YB Jonaidah Ahmad

Sudah lebih seminggu ayah jadi YB (Yang Bersara). Hari ini tiba pula giliran emak mendapat gelaran YB. Emak telah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris lebih daripada 33 tahun di beberapa buah sekolah di negeri Pahang terutamanya di Kuala Lipis. Emak menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru di Sek. Keb. Padang Tengku (SKPT), bekas sekolah saya dan abang-abang saya (lebih kurang tiga bulan jer saya sekolah di situ masa darjah satu).

Ketika memulakan tugas sebagai seorang guru, anak kelahiran Jitra, Kedah ini telah di posting ke SEMERAK kini sekolah tersebut dikenali sebagai SMK Orang Kaya Haji. Seterusnya emak berkhidmat di SMK Padang Tengku, bekas sekolah terakhir ayah mengajar. Ketika ditukarkan ke Bentong, emak mengajar di SMK Ketari. Apabila berpeluang kembali ke Kuala Lipis, emak dipinjamkan oleh KPM ke JAIP untuk mengajar di SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku (betul ke ayah fakta Nurul ni?). Namun, setelah beberapa emak berkhidmat di situ, atas sebab-sebab tertentu emak ditukarkan pula ke SK Padang Tengku sampai tamat perkhidmatannya hari ini.

Emak di sekolah memang terkenal dikalangan murid-muridnya tidak kira yang diajar ataupun tidak. Terkenalnya emak atas sebab sikap emak yang tegas dan serius ketika mengajar di dalam kelas atau dengan perkataan senang difahami adalah garang. Jadi tidak hairan la emak selalu ditugaskan menjadi guru disiplin di sekolah. Namun dengan sikap garang emak itulah yang membuatkan anak-anak muridnya hormat dan patuh setiap arahan yang diberi dan secara tidak langsung ilmu yang diperolehi mudah untuk diterima. Ada juga anak-anak muridnya menyatakan emaklah guru favourite mereka kerana di luar kelas, emak biasa sahaja, malah periang😉 .

Pernah juga bekas anak-anak muridnya dikalangan sahabat-sahabat saya yang berpeluang di ajar oleh Cikgu Jonaidah menceritakan kisah guru English mereka di dalam kelas semasa mengajar, memang serius. Kalau tidak buat kerja sekolah, siap la kena denda. Main-main dalam kelas pun kena juga, kena bebel itu biasa la…yer lah, emakkan seorang EMAK. Sifat yang biasa ada dalam diri seorang yang bergelar EMAK kerana sayangkan anak-anaknya. Saya akui juga sifat-sifat emak yang dinyatakan di atas saya warisi. Namun garang saya bersebab. Jadi sesiapa yang ada kaitan kerja dengan saya dan dalam pada masa yang sama malas buat kerja dan buat tidak kisah je, faham-faham la apa yang bakal dialaminya nanti.

Seperti mana ayah tidak pernah mengajar saya secara formal di dalam kelas, begitu juga emak. Namun itu bukan masalahnya, emak dan ayah tetap guru saya sampai bila-bila.

Untuk majlis persaraan emak pula, seperti mana ayah, emak juga dijemput dari rumah oleh rakan sejawatan SKPT. Dalam majlis tersebut emak di temani YB Yusof Ibrahim dan semasa acara potong kek, emak memotong bersama ayah. Untuk pulang ke rumah emak, pada perancangan awal emak akan pulang bersama ayah, tapi planning bertukar, emak di hantar pulang ke rumah dengan menaiki BMW. Meriah sungguh sambutan majlis persaraan bagi YB-YB ini.

Sudah berakhir emak memegang jawatan sebagai guru, namun seperti ayah, tugas emak tetap diteruskan demi anak bangsa. Buat masa sekarang emak sudah pun di booking untuk mengajar di SMAPT lagi-lagi diperlukan guru English setelah PPSMI akan dimansuhkan pada 2012 nanti.

Semua gambar di bawah khas untuk tatapan Abang De dan Kak Ninie di Belfast….

Bunting yang disediakan khas untuk Emak...

Bunting yang disediakan khas untuk Emak...

Emak sedang berucap...penuh syahdu

Emak sedang berucap...penuh syahdu

Emak ayah sedang potong kek..so sweet

Emak ayah sedang potong kek..so sweet

Anak sulung sibuk buka hadiah, cucu sulung sibuk 'menolong'..Syifa'..S yifa'

Anak sulung sibuk buka hadiah, cucu sulung sibuk 'menolong'..Syifa'..S yifa'

9 Responses

  1. “Namun garang saya bersebab. Jadi sesiapa yang ada kaitan kerja dengan saya dan dalam pada masa yang sama malas buat kerja dan buat tidak kisah je, faham-faham la apa yang bakal dialaminya nanti.”

    *Ehem*

    Ada orang tu macam tak paham.

  2. Dah ada 2 YB baru kat Lipis. Sorang naik Mercedes, sorang lagi naik BMW..memang betul-betul YB. Tahniah buat mak and ayah di atas kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa. Rugi rasanya tak dapat nk bersama-sama raikan majlis tu. Kami di Belfast dah dapat anak sedara ke tiga. Kak Yong dah bersalin hari Isnin 7/7/09, baby girl, 3.5 kg di Hospital Kuantan by vacuum. Overdue 7 days. Still di hospital.

    Mlm ni kat Pahang Club ada majlis sambutan sempena persaraan dua orang YB oleh alumni SMKPT. Memang bunyinya agak hebat juga sambutannya. Kat sana hanya boleh tgk kenangan yang dirakamkan jer…Tahniah la buat family kak ninie dengan kehadiran orang baru. Namanya si comel apa yerk??

  3. TAHNIAH kpd cikgu…
    jasa cikgu dikenang,,segala yg dimiliki adalah hasil usaha yang dilalui sepanjang bergelar guru..
    TAHNIAH….
    sy nk mite pendapat tentang sek. men .keb orang kaya haji.
    cukup la sidikit gambaran tentang sekolah tersebut. kerjasama c.gu amat sy hargai

    Ayah saya telah menjawab…so boleh baca komen di bawah…

    • SMK Orang Kaya Haji (Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bandar Lipis – SEMARAK, nama dulu) kini sudah berubah fizikalnya. Memulakan tingkatan empat tahun 1995 walaupun sudah ditubuhkan tahun 1965. Kini merupakan sebuah sekolah Harian Biasa di Bandar Lipis. Namanya tidak segah SMK Clifford atau SMK Seri Lipis tetapi salah seorang PPD Lipis (Haji Zahari Uda) adalah murid kumpulan pertama sekolah ini.
      Saya hanya mengajar disekolah ini tahun 1976 – 1980 dimana diawal perkhidmatan sehingga berkahwin saya menjadi warden asrama di SEMERAK.
      Sekolah ini sukar untuk menyerlah kerana ramai muridnya terdiri dari anak orang asli. Bukan nak merendahkan kebolehan mereka tetapi itulah masalahnya. Sekiranya MELOR ada idea untuk bantu, maka bantulah dalam perkara ini. Mereka kurang motivasi untuk belajar. Maklumat ini saya perolehi daripada Cikgu Yusof Ibrahim yang pernah menjadi pengetua di sekolah ini tahun 2001 dahulu.
      Orang yang banyak pengetahun dan maklumat tentang sekolah ini pastilah pengetuanya sekarang (Puan Rashidah Kamaruddin) dan mantan pengetua (En Roslani Idris). Tanyalah komen mereka.

      Thanks ayah kerana sudi menjawab…Nurul kurang pengatuhan tentang SMOKH

      • TERIMA KASIH C.GU ATAS MAKLUMAT YG DIBERIKAN
        SY INSYALLAH AKAN PRAKTIKUM DI SMKOKH.
        TERLALU KURANG MAKLUMAT UTK DAPATKAN GAMBARAN SMKOKH DARI INTERNET. UTK PERGI MELAWAT KE SEK TERSEBUT MELOR BELUM CUTI LAGI.
        APE2 PON TERIMA KASIH. PASAL PELAJAR ORANG ASLI SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI GURU UTK MEMBANTU MEREKA.

        BERJUANG MENDIDIK ANAK BANGSA…
        SEMOGA SEGALA TITIK PELUH CIKGU DIBERKATINYA.
        TERIMA KASIH JUGA UTK NURUL..

        Sama-sama kita membantu…😉 …Kalau memerlukan apa2 yg berkaitan dgn Pendidikan, boleh rujuk blog ayah saya…Wadah Orang Kampung

  4. BAIKLAH…
    INSYALLAH…
    SALAM RAMADHAN

    Salam Ramadhan too😉

  5. Salam.. walaupun dah lme C.Ju bersara, sy tetap nak ucapkan terima kasih buat C. Ju .. Jasanya akan dingati buat selama-lamanya.. Kenangan bersama beliau sentiasa terpahat di hati.. C. Ju adalah Cikgu kami smpai bila-bila..Syg C. Ju..

    Salam, InsyaALLAH saya sampaikan apa yang ditulis…Sayang Mak juga😉

  6. Assalamualaikum
    Saya Burhanudin, pernah ngajo kat SMAPT.
    Sampaikan salam pada Puan J..she has done a good job
    Salam pd semua la
    TQ

    InsyaALLAH, saya akan sampaikan…😉

  7. Sy dah brtjmpa sio yew hua dan sulaiman nasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: