Aplikasikan segala yang ada…

Hampir dua minggu saya tidak mengupdatekan kebahagiaanku ini. Bukan sebab terlalu bahagia sampai tiada masa untuk update, tetapi disebabkan masa yang agak terbatas untuk melakukan perkara yang kurang penting & tidak segera kerana menggalas pelbagai tugas yang penting & segera.

Prinsip saya dalam melaksanakan kerja & tugas adalah mengutamakan apa yang utama. Segalanya perlu penyusunan mengikut keadaan, situasi dan masa. Semuanya perlu diteliti dan dilihat dari pelbagai sudut.  Dalam pada masa yang sama juga, perlu pandai dan mengaplikasikan segala kelebihan yang ada pada diri (jadi kena sedar kelebihan yang ada). Pembahagian waktu yang bijak juga perlu dilakukan antara belajar, tugas dan keperluan diri.

Namun dalam masa yang sama juga, dalam melaksanakan sesuatu tugas perlu tanamkan niat terlebih dahulu. “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya(Hadith)”. Ditambah pula dengan kejelasan matlamat dan arahan dalam kerja tersebut. Ketika melaksanakan tugas, biarlah dengan hati yang ikhlas mungkin dan bersungguh-sungguh. Bukan niat  melakukan untuk mendapat pujian (menakutkan saya) atau mengatakan diri ini bagus atau hebat, tetapi menghasilkan sesuatu kerja yang berkualiti. Setelah selesai, bertawakal dan serahkan segala-segalanya kepada ALLAH. Tapi bukan berhenti setakat itu sahaja, seterusnya lakukan penilaian terhadap usaha, hasil dan kualiti kerja yang telah dilakukan supaya dapat diperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada untuk masa akan datang. Belajar daripada pengalaman…the best teacher in the world is experience.

Itu yang saya lakukan dalam melaksanakan segala tugas yang diberi. Ini saya cuba terapkan dalam setiap perbuatan sepanjang kehidupan saya di dunia…InsyaALLAH.

Alhamdulillah, salah satu kemudahan yang banyak  membantu saya dalam melakukan gerak kerja adalah wordpress. Jangan kita setkan minda bahawa dunia blog ini hanya untuk mengekspresikan diri kita dalam bentuk penulisan semata-mata. Sama ada berkongsi maklumat, memberi pandangan terhadap sesuatu perkara, meluahkan perasaan, mencurahkan bakat kreativiti dalam dunia design, penjimatan masa untuk melayari  page lain (link) atau sebagainya. Rasanya perkara itu semua orang jelas.

Namun bagi saya, peratusan saya untuk semua perkara di atas adalah sedikit dengan keadaan saya sekarang. Mungkin dalam 20 peratus. Saya menggunakan 80 peratus mengakses blog saya semata-mata untuk mencari maklumat. Inilah kemudahan yang saya gunakan sebaiknya dalam wordpress. Saya gunakan tag surfer seoptima mungkin untuk mengumpul maklumat atau bahan yang diperlukan. Caranya terlalu mudah, hanya taip keyword yang diperlukan,  klik add dan selepas beberapa waktu, keluarlah post pengguna wordpress mengikut order waktu publish berkaitan dengan tag yang dikehendaki. Alhamdulillah, ia memang banyak membantu dalam kerja saya mencari maklumat yang berkaitan isu semasa.

Jadi di sini, cuba kita aplikasikan segala kemudahan yang disediakan dengan cara yang betul dalam kita melaksanakan sesuatu tugas. Ini penting untuk memudahkan dan melancarkan progres kerja kita.

Wallahu’alam….

p/s: Pujian ibarat menghunus mata pedang di leher

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: