Kisah LI: Pengalaman 1

Rasanya dah tebal habuk dalam blog ni. Hanya singgah tapi tak sempat untuk mengemaskini keadaan. Mungkin sebab dek kepenatan ‘bekerja’ di siang hari. Hujung minggu pula, sibuk dengan kenduri kendara sana sini.

Minggu ni, sudah masuk minggu keenam saya menjalani latihan industri di Unit Mekanikal, JKR Lipis. Rutin setiap hari kerja, masuk sebelum 8 pagi, keluar kerja selepas jam 5 petang. Waktu rehatnya agak lama juga, dari jam 12.30 sehingga 2 petang. Kalau hari Jumaat, rehat bermula jam 12 tengahari sehingga 2.45 petang. Tempoh rehat yang agak lama menyempatkan diri menjamu selera di rumah pada setiap hari Jumaat.

Alhamdulillah, setakat ini tak rugi menjalani praktikal di JKR Lipis. Walaupun skop kerjanya tak banyak, hanya melibatkan projek bahagian mekanikal bangunan sekolah dan penyelenggaraan jentera ringan dan berat, banyak juga perkara yang dipelajari.

Di bahagian projek bahagian mekanikal bangunan, hanya terlibat pada sistem pencegahan kebakaran (fire fighting), sistem pengudaraan, sistem penghawa dingin dan sistem peralatan dapur (dewan makan asrama). Nampak macam simple, tapi untuk memahami sistem pemasangan tersebut, agaknya ambil masa setahun. Saya ni jenis akan mudah faham bila melihat dan memerhati secara realiti. Kalau sekadar melihat dan memahami tender drawing dan membaca technical specifications, rasanya sampai bila-bila tidak akan faham. Secara realitinya, setiap pemasangan yang dilakukan tidak akan 100% sama seperti yang terdapat dalam tender drawing. Ia hanya bertujuan sebagai rujukan. Oleh itu, working drawing diperlukan yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor. Tujuan working drawing dihasilkan untuk melihat kedudukan pemasangan sistem akan dibuat mengikut kesesuaian bangunan. Jadi sebelum proses operasi pemasangan dilakukan, diperingkat tersebut boleh dilakukan perbincangan bersama pihak penyeliaan (JKR) untuk melihat kesesuaian pemasangan. Tapi memang agak mengecewakan, sampai sekarang saya tidak pernah sama sekali dapat melihat working drawing untuk bahagian mekanikal. Oleh itu, berlaku banyak masalah timbul selepas pemasangan dilakukan. Jika masalah timbul, siapa yang harus dipersalahkan? Hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu…

Salah satu bahagian sistem pencegahan kebakaran yang hampir siap

Duty Pump dan Standby Diesel Pump, salah satu bahagian sistem pencegahan kebakaran yang hampir siap

Hari ini, 17 Jun saya berkesempatan menyertai upacara penyerahan (handover) projek kepada pihak yang menerima projek tersebut untuk digunakan. Projek yang diserahkan adalah bangunan sekolah bengkel elektrik SMK Setiawangsa. Untuk bahagian mekanikal, hanya terlibat bahagian sistem penghawa dingin sahaja. Untuk sistem pencegah kebakaran tidak ada kerana bangunan tersebut hanya setingkat sahaja. Tidak sangka semasa upacara penyerahan tersebut saya berkesempatan bertemu cikgu Hamdan, guru sains di tingkatan dua sebagai wakil pihak PPD Lipis. Tak sangka juga dia masih mengenali bekas anak muridnya. Tapi tidak ingat pada nama, hanya ingat anak siapa saya ni…hehehe

Banyak juga pengalaman yang diperolehi untuk bahagian projek. Penat melawat tapak projek memang tidak dapat dinafikan. Lagi-lagi kalau pergi melawat banyak tempat dalam sehari. Rasanya lagi penat melawat projek bila melihat hasil kerja tidak memuaskan, tapi bukan saya la yang penat tapi Encik Rani, penyelia saya.

Banyak lagi hendak diceritakan tentang pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani LI di JKR Lipis. Untuk penyelenggaraan jentera berat dan ringan memang banyak ilmu yang diperolehi. Tidak masuk kisah “Salmah” lagi, hehehe….Rasanya lain kali pula kot, InsyaALLAH.

InsyaALLAH bertemu di lain entri…🙂

2 Responses

  1. emm..memang best LI kat JKR.X sangka pule pengalaman kita serupa yang bezanye tempat je..hi.. sy kat JKR Cawangan Mekanikal Sg Pinang Pulau Mutiara…Bestkan klu leh nak je masa tue diulang balik…

    Best2…lagi2 bila di ajak jalan2 tgk site…memang pantang di ajak…hehehe

  2. praktikal kt jkr skadar dpt tgk je….
    lg bgus dpt praktikal dgn syarikat kontraktor…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: