Kita untuk semua

Salam Maal Hijrah 1431…

Bercakap tentang tahun baru, pasti tidak boleh dipisahkan dengan azam untuk tahun tersebut. Perkara yang biasa memang akan diperkatakan atau mungkin hanya terdetik di hati. Itu terpulang kepada diri masing-masing, apa yang penting adalah apa yang diniatkan di hatinya.

Namun alangkah cantiknya, alangkah baiknya jika apa yang kita azamkan dan apa yang diniatkan itu boleh dimanfaatkan bersama orang lain sekali. Bukankah itu suatu yang dituntut dalam Islam? Seperti sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud,

“Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagimana ia berusaha untuk menolong saudaranya.”

(Riwayat Muslim)

Tidak berlaku sedikit pun kekurangan jika apa yang kita lakukan itu untuk dimanfaatkan dengan orang sekeliling kita. Memang dari segi kuantitinya semakin berkurangan tidak kira sama ada tenaga, duit, barang atau sebagainya. Tetapi di sisi Allah, ganjaran Allah akan bertambah dan pertolongan daripadaNya sentiasa diberikan, InsyaAllah. Seperti kata-kata yang biasa kita dengar, what you give, you get back.

Namun, ramai yang takut untuk melakukan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bersama orang lain. Mungkin ada segelintir yang memikirkan buat apa susah-susah untuk orang lain, sedangkan orang tak hargainya. Mungkin ada juga yang terfikir, peduli apa orang lain, aku aku lah, engkau engkaulah. Macam-macam lagilah. Melihatkan perkara ini, apakah antara sebabnya terjadi demikian?

Antara jawapan yang boleh diberikan adalah disebabkan mereka tidak memahami dengan melakukan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bersama dengan orang lain ia akan membawa kebaikan kepada diri kita sendiri. Mereka takut jika melakukan sedemikian akan membawa kerugian kepada diri sendiri kerana berlaku kekurangan apa yang dimilikinya. Benarlah ada yang mengatakan, manusia ini memusuhi apa yang dia tak fahami. Dengan tiada kefahaman terhadap perkara ini, ia memberi pandangan yang sempit dengan kelebihan yang akan diperolehi. Mungkin mereka melihat dan mengukur pada sudut kebendaan sahaja. Hal ini memang tidak dapat dinafikan kerana itu yang telah berjaya ditanam oleh pemikiran barat dengan melihat dunia ini dengan penilaian mata terhadap kebendaan. Natijahnya manusia berusaha untuk memiliki tanpa memberi kepada yang lain.

Oleh itu, kepada yang memahami, bersamalah kita berazam untuk melakukan sesuatu yang boleh dimanfaatkan kepada diri kita dan orang sekeliling kita. Namun segala-galanya bergantung kepada niat dan keikhlasan kita. Apa yang kita niatkan, itulah yang kita akan perolehi. Jadikan hidup ini untuk memberi…semoga ia memberi manfaat untuk semua, InsyaALLAH.

Kenapa hitam putih jer???…Itulah hitam putih dunia…

One Response

  1. Assalamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Wahai Saudaraku di seluruh penjuru dunia maya,

    Akhirnya tahun baru telah tiba…
    Tahun penentuan, apakah kita akan tetap jatuh terpuruk semakin jauh ke dalam kubangan kehinaan,
    Ataukah kita akan bangkit berhijrah menuju ke arah datangnya cahaya kemenangan di depan.

    Baca selengkapnya di

    http://dir88gun0w.blogspot.com/2009/12/happy-new-year.html

    —————————————————–
    INDONESIA GO KHILAFAH 2010
    “Begin the Revolution with Basmallah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: