Satu pengalaman

Semalam, 15 Mac 2009 merupakan satu tarikh yang menyimpan banyak kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Satu pengalaman yang rasanya tidak akan dilupakan sampai bila-bila apabila menjadi penceramah Publisher kepada 42 orang peserta dalam bengkel I-SMART. Perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan dengan perkataan apabila berhadapan dengan peserta yang mempunyai latar belakang ilmu pengkomputeran yang berbeza.

Bagaimana saya dipilih untuk menyampaikan modul publisher adalah disebabkan oleh hasil syura AJK unit publisiti dan penceramah yang mana ketika itu kebuntuan untuk mencari penceramah untuk bengkel ini. Mereka pun menghubungi saya dan menyatakan hasrat meminta saya menjadi penceramah untuk modul ini. Ambil masa juga untuk membuat keputusan kerana ilmu publisher yang saya ada pun tidak sebanyak mana. Setelah berfikir masak-masak, saya pun menerimanya.

Terus terang saya katakan untuk menghasilkan satu modul untuk disampaikan kepada orang ramai merupakan satu perkara yang amat rumit bagi orang yang tidak mempunyai pengalaman. Jadi saya melakukan beberapa langkah awal sebelum modul ini dihasilkan. Perkara pertama saya lakukan ialah merujuk kepada orang yang telah banyak pengalaman dalam penghasilan modul iaitu ayah saya sendiri. Alhamdulillah atas pengalaman yang ayah ada, sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya macam mana untuk menghasilkan modul mengikut apa yang hendak saya sampaikan nanti. Ayah nyatakan supaya menyatakan tajuk, matlamat, objektif, kaedah (cara penyampaian modul termasuk aktiviti dalam modul) dan penilaian terhadap penyampaian kita nanti.

 Seterusnya saya bertanya pula kepada bakal peserta tentang Microsoft Office Publisher. Antara soalan yang saya ajukan antaranya, tahu atau tidak penggunaan software ini. Faham atau tidak penggunaan tool yang sedia ada dalam software ini. Apa yang hendak mereka tahu tentang software ini. Hasil kajian saya yang informal ini, alhamdulillah saya mendapat idea untuk menghasilkan satu modul penggunaan tool asas dalam publisher. Seterusnya saya meneruskan usaha saya untuk menghasilkan modul itu. Mengambil masa seminggu juga untuk menyiapkan kerana perlu menilai apa yang perlu dimasukkan. 

Sehari sebelum berlangsungnya program ini, diri ini agak gelisah juga memikirkan apa yang perlu dilakukan semasa penyampaian nanti. Oleh itu saya merujuk semula kepada ayah untuk menerangkan bagaimana cara penyampaian yang lebih berkesan. Di tambah pula dengan ilmu yang saya perolehi di dalam subjek Oral Comunication untuk tajuk Public Speaking. Jadi, persediaan dari segi mental dan fizikal sedikit sebanyak sudah bersedia cuma perlu bersedia dengan kemungkinan yang bakal dihadapi semasa proses penyampaian nanti. Apa yang penting saya kena YAKIN.

Waktu yang dinanti hampir tiba. Macam-macam perasaan bercampur-baur pada ketika itu. Ditambah pula dengan usikan-usikan daripada sahabat-sahabat yang memang sedia maklum yang saya akan menjadi penceramah pada slot publisher nanti.

Setelah pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada saya untuk meneruskan majlis, dengan lafaz Bismillah saya memulakan penyampaian saya. Saya berterus terang kepada para peserta apa yang bakal saya akan sampaikan bukan dalam konteks mengajar tetapi lebih kepada pengkongsian ilmu berdasarkan sepanjang pengalaman saya menggunakan software ini.

Daripada hadapan saya dapat melihat gelagat setiap peserta yang hadir. Apabila mereka mengkerutkan dahi menunjukkan ada yang mereka kurang jelas apa yang saya sampaikan. Kemungkinan besar juga disebabkan proses penyampaian saya terlalu laju. Jadi setiap kali selepas penerangan sesuatu perkara pasti saya akan bertanyakan sama ada mereka jelas atau pun tidak.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menghabiskan modul yang telah saya sediakan. Rasa puas hati terbit dalam diri ini kerana dapat berkongsi ilmu dengan sahabat semua. Saya menyedari mungkin ada ilmu yang baru mereka perolehi dan mungkin ada yang biasa bagi diri mereka. Tapi semua itu bukan yang saya perhatikan. Hanya harapan saya kepada mereka supaya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi itu ke arah kebaikan. InsyaALLAH… 

Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dan memberi semangat untuk lebih berkeyakinan di hadapan…🙂

4 Responses

  1. emm..thniah..misti mntap ni..he.. pe pn yg sesi adobe tu die pnye poster background die dinamik taw..xnk statik2..hehe..sori..he

    terima kasih…masa tgh design poster 2..otak hanya dpt b’fikir secara statik jer..2 pasal backgroundnye statik gak…x dinamik…huhuhu

  2. peeewiiiit…huhuhuhuhu

    Oak sure x sangka akak jd penceramahkan? kan?😉

  3. mmg pon. cm klaka pon ade…

    lantak la klaka ke x…yang penting dpt kongsi ilmu. Klau nak akak jd personel penceramah pun x per…tp kene bayar la…sebab oak adik akak…hahahahaha😉

  4. Semangat tue….

    (KaK Lah), heee

    semangat2…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: