1430:Sedarkah Kita?

Rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucap Salam Maal Hijrah 1430 walaupun sudah masuk 3 Muharram maghrib semalam. Alhamdulillah untuk tahun ini, saya menyambut malam 1 Muharram di Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai.

Mengenang kembali sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W bersama kaum muslimin dari kota Makkah ke kota Madinah merupakan satu titik tolak pengukuhan agama Islam itu sendiri. Segalanya telah ditakdirkan oleh ALLAH dalam meneguhkan agama Islam di muka bumi ini. Dengan semangat perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dan kaum muslimin pada ketika itu, maka terbina negara Islam yang mempunyai ikatan persaudaraan dan perpaduan yang jitu di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W.. Maka tersebarlah syariat Islam ke seluruh dunia ke seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Namun, adakah semangat hijrah pada hari ini tetap wujud seperti semangat hijrah pada waktu penghijrahan itu? Atau hanya meraikan Maal Hijrah di sebabkan tibanya 1 Muharram. Oleh itu, sejarah silam perlu disingkapkan kembali bagi mengecas semula roh hijrah yang mungkin atau memang semakin menghilang pada hujung tahun.

Dalam rasa kesyukuran dan kegembiraan dengan penuh keamanan kita meraikan 1 Muharram, kita jangan lupa bangsa seagama di tempat lain yang boleh dikatakan hidup mereka ibarat telur di hujung tanduk. Nyawa mereka seperti tiada nilai bagi manusia yang tidak berhati perut. Tapi sedarkah kita segala yang di hadapi oleh penduduk Islam di Semenanjung Gaza yang terpaksa berdepan dengan tentera Israel terlaknat itu melakukan serangan sesuka hati. Masihkah kita boleh berseronok tanpa mengambil apa-apa langkah untuk sama turut berjuang mengahadapi kekejaman yang dilakukan oleh Israel terlaknat itu. Atau kita sendiri tak tahu menahu langsung tentang semua ini? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Oleh itu, atas rasa kesedaran ikatan persaudaraan, pihak Masjid Taman U akan mengadakan Solat Hajat Palestin pada hari ini selepas solat Isya’. Untuk keterangan lanjut boleh klik di sini. Ini adalah antara usaha yang boleh kita di Malaysia untuk lakukan kerana doa merupakan sejata orang Islam. Sama-samalah kita membantu saudara kita di sana Palestin.

Diri ini rasanya tidak dapat bayangkan kehidupan saudara kita Palestin. Oleh itu, tanamkan dalam diri kita dengan semangat Maal Hijrah untuk berhijrah melakukan sesuatu yang berlandaskan syariat Islam untuk menegakkan agama Islam di bumi ALLAH ini. Yakinlah bahawa Islam pasti akan MENANG!

Wallahu’alam…Salam Maal Hijrah dari UTM Skudai…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: