Kisah LI: Menjelajah Banjaran Titiwangsa

Semalam 18 Jun, hari yang agak memeningkan kepala kerana menjelajah jauh masuk ke kawasan pendalaman banjaran titiwangsa untuk melawat tapak projek bangunan asrama SK Lenjang. Dengan menaiki pajero JKR Pahang, mengharungi jalan yang penuh liku, becak, cerun yang tinggi dan macam-macam lagi lagak seperti lanun darat diri ini terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

Walaupun jarak tapak projek dengan jalan besar yang bertar lebih kurang 5o KM, tapi untuk sampai ke tempat yang dituju mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Kerisauan kadang-kadang bertandang juga di hati bila melalui jalan yang agak dasyat itu. Paling merisaukan apabila bertembung dengan kenderaan dari arah yang bertentangan kerana jalan tersebut hanya terdapat satu lorong sahaja. Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan selamat sampai.

Salah satu keadaan yang terpaksa diharungi oleh pajero

Salah satu keadaan yang terpaksa diharungi oleh pajero

Sepanjang perjalanan, jalan yang dilalui melalui beberapa perkampungan orang asli. Tidak sangka dalam hati ini, masih terdapat juga sekumpulan manusia yang masih menetap jauh di pendalaman. Bukan sedikit bilangannya. Melihatkan kediaman mereka, masih mendirikan rumah dengan menggunakan hasil khazanah semulajadi, sungguh unik dan asli! Kebanyakkan rumah yang didirikan semunya berdekatan dengan sungai. Melihatkan kejernihan air sungai, membuatkan rasa ingin berhenti seketika untuk merasa kesejukan dan kedinginannya. Tetapi kerana kedatangan ke sana bukan tujuan untuk berseronok, jadi perjalanan diteruskan sehingga ke tempat yang dituju.

Sampai sahaja di SK Lenjang, pajero dipandu terus menuju ke tapak projek. Sebaik sahaja kaki menjejak ke tanah, kepala masih pening. Masih terasa lagi berada di dalam pajero yang melalui jalan yang dasyat itu. Tetapi disebabkan keadaan persekitaran sekolah yang nyaman dan disekelilingi bukit-bukau yang menghijau, rasa pening terus hilang. Rasa macam berada di pinggir Cameron Highland.

Kaki terus melangkah ke ruang bahagian dapur dewan makan yang bakal digunakan untuk masak makanan untuk pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada anak-anak orang asli. Semua alatan dan kelengkapan yang akan digunakan untuk memasak telah tersedia, cuma tidak disusun secara teratur lagi. Setelah melihat beberapa bahagian di ruang dapur tersebut, kaki terus melangkah keluar untuk melihat keadaan sekeliling sekolah.

Cuba untuk menghampiri bangunan yang menempatkan beberapa buah kelas, tetapi terpaksa berhenti dari jarak yang jauh kerana takut untuk mengganggu sesi pembelajaran anak-anak orang asli. Melihat kehadiran saya di situ, beberapa murid perempuan menjenguk ke tingkap. Di tepi tingkap tersebut saya mendengar mereka menyanyikan sebuah lagu yang mungkin agak popular berkumandang di media elektronik, tapi saya tidak pasti lagu apa. Hanya kedengaran perkataan “sayang”. Terdetik dalam hati ini, ‘maju juga pengetahuan mereka tentang hiburan’. Bila melihat keadaan tersebut berlaku, saya terus melangkah menjauhi bangunan tersebut , tak nak mengganggu mereka yang sedang belajar. Kaki terus melangkah mendaki bukit untuk melihat suasana sekeliling sekolah. Dari situ saya melihat pemandangan yang sungguh mendamaikan. Sekolah tersebut hanya di sekelilingi oleh bukit bukau dan tumbuhan yang menghijau. Udaranya terasa nyaman dan menyegarkan. Setelah puas mengambil gambar pemandangan sekolah dari atas bukit tersebut, saya meneruskan penjelajahan ke sekeliling sekolah pula.

Pemandangan SK Lenjang dari atas bukit

Pemandangan SK Lenjang dari atas bukit

Pemandangan SK Lenjang lagi

Pemandangan SK Lenjang lagi

Kehijauan terbentang di depan pintu masuk SK Lenjang

Kehijauan terbentang di depan pintu masuk SK Lenjang

Setelah penat berjalan, saya kembali ke tujuan asal kedatangan ke SK Lenjang untuk memerhati sistem pemasangan dapur. Rupa-rupanya saya terlepas beberapa pemeriksaan peralatan dapur. Hanya sempat memerhati pemeriksaan sistem salur gas. Tu lah, lain kali berjalan jauh lagi..padan muka…huhuhuhu…

Kawasan dapur yang dah siap disusun

Kawasan dapur yang dah siap disusun

Selepas menyusun peralatan dapur pada kedudukan yang betul dan sesuai, semua yang hadir ke tapak projek termasuk pihak JKR: unit mekanikal, elektrik dan bangunan, pihak kontraktor dan pihak pendidikan, semua dijemput menjamu selera di kantin sekolah.

Setelah selesai semua urusan di SK Lenjang, kami bertolak pulang. Sekali lagi kami terpaksa mengharungi semula jalan tanah yang agak dasyat keadaaannya selama 2 jam setengah untuk kembali ke bandar Kuala Lipis.

Jadi, semalam tidak kedengaran gurauan “Salmah”. Untuk ‘Ringkasan aktiviti’ dalam buku log saya hanya menulis: Melawat tapak projek dewan asrama SK Lenjang untuk melihat gerak kerja sistem pemasangan dapur. Masa yang diambil (Jam): 9 Jam (8 pagi-5 petang).

Inilah pengalaman pertama menjejak kaki ke kawasan pendalaman yang dihuni oleh orang asli dan juga antara pengalaman yang diperolehi semasa menjalani LI setakat ini. Rasanya bukan mudah berpeluang untuk mengalaminya. Sambil menimba ilmu, dapat juga merasai menjejak kaki ke pendalaman. Seperti pepatah melayu, “Sambil menyelam minum air”.

Berjalan menuju ke asrama...tak kisah langsung kalau tak pakai kasut

Berjalan menuju ke asrama...tak kisah langsung kalau tak pakai kasut

Tak pakai baju pun tak ape...Suasana ketika selepas sesi persekolahan tamat bagi mereka yang tidak tinggal di asrama. Siap bawa bekal lagi, tapi yang peliknyer makan guna pinggan. Macam mana dia orang simpan makanan tu??? Musykil betul...

Tak pakai baju pun tak ape...Suasana ketika selepas sesi persekolahan tamat bagi mereka yang tidak tinggal di asrama. Siap bawa bekal lagi, tapi yang peliknyer makan guna pinggan. Macam mana dia orang simpan makanan tu??? Musykil betul...

2 Responses

  1. Cam tak pecaya jerrr….per pon syabas dapat harungi kepayahan mendaki dengan pajero…camner la kalu tak der kenderaan…nurul memang tak terjangkau dek fikiran zanuar leh ader blog best camnie pastu leh karang cita panjang2…mungkin ini satu kelebihan nurul…kalu nak compare memang zanuar sentiasa ketingalan…(jumud & katak d bawah tempurung)🙂
    per pon zanuar harap nurul leh teruskan lagi artikel2 yang mana dengan tak sengaja artikel tu pon boleh jadi cara nurul berdakwah…

    sempoi sangat…..(big mistake someone like me not truly know u)

  2. ntah ape 2

    Ada apa2 masalah ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: