Yang gembira, Yang cantik

Terlalu lama sangat rasanya tidak post something dalam blog, agak bersawang juga walaupun tidak kelihatan. Bukan tiada cerita untuk disampaikan, tetapi tiada peluang untuk menyampaikan. Hanya menjenguk-jenguk sekali sekala. Itu pun seminggu hanya 2 3 kali sahaja.

Lupakan tentang perkara itu, sebab saya ada something special  untuk dikongsikan bersama pembaca.

Alhamdulillah, pada 10 Februari 2009 beberapa hari sebelum hari lahir adik bongsu ku, keluarga Haji Yusof Ibrahim telah menerima seorang lagi ahli baru yang diberi nama Furaihatun Najlaa’ Binti Hassanul ‘Abidin. Kelahirannya normal pada jam 9.45 pagi dengan berat 3.49 kg. Dengan kehadiran Najlaa’, maka bertambah besarlah keluarga kami.

Namun sampai sekarang saya masih tidak berkesempatan untuk bersemuka dengan Najlaa’ disebabkan banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di bumi UTM ini. InsyaALLAH mungkin awal bulan Mei ni baru dapat bertemu Najlaa’. Saya kira bertuah lagi berkemungkinan besar akan bertemu ahli baru ini dalam masa terdekat, tapi buat orang Belfast, InsyaALLAH next year baru bertemu kot dengan Syifa’ & Najlaa’.

Buat masa sekarang, Kak Sha bersama baby Najlaa’ tinggal bersama mak ayah saya di Kuala Lipis, Pahang. Abang Ngah pula, hanya akan balik ke rumah pada cuti hujung minggu untuk bertemu mereka yang tersayang di Kuala Lipis kerana melaksanakan tugasnya di Gombak.

Tak sabar rasanya untuk bertemu orang-orang tersayang. Sekarang Syifa’ dah ada kawan baru. Dengar cerita Syifa’ yang peramah dan murah senyuman dah agak aktif sekarang kerana boleh merangkak dan memanjat. Jadi mak kena la simpan pasu-pasu comel mak tu sebelum menjadi permainan cucu mak yang peramah tu😉 .

Di bawah ini, ini sahaja wajah-wajah Najlaa’ yang dapat saya perolehi…

najlaa1

Macam tau-tau je orang tangkap gambar dia😛

Najlaa' sedang lena...

Najlaa' sedang lena...

Tembamnya...ikut sapa la ni?

Tembamnya...ikut sapa la ni?

Najlaa' kena bungkus..

Najlaa' kena bungkus..

Najlaa' dipangkuan ummi

Najlaa' dipangkuan ummi

Najlaa' & Syifa...Sal Syifa' buat muka tak bersalah???

Najlaa' & Syifa...Sal Syifa' buat muka tak bersalah???

Dua beradik mendodoi anak masing-masing...so sweet...hahahaha ;)

Dua beradik mendodoi anak masing-masing...so sweet...hahahaha😉

5 Responses

  1. wah…bestnyer kak…dapat baby lagi…
    semoga bertambah jundullah..

    bukan kak adah yang dapat baby, kak adah dapat anak sedara jer😉 …
    InsyaALLAH bakal srikandi Islam…amin…

  2. nama ana dieja salah… bukan taqiyyudin… tapi taqiyuddin.

    xdak tempat nak cakap melainkan kat komen.

    Oooo..anta baru perasan ke?…saya pun baru je perasan pas baca komen ni…ok..InsyaALLAH akan diperbetulkan…syukran kerana menegur…

  3. gambar akhir tu di panggil mr.mama..hahhaha…

    akak setuju!!!😉

  4. alhamdulillah skrg dh di gombak..bile la najlaa dpt ketemu sama mak teh?hehe..good luck utk final exam

    tunggu ye najlaa…InsyaALLAH akan ku ketemu anak sedara sorang ni…harap sihat2 selalu…😉

  5. kome yg duk kt kl ni pun belum jmpe lagi dak kecik tuh… hahaha… esok nak balik umah. sabtu abgngah balik. bley la jumpe dia…

    bukan ker kak sha ngn najlaa’ mmg ada kat umah skang ni??…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: