• Aqsa as-Syarif

    bantu palestin!
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kalendar

  • Hari-hari yang berlalu

    May 2009
    S M T W T F S
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Contengan Terbaru

  • Kritikus

    This Teacher is So D… on Kisah LI: Menjelajah Banjaran…
    eziey on Kenapa hijau?
    Nurichiroe Nurichiro… on Cinta Sufi
    abdul latif umar.. on YB Jonaidah Ahmad
    nihaja on Exercise for focus thinki…
  • Pusat Operasi

  • Archives

  • Kategori

Segala-galanya penuh dengan nikmat

Hari ini 10 Mei, hampir dua bulan tak update blog ni. Malas? Memang yer, tetapi tak boleh salahkan dengan sikap malas tu juga, kadang-kadang disibukkan dengan hal lain juga. Terasa hilangnya nikmat lapang. Mungkin disebabkan juga pengurusan masa yang agak teruk, memang tak dapat dinafikan tentang perkara itu dalam diri ini. Jadi harap selepas ini dapat memperbaiki kelemahan yang satu ini.

Alhamdulillah, akhirnya dapatkan lepaskan rindu apabila tiba rumah semalam. Dapat kembali menghirup udara kampung bila saban hari sebelum ini hidup di dalam suasana bandar yang kadang-kadang agak menyesakkan minda dan diri ini. Bersyukur kepada ALLAH bila berkesempatan menglihat suasana menghijau, menghirup udara kampung yang penuh kesegaran, melihat si ayam dan kucing yang berkeliaran dengan bebasnya (walaupun hanya tinggal 3 ekor sahaja daripada berbelas ekor). Alangkah nikmatnya. Namun lagi nikmat bila dapat bertemu dengan orang-orang yang tersayang.

Entah mengapa tiba-tiba hilang idea untuk menulis. Rasanya sebelum ni macam-macam ada di minda untuk dicoretkan, tetapi hilang sekelip mata. Disebabkan asyik kena push dengan ayah suruh update, so update jer la. Tak nak kecewakan pembaca setia..hehehehe.

Masuk cerita universiti pula, seperti yang semua sedia maklum, majoriti kebanyakkan mahasiswa seluruh Malaysia sedang bercuti. Kepada yang menjalani short sem, terutama adikku si budak karan, selamat menjalani short sem. Kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang bakal menjalani Latihan Industri esok atau yang sudah memulakan praktikal, semoga segala-segalanya semuanya berjalan lancar. Kepada adikku yang seorang lagi yang bakal menjadi PM (Pembantu Mahasiswa) jangan terlalu sibuk sangat, rajin-rajin la balik rumah. Nanti ayah bising lagi. Sementara sebelum lapor diri semula ke kolej, rajin-rajin la kemas rumah dan memasak. Jangan asyik terbelengkor jer…Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Ia adalah satu nikmat yang cukup besar.

Cerita tentang dunia, macam-macam berlaku. Paling hangat sekarang tentang H1N1 a.k.a swine flu a.k.a juga selsema khinzir yang telah melanda di beberapa buah negara. Alhamdulillah, setakat ini, Malaysia masih bebas daripada penyakit yang telah diistiharkan sebagai penyakit pendamik. Doa ku semoga ia berada dalam terkawal. Apa pun yang melanda sekarang ini, semunya adalah peringatan daripada ALLAH kepada hamba-hambaNya. Semoga kita sedar dengan kenikmatan sihat sebelum hadirnya sakit. Itu tak menceritakan kisah huru-hara yang melanda banyak tempat di seluruh dunia. Hendak ceritakan satu persatu, memang tak cukup satu hari satu malam. Hendak  baca, mendengar dan melihat di berita pun rasanya macam tak sanggup, inikan pula hendak menceritkan semula. Hanya mampu mengucap syukur kepada ALLAH kerana dihidupkan di dalam suasana aman. Dapat menjalani hidup seharian yang penuh dengan pelbagai kenikmatan…

Rasanya tak ada idea dah tulis, cuma tinggal satu lagi perkara yang ingin ditulis. Rasanya tak terlambat untuk mengucap Selamat Hari Ibu kepada emak yang tersayang yang jatuh pada 10 Mei pada tahun ini. Satu lagi nikmat yang patut disyukuri kerana masih ada emak di depan mata.

SELAMAT HARI IBU kepada semua sesiapa yang bergelar emak, ibu, mama, ummi, mummy dan macam-macam lagi. Tapi kalau untuk emak sedara leh ucap gak ker???…hehehehe 😉

5 Responses

  1. kaak….hari stat LI ek….say dah minggu 2…dah merata jalan…

    Yup…akak hari pertama dah berjalan merata…huhuhu..x sempat nak duk ofis

  2. Manusia kalo selsema biasanya akan terbersin yang berbunyi – AaaaChoomm!!

    Kalo babi selsema, bunyi bersin dia macam mane pulak???.. sila jawab dengan tenang… hahahah

    Kome x tau nak jwb sebab x pernah kena ngn x pernah jumpa org yang selsema khinzir ni…oak rasa2 bunyinya mcm mana?…
    Minta ALLAH jauhkan la dari penyakit itu…Amin…

  3. budak karan?! pape je la…huhuhuhu

    dh agk dah, mesti aok tulis psl ayah suh apdet..hahha

    dah ayah asyik tanya bila nak update..so kena la ikut permintaan peminat.. 😉

  4. ckp kat ayah. encik abade pun x apdet2 lagi

    encik abg de dah update dah pun… 😉

  5. kome dah update..kome dah update!!

    inform by YM pun boleh…hehehehe

Leave a reply to aisyah Cancel reply