana ckp
    sptut nye keta m’sia wat mcm keta luar ngra..
    pe org pggil?(ala,pmanduan,drebar die sblah kiri)
    coz,bila stereng belah kiri,drebar msti msuk kaki belah kanan dlu kan?kan?
    dalam islam,stiap permulaan msti d mulakan dgn sblah kanan

    tp klau nak wat mcm 2…rasanya makan byk kos, byk mende kene ubah…rasanye seme org yng ada lesen memandu kene masuk blaja kelas memandu semula…sbb dah terlalu brbza dngan yg biasa…

    • Kita bawak kereta steering sebelah kanan sebab kita bawak jalan raya sebelah kiri lorong macam UK, Jepun, Thailand dan sebagainya. Kalau orang berperspektif agama (Kalau bawak steering sebelah kanan, kita bayar tol kat tingkap sebelah kanan serta menghulurkan duit pakai tangan kanan berbanding steering sebelah kiri dimana kita hulur tangan kiri.)

      Steering sebelah kiri disebabkan jalan raya dipandu sebelah kanan serta menunjukkan kekidalan masyarakat. Napoleon memperkenalkan jalan sebelah kanan disebabkan Napoleon kidal, sebab itu Perancis dan bukan jajahan British bawak kereta steering sebelah kiri manakala British bawa jalan raya sebelah kiri kerana majoriti orang tangan kanan lalu memudahkan, sebab itu steering sebelah kanan.

    • Mana boleh kita tukar jalan raya sebelah kanan dengan bawak kereta steering sebelah kiri sebab kos tukar lorong yang mahal, kita bersempadan dengan Thailand dan Singapura di mana bawak kereta steering sebelah kanan (Jalan raya sebelah kiri), Budaya Komanwel pun lenyap, harga kereta akan mahal serta merta. Aku suka steering sebelah kanan kerana tak banyak negara pakai steering sebelah kanan serta mudah dipandu.

  5. hehe..akak pun pernah jadi gitu..yang lagi best kat sini gear reverse die pelik sikit. ada sesetengah kereta tu kene angkat sikit then tolak ke kiri depan.tak macam gear reverse yang besa kita guna..akibatnya sebab tak tahu..tak masuk2 la gear reverse..tiap2 kali tekan minyak kete ke depan..hehe..

    huhuhu…x phm langsung sbb x prnah jumpa…

  6. tujuan Proton buat signal sebelah kiri ialah mengikut cara UK dimana kereta steering sebelah kanan tapi signal sebelah kiri untuk menjimatkan kos hanya untuk pasaran UK, Orang Malaysia terasa bisanya. Kalau aku, aku suka signal sebelah kanan sebab apabila bawak kereta manual ketika membelok, tangan kanan pasang signal dan tangan kiri untuk tukar gear ketika perlahankan kereta. Macam kereta Jepun. Majoriti orang bertangan kanan, senanglah signal sebelah kanan sebab signal antara paling kerap digunakan berbanding wiper disebelah kiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: