1 Julai yang ditunggu

Hari ini, ada dua event besar berlangsung . Dua perkara yang berbeza, tempat yang berbeza, tetapi agak memerlukan penglibatan saya. Satu perkara tidak merisaukan langsung, malah menggembirakan diri ini, tetapi satu perkara lagi amat merisaukan diri ini sejak beberapa bulan lepas.

InsyaALLAH untuk hari ini, adalah hari terakhir ayah berkhidmat sebagai seorang guru setelah mencapai umur 56 tahun. Lebih 32 tahun ayah menjalankan tugas ini dibeberapa buah sekolah menengah di dalam negeri Pahang dan kebanyakkannya di daerah Lipis. Sekolah terakhir ayah berkhidmat adalah di SMK Padang Tengku (SMKPT) yang mana sebelum ini pernah juga ayah bertugas sebelum berpindah ke SMK Sulaiman, Bentong. Pernah menyandang tugas sebagai pengetua di SMK Setiawangsa dan SMK Orang Kaya Haji. Namun disepanjang ayah berkhidmat sebagai seorang guru sains, saya tidak pernah sekali berkesempatan diajar secara formal di kelas oleh ayah kerana tidak disekolahkan di sekolah ayah mengajar. Tapi perkara itu tidak saya kisahkan langsung kerana ayah tetap seorang guru sampai bila-bila.

Sepanjang tempoh ayah mengajar, ayah berkesempatan mengajar anak kepada bekas anak-anak muridnya dan bekas anak muridnya berkesempatan bertugas bersama dengan ayah di sekolah. Itulah antara kisah tentang pengalaman ‘orang lama’. Disebabkan oleh pengalaman ayah dan juga sebagai Guru Cemerlang, ayah digelar ‘Profesor’ oleh anak muridnya sekarang. Bagi saya itu satu pengiktirafan yang mempunyai banyak maksud. Memandangkan saya juga pernah menjadi seorang murid di sekolah, tidak hairan kenapa sesetengah guru menerima gelaran tertentu. Banyak kisah di sekolah yang ayah ceritakan kepada anak-anaknya dan antaranya tentang perangai anak-anak muridnya. Kebanyakkan kisah yang diceritakan adalah tentang kenakalan anak-anak muridnya. Ada yang kena cekup sebab merokok, kena kejar sebab memonteng dan macam-macam lagi. Pernah juga saya kena cekup dengan ayah apabila menceroboh makmal sains di SMKPT tak salah masa itu saya tidak bersekolah lagi. Ye lah, zaman budak-budak lagi masa tu, agak nakal. Bak kata orang, masih hingusan…😉

Ini adalah perkara yang menggembirakan saya apabila tiba masa untuk ayah bersara. Jadi boleh lah ayah berehat di rumah dan melaksanakan perancangan aktiviti selepas bersara atau kalau ada kesempatan pergi melawat cucu dan anak-anaknya terutama yang sedang belajar di negeri selatan…hehehehe. Namun, persaraan itu hanya pada jawatan tapi tidak pada tugas. Ayah masih juga menerima jemputan untuk mengajar dan memberi ceramah di sekolah dan institut pengajian. Apa yang pasti gelaran ‘Cikgu Yusof’ itu tidak tamat di sini sahaja. Ia akan kekal meniti di bibir anak-anak murid ayah.

Untuk hari ini, saya meminta izin dari supervisor untuk hadir kerja separuh hari kerana hendak membantu mak dan Aisyah di rumah bagi menyambut kehadiran guru-guru SMKPT yang berkunjug ke rumah untuk menghantar ayah pulang ke rumah. Alhamdulillah, saya diizinkan. Dalam masa yang sama saya dan adik saya ditugaskan untuk menyiapkan slide show tentang ayah dan mak yang akan ditayangkan pada 11 Julai nanti bagi sambutan persaraan dua guru yang mana pernah mengajar di SMKPT.

Hampir jam 3 petang kedengaran hon kereta daripada sebuah kereta Iswara dan diikuti sebuah Mercedes terus parking berdekatan dengan porch rumah dan diiringi 20 lebih buah kereta dari belakang. Dengan tersenyum lebar ayah keluar kereta dengan memakai tanjak lengkap bersamping. Hohohoho…lagak seperti seorang pembesar negeri zaman melayu Melaka tapi silap tang kaki ayah pakai kasut…hehehehehe. Ayah terus menjemput guru-guru yang datang menghantar pulang masuk ke rumah dan dijamu sedikit jamuan, keadaannya sungguh meriah. Itu tidak diceritakan lagi majlis sambutan di SMKPT sempena persaraan ayah. Kini ayah digelar YB (Yang Bersara). Kepada ayah, Nurul mengucapkan selamat menempuh dunia persaraan dan seterusnya menjadi persara yang berjaya…😉. Esok InsyaALLAH ayah akan ke SM Sains Raub untuk lapor diri…Apa kes pula ni, kata dah jadi YB??? Kisah yang agak pelik tetapi lawak…mungkin akan diceritakan di blog ayah.

Ayah yang baru tiba diperkarangan rumah

Ayah yang baru tiba diperkarangan rumah

Kemeriahan di luar rumah

Kemeriahan di luar rumah

Kemeriahan di dalam rumah

Kemeriahan di dalam rumah

Tanda penghargaan dari warga SMKPT

Tanda penghargaan dari warga SMKPT

Dua anak ayah tengah menyibukkan diri 'menyelongkar' hadiah ayah...ayah ok je kan??? Tak la penat ayah membukanya, banyak tuuu... ;)

Dua anak ayah tengah menyibukkan diri 'menyelongkar' hadiah ayah...ayah ok je kan??? Tak la penat ayah membukanya, banyak tuuu...😉

Begitulah kisahnya salah satu perkara besar yang berlaku hari ini. Untuk perkara satu lagi ini yang agak merunsingkan kepala. 1 Julai merupakan hari pertama berlangsungnya Program Pengenalan Kelab Iqra’ ’09 (PPKI’09), antara program besar Kelab Iqra’ (KI) yang dilaksanakan dengan kerjasama JPDP dan JKTK. Segala perancangan program telah diaturkan beberapa bulan lepas. Namun, banyak perkara telah diubah kerana program ini perlu dilaksanakan secara serentak dengan pengenalan kelab dan persatuan lain yang terdapat di UTM untuk pelajar baru yang mendaftar.

Walaupun berada jauh dengan sahabat-sahabat yang berusaha melaksanakan program ini, ia juga merupakan tanggungjawab saya untuk mengetahui perjalanan program. Mengenangkan banyak juga masalah yang timbul, saya sedaya upaya cuba membantu apa yang termampu. Namun saya yakin dengan kemampuan krew-krew PPKI ’09. Saya yakin mereka mampu buat yang terbaik kerana masing-masing faham dengan tujuan sebenarnya. Bukan hanya sekadar bekorban untuk hadir ke UTM walaupun masih dalam tempoh bercuti sebelum kuliah bermula minggu hadapan, tetapi segala-segalanya untuk Islam. Saya yakin bukan hanya saya sahaja mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar, tetapi juga sahabat-sahabat KI yang berada di merata tempat.

Bila ada kelapangan saya menelefon mereka di sana. Tapi disebabkan kredit asyik kehabisan, terpaksa la ‘bergayut’ menggunakan telefon rumah. Minta maaf ayah sebab selalu ‘bergayut’ sekarang ni..huhuhuhu. Mendengar segala perkembangan di sana, agak hilang juga kerisauan yang bersarang. Ditambah lagi mendengar semangat dan usaha krew-krew PPKI’09 termasuk practice macam mana berdepan dengan pengunjung-pengunjung booth nanti. Mantap la korang semua!!!😀 .Dengar berita sambutan amat menggalakkan, Alhamdulillah. Semoga semua yang terlibat terus bersemangat untuk hari esok.

Rasanya sudah cukup panjang kisah yang diceritakan untuk hari ini. Untuk seterusnya, kita nantikan pula kisah 10 Julai, InsyaALLAH. Tunggguuuuu……………….

2 Responses

  1. la..saupian yg dalam gambar tu coursemate saya..xsangka

    dunia ni kecik jer…saya x kenal pun cikgu saupian tu…just tau pernah bertugas bersama ayah

  2. bnyknye hadiah..penuh la dinding rumah lepas ni..

    ada lagi tu…tunggu 10 & 11 Julai nanti…x per, dinding umah bertambah luas…ayah yg cakap🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: