Kem Remaja Anak Soleh ’08

Pada 12 hingga 14 disember, saya menyertai Kem Remaja Anak Soleh anjuran unit AMAL Kuala lipis sebagai fasilitator  yang di adakan di Surau Sungai Batu, Kampung Relong. Tujuan di adakan kem ini bagi membimbing dan mendidik remaja untuk menjadi anak yang soleh. Alhamdulillah seramai 51 orang peserta dari daerah Kuala Lipis menyertai kem ini.

Fasilitator bagi kem ini terdiri daripada pelajar universiti dalam dan luar negara  untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi anak-anak remaja sekitar Kuala Lipis. Kami diberi masa selama dua minggu untuk menghasilkan modul yang sesuai dengan objektif kem. Alhamdulillah komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua fasilitator amat baik sekali dalam memberi pendapat dan pandangan bagi membentuk dan menghasilkan modul.

Pada awalnya penyertaan hanya terbuka kepada remaja yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun tetapi ibu bapa peserta turut mendaftar anak-anak mereka yang berumur kurang daripada 13 tahun. Semasa pembentukan kumpulan, didapati peserta termuda adalah berumur 8 tahun. Ini memberi satu cabaran bagi saya dan juga fasi lain  untuk mengendali peserta yang bawah 12 tahun supaya mereka faham apa yang hendak disampaikan dalam kem ini. Cara penyampaian dan bahasa pun perlu mengikut kefahaman mereka. Untuk postmoterm fasi yang pertama dijalankan, ada juga yang berpendapat untuk mengasingkan antara peserta 13 tahun dan ke atas dan 13 tahun ke bawah. Namun selepas perbincangan, kami meneruskan juga dengan pembentukan kumpulan yang sedia ada kerana daripada percampuran peringkat umur dari 17 hingga 8 tahun dapat membentuk mereka menjadi sebagai abang, kakak dan juga adik. Abang dan kakak perlu membantu adik, manakala adik perlu mengikut kata-kata abang dan kakaknya. Di sini dapat membentuk rasa hormat dan menghormati di antara mereka. Semasa slot LDK dijalankan pula, fasi perlu memberi perhatian yang lebih kepada peserta yang muda supaya mereka boleh memahami apa yang disampaikan. Di sini, bagi saya tugasnya amat berat sekali dan yang paling penting perlu bersabar dengan kerenah mereka. 

Dalam kem ini, modul yang kami jalankan lebih kepada praktikal di mana perlu penglibatan setiap ahli kumpulan. Di sini fasi memainkan peranan yang penting supaya semua ahli terlibat secara langsung. Untuk itu, saya dan fasi kumpulan saya perlu sering bertanya sesuatu supaya mereka terutama peserta yang muda dapat menjanakan idea dan mengeluarkan pendapat mereka biarpun hanya satu patah perkataan. Bagi saya itu satu perkara yang positif kerana mereka takut dan malu kalau salah apa yang dilontarkan. Oleh itu saya sebagai fasi perlu mengiyakan dan membantu membetulkan apa yang silap. Antara modul yang kami bawa ialah slot Soleh Wa Musleh dengan menyampaikan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail supaya mereka menjadikan nabi-nabi yang disebutkan di dalam al-Quran menjadi role-model mereka bukan Rosyam Nor atau Mawi (jawapan yang diberikan oleh peserta bila ditanya siapa role-model mereka). Untuk menguji kreativiti mereka, kami telah menyediakan 20 batang straw untuk setiap kumpulan bagi menghasilkan sebuah bangunan yang tahan kepada angin dan bebanan. Bagi membuangkan sifat malu untuk bersuara, kami membentuk satu slot Siapa Yang Layak dengan memberi setiap kumpulan satu pekerjaan dan setiap kumpulan dikehendaki menyatakan kekuatan pekerjaan mereka. Fasi di sini memainkan peranan dengan provok mereka. Selain itu, kumpulan lain boleh membangkang point kumpulan yang lain dengan hujah yang lebih bernas. Turut diakan slot Treasure Hunt di mana kerjasama antara ahli kumpulan diperlukan. Dalam slot ini kami menguji kefahaman mereka dalam solat, wuduk, tayammum dan perkara asas dalam solat. Semua check point berada di kawasan antara kem dan Gua Bama.

Pada hari Ahad diadakan Hari Keluarga PAS kawasan Lipis yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Padang Tengku. Antara acara yang diadakan ialah sukaneka, pertandingan azan, khutbah dan syarahan. Pesertanya terdiri daripada peserta kem, ibu bapa peserta kem, urusetia dan juga fasilitator kem.

Harapan untuk kem ini akan dianjurkan lagi pada masa yang akan datang supaya generasi muda terutama remaja dapat membaiki diri daripada semasa ke semasa. InsyaALLAH bagi saya dan fasilitator yang lain akan turut membantu unit AMAL untuk penganjuran kem yang akan datang kerana kami sedar ia merupakan satu tanggungjawab untuk membantu remaja sekarang yang banyak berlaku keruntuhan akhlak. Selain itu, dapat juga mentarbiyyahkan diri di samping berkongsi pengalaman di antara fasi yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan.

Secara jujurnya saya katakan kem ini agak mencabar saya dari segi mental sebagai fasilitator untuk membimbing remaja dan kanak-kanak kerana dunia mereka berbeza dengan dunia kami barisan fasilitator semasa zaman kanak-kanak.

Barisan fasilitator dan orang kuat unit AMAL

Terima kasih kepada barisan fasilitator dan orang kuat unit AMAL yang menjayakan Kem Remaja Anak Soleh '08

 

 

 

9 Responses

  1. AMAL 2 ape kak?

    unit kebajikan dan rekreasi under DPP…sebenar huruf kecik jer…Unit Amal

  2. salam..mmm..tahniah! bagus program2 mcm ni..moga dapat diteruskan pada masa2 yang akan datang..

    p/s masuk blog ni rasa sejuk..sebab ada snow..hehe..

    InsyaALLAH akan diteruskan…😉
    p/s sana jer rasa sejuk…kat m’sia mcm biasa je…huhuhu

  3. erk!!

    ngapa??

  4. ai… x kan gambo fasi je…
    gambo peserta x de ker????

    malas isi..nyemok jer…hehehehe…isi sndri la kat fs oak….hahahaha

  5. Tunjukkan perhatian anda kepada isu Palestin… JEmput beramai-ramai… http://kelab-iqra.blogspot.com/2008/12/solat-hajat-palestin.html

    InsyaALLAH

  6. Salam singgah

    singgah-singgah la selalu🙂

  7. salam, sahabat, boleh share modul2 yang digunakan?

    salam…InsyaALLAH boleh…

  8. Salam,modul kalau bagi share,letaklah dekat blok ni,lagi satu khidmat fasilitator dibayar tak ?

    Untuk modul, InsyaALLAH jika berkesempatan. Untuk pengetahuan saudari fasilitator kebanyakkannya terdiri daripada student U, kami dijemput menjadi fasi oleh pihak penganjur. Kami tidak mengambil apa-apa bayaran just mengisi masa lapang kami semasa cuti akhir semester

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: