Pengkhianat Dunia Islam

turkinegara2wajahSaya baru hampir sahaja selesai membaca sebuah buku sejarah. Kulit buku berwarna merah dan di muka hadapan dihiasi gambar bangunan Aya Sofia dan wajah seorang pengkhianat dunia Islam, Mustafa Kemal Ataturk. Buku yang setebal hampir 180 muka surat bertajuk Turki Negara Dua Wajah, Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam. Penulisnya ialah DR. Abdullah ‘Azzam. Buku ini adalah edisi kemas kini yang telah disediakan oleh Dr. Muhd Nur Manuty dan Prof. Dr. M. Redzuan Othman sebagai pengantar dan analisis.

Kandungan buku ini menyentuh bagaimana Mustafa Kemal Ataturk berjaya menghapuskan sistem khalifah di Turki. Terus terang saya katakan, sebelum saya membaca buku ini saya hanya mengetahui bahawa Mustafa Kemal Ataturk adalah pengkhianat negara Turki, tetapi sejauh mana saya mengetahui perkara ini, sangat terbatas. Setelah berjaya hampir menghabiskan bacaan, baru saya fahami sedikit sebanyak kisah kejatuhan Khilafah Utmaniah.

Di sini saya ingin kongsikan sedikit hasil bacaan yang saya dapati daripada buku ini tetapi rasanya mungkin tidak detail dan saya juga bukan seorang pengulas buku yang baik. Tambahan lagi, saya ini agak pelupa tentang fakta-fakta yang dimasukkan….huhuhuhu

Kejatuhan Khilafah Uthmaniah adalah berpunca daripada pengkhianatan Mustafa Kemal Ataturk. Namun, disebalik pengkhianatannya, pasti ada yang membantu menjayakan agenda kemusnahan pemerintahan Islam tersebut. Tidak lain dan tidak bukan adalah yahudi dan negara Barat. Untuk pengetahuan yang membaca, sebenarnya pihak yahudi dan barat yang berperanan besar merancang kemusnahan empayar Islam tersebut kerana mereka menggeruni kekuasaannya pada ketika itu dan mereka mempunyi agenda lain antaranya untuk menakluki bumi Palestin. Sejarah telah menyatakan bahawa empayar ini pernah merangkumi tiga benua pada zaman keagungannya. Namun segalanya telah berakhir apabila Mustafa Kemal Ataturk telah berjaya menjadikan dirinya pemimpin negara turki dan sekaligus mengistiharkan kelahiran republik Turki.

Bagaimana Kemal berjaya menjadikan dirinya seorang pemimpin adalah disebabkan didukungi oleh pihak yahudi dan barat. Mereka menjadikan Kemal sebagai alat untuk memusnahkan empayar Islam Uthmaniah. Sebelum Kemal berjaya menduduki kerusi pemimpin negara Turki, pelbagai sandiwara yang dimainkan oleh beliau bagi mengaburi mata penduduk Turki sehingga ia diangkat sebagai Ghazi (mujahid) kerana berjaya mengalahkan pasukan Yunani yang datang menyerang di pertempuran Sicoria. Banyak lagi kejayaan yang berjaya dimiliki oleh Kemal kononnya bagi memperlihatkan dirinya seorang yang hebat di mata penduduk Turki.

Kemal sebenarnya merupakan seorang anggota masonisme (freemanson) yang merupakan jaringan Zionis Yahudi yang bekerja secara rahsia. Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan pihak yahudi. Jadi, ini memudahkan pihak yahudi memasuki kawasan Palestin di mana pada ketika itu, negara Palestin berada di bawah jagaan Khilafah Uthmaniah. Oleh itu, daripada sini kita dapat melihat bagaimana Zionis Yahudi berjaya memasuki Palestin dengan mudah ibarat berjalan di atas karpet merah tanpa mendapat tentangan langsung.

Semasa pemerintahan Kemal, beliau telah merombak seluruh sistem pemerintahan Islam Uthmaniah kepada pemerintahan sekular iaitu memisahkan agama daripada kehidupan politik negara. Jadi pelbagai arahan telah dikeluarkan untuk dilaksanakan sekaligus menghapuskan kekuasaan Sultan dan mengistiharkan negara Republik. Antara perintah yang dikeluarkan adalah melarang pemakaian hijab, merubah dua masjid agung iaitu Aya Sofia dan Masjid Al-Fatih menjadi muzium. Selain itu memaksa kaum muslimin menyerukan azan dengan bahasa Turki dan memaksa mereka membaca al-Quran dengan bahasa Turki bukan dengan bahasa Arab. Banyak lagi perintah yang dikeluarkan menyebabkan pendudukm muslim Turki sukar mengerjakan ibadat termasuk melarang mengerjakan ibadat haji.

Dalam meneruskan agenda negara sekular yang diterajui oleh Mustafa Kemal Ataturk sehingga ke hari ini, banyak tentangan yang telah dilakukan oleh penduduk Turki terutama dari kaum muslimin. Antara yang paling berjaya merubah sedikit sebanyak dunia politik Turki adalah Najmuddin Erbakan yang memimpin Parti Salamah al-Wathani al-Islam (Parti Keselamatan bangsa Islam) yang dibentuk pada tahun 1972. Antara lain yang disebut dalam buku ini menentang sistem pemerintahan sekular ialah Badiuzzaman Said Nursi dan Necmittin Erbakan.

Dalam buku ini suka saya memetik satu kata-kata yang dipetik daripada Ulasan dari majalah Arabic Islamic World Review yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu yang diletakkan dibahagian lampiran analisis yang berbunyi:

“Bertarung dengan agama (Islam) sama halnya dengan berjuang melawan angin. Anda tidak mungkin dapat menguasainya. Bahkan kata agama itu sendiri mungkin merupakan sebuah kata yang paling samar-samar ertinya di antara kata kerja terpenting, sulit didefinasikan secara tepat”

Kenyataan ini selari dengan ayat 10 surah al-Anfal yang bermaksud:

“Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah”

Bagi saya, sebenarnya banyak lagi maklumat yang perlu diketahui tentang pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Mustafa Kemal Ataturk oleh kita untuk melihat sejauh mana pihak yahudi dan dunia barat bergerak bagi menghapuskan Islam di muka bumi ini. Oleh itu, kembalilah kita kepada sejarah.

One Response

  1. buku ni sgt menarik, tapi isinya agak berat. huhu..

    Memang agak berat nak baca lagi2 gaya penyampaiannya agak memeningkan, tapi setiap ayat, penuh fakta. Jadi memang x rugi kalau baca walaupun ambil masa juga nak habiskan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: