Bekal makanan

Hari ini masuk hari ketiga saya menjalani LI. Sudah tiga hari berturut-turut saya membawa bekal. Untuk hari pertama bawa kuih karipap, hari kedua bawa pisang goreng. Hari ini saya membawa pecal. Ketiga-tiga jenis makanan ini semuanya saya bawa dari rumah dan disediakan oleh mak.

Mungkin bagi sesiapa yang baca entri ini rasa tiada ada apa yang menarik. Tapi mungkin tidak bagi semua pembaca rasanya. Saya sebenarnya hendak menceritakan apa yang best membawa bekal makanan sebenarnya. Ada setimental value tentang perkara ini dalam diri saya.

Sejak dari tahun satu saya dididik oleh mak ayah supaya membawa bekal makanan ke sekolah. Perkara ini saya teruskan sehingga saya di tingkatan dua. Mulai tingkatan tiga saya tidak berkesempatan membawa bekal makanan kerana tinggal di asrama. Makanan yang saya bawa dari rumah semunya disediakan oleh emak walaupun kadangkala ada juga orang lain yang menyediakan, tetapi ia jarang sekali berlaku.

Teringat kenangan semasa di sekolah rendah, seingat saya tahun satu, mak membelikan bekas makanan yang sama designnya tetapi yang berlainan saiz. Yang paling kecil untuk saya bawa, kemudian yang besar sedikit saiznya untuk abang-abang saya bawa. Seronok juga bila terkenangkannya.

Masuk sekolah menengah, kadang kala saya terpaksa balik lewat petang kerana ada kelas komputer, latihan sukan, kelas tambahan dan macam-macam lagi. Jadi mak bangun awal-awal pagi untuk sediakan terus makanan tengahari yang boleh saya bawa untuk isi perut pada waktu tengahari. Nasib baik jenis saya jenis tak kisah bawa beg berat yang ada macam-macam di dalamnya.Walaupun makanan tu dah sejuk semasa hendak makan, tetapi masih mempunyai keenakan, kelazatan yang tersendiri.

Tidak semestinya mak sediakan bekal hanya untuk anak-anaknya ke sekolah. Kadang-kadang bila keluarga saya merancang hendak berjalan jauh, mak turut menyediakan bekal makanan. Selalunya mak akan masak lebih sarapan pagi untuk kami bawa sarapan yang lebih itu semasa perjalanan kami. Almaklumlah kadang-kala rasa lapar ini tiba-tiba boleh muncul. Lagipun memang seronok berkongsi satu bekas makanan dengan adik-beradik. Kadang-kadang timbul juga pergaduhan bila ada yang tak sempat merasa. Biasa la tu…tak lama mana pun gaduhnya. Gaduh-gaduh sayang😉

Setelah dididik sejak kecil tradisi membawa bekal, ia menjadi satu perkara biasa dalam hidup saya kerana saya memang dah terbiasa. Tak dapat dinafikan ada juga yang malu hendak bawa bekal ni. Ye la nampak macam budak kampung. Tapi bagi saya peduli apa orang cakap, yang penting perut saya kenyang dan tidak menyusahkan orang. Banyak sebab saya masih teruskan perkara ini. Banyak faedahnya, antaranya:

a. Tidak habis duit untuk beli makanan, tambahan lagi harga makanan agak mahal sekarang ini. Sudah tiga hari menjalani LI, tetapi sampai hari ini saya tidak mengeluarkan satu sen pun lagi.

b. Kebersihan terjamin. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi. InsyaALLAH makanan yang dibawa dari rumah, terjamin kebersihannya sebab kita tahu penyediaannya macam mana.

c. Kesihatan terjaga. Ini adalah antara perkara yang saya amat titik beratkan dalam kehidupan seharian. Ye la, masa muda inilah masa untuk kita jaga kesihatan kita sebenarnya. InsyaALLAH makanan yang saya bawa dari rumah memang berkhasiat sebab orang di rumah ni pun memang menjaga kesihatannya.

d. Makanan yang masak sendiri lagi sedap daripada beli. Ye la, kita masak sebab nak kenyangkan perut kita, jadi mesti kita masak mengikut selera kita. Tapi kalau beli makanan yang dijual, kadang-kadang penjual tidak mementingkan tentang rasa atau texture makanan yang hendak dijual.

e. Kalau bawa bekal, kita boleh bawa kuantiti makanan yang kita hendak.

f. Tak membazir makanan di rumah. Siapa hendak habiskan makanan tu kalau bukan dengan cara membawa bekal dari rumah melainkan ada orang yang sudi habiskan. Lagi-lagi sekarang ni hanya tinggal ayah, mak, saya, Ilman dan Izzah sahaja di rumah.

Antara sebab utama saya meneruskan tradisi membawa bekal makanan kerana saya dah muak makan di kedai makan. Jadi di kesempatan yang ada ini, saya hendak teruskan tradisi ini. Setiap kali bos hendak blanja makan, pasti saya sedaya upaya menolak untuk order makanan. Hanya order air sahaja dengan alasan saya masih kenyang sebab saya sudah sarapan pagi tadi. Saya hanya makan bila lapar atau memang sudah tiba waktu makan.

Rasa seronok sangat sekarang bila berkesempatan bawa bekal makanan semula. Memang tidak dapat digambarkan perasaan tersebut. Sesuatu yang menyeronokkan, yang membahagiakan, yang penuh dengan nikmat…Alhamdulillah.

Buat mak tersayang, terima kasih kerana sudi menyediakan makanan untuk kita sekeluarga. Penat lelah mak menyediakan makanan hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas. Terima kasih mak. Secara tidak langsung  kepada pembaca tiada alasan seorang yang bekerja tidak boleh menyediakan makanan sedangkan mak saya sendiri pun bekerja, sebagai seorang guru. Hal ini saya tujukan tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.

Kalau entri ini dibaca oleh Abang Long, mesti tidak menyeronokkan dia. Bayangkan kalau ramai orang yang sikapnya suka bawa bekal macam adik oak sorang ni, mesti banyak kedai makan yang tutup…huhuhu…

2 Responses

  1. kome la kt cni x merasa bwk bekal gi blaja…huhuhu
    masak sendri? hehehe x sempat+malas kot….

    rugi la…duk umah tp x masak…sedap wooo makan masakan sendiri, melainkan kalau tak tau masak…hahahaha

  2. erm.. ! sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencipta blog ini..sedikit sebnyk dpt membantu sy utk mencari ide 2 finish my homework !
    thnx !

    Alhamdulillah, semoga ia bermanfaat buat yang membaca…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: