Ini sahaja yang termampu

Seperti biasa kalau log in akaun wordpress antara perkara biasa yang sering dilakukan adalah klik menu Blog Stats dan Blog Surfer. Dengan adanya menu Blog Stats yang disediakan, saya boleh lihat statistik pengunjung blog, daripada link mana pengujung mengunjungi dan sebagainya. Manakala Blog Surfer boleh baca secara terus dengan full text entri bagi wordpress yang hendak kita ikuti. Hanya tertarik untuk kunjungi wordpress yang diikuti apabila hendak baca komen yang diberi untuk entri tersebut.

Seperti biasa, apabila melihat ada bilangan komen bertambah pada satu-satu entri, terus klik melalui link yang disediakan untuk berkunjung ke wordpress tersebut. Saja hendak tahu pandangan orang lain tentang entri yang ditulis. Tapi untuk kali ini, komen yang ditinggalkan memang tiada kaitan dengan entri yang disiarkan. Memang jarang orang hendak lakukan hal ini kecuali ada hal penting hendak disampaikan. Betul, memang penting. Pengunjung tersebut meminta tuan punya akaun wordpress supaya melakukan report spam ke atas satu akaun wordpress yang menggunakan nama berkaitan dengan Islam tetapi isinya menghina ajaran Islam. Ya, ini adalah salah satu startegi marketing yang dilakukan untuk menarik ramai pengunjung untuk mengunjungi blognya dan seterusnya melakukan pelbagai hasutan untuk menyesatkan orang Islam yang mengunjunginya.

Disebabkan curiosity memang tinggi masa itu, dengan pantas terus klik link yang disediakan. Memang agak terperanjat bila mengunjungi blog tersebut. Penuh dengan kata-kata yang menghina ajaran Islam. Pelbagai cara yang disampaikan untuk melakukan penghinaan tersebut. Apabila bila membaca komen-komen yang ditinggalkan dalam blog tersebut memang ada yang ‘naik angin’ dengan pemilik blog itu namun tidak kurang juga ada yang menyokong. Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang menyediakan pautan ke blog lain yang mana blog tersebut turut melakukan hal yang sama. Ketika itu hati ini hanya mampu memohon keampunan kepada Allah…

Berbalik kepada komen yang ditinggalkan oleh pengunjung yang meminta melakukan report spam, dia meminta menulis “BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion Islam” dibahagian Why dengan harapan blog tersebut akan ditutup apabila ramai yang melakukan perkara tersebut.

Saya akui, ini sahaja perkara yang mampu saya lakukan. Hendak melakukan kutukan dengan meninggalkan komen di blog yang melakukan penghinaan tersebut rasanya tiada gunanya. Sebab apabila membaca komen-komen yang membantah apa yang dilakukan, tuan punya blog tersebut makin ‘gembira’ untuk membalas setiap kata-kata mereka yang membantah. Ibarat seperti mencurah minyak petrol ke api, semakin marak untuk ia terus membakar. Jadi untuk memadamkan marakan api itu, adalah lebih baik kita menghapuskan punca api tersebut dengan harapan marakan semakin mengecil dan akhir terus terpadam, InsyaALLAH.

Walaupun tidak dinafikan mungkin ada juga terfikir bahawa kalau buat report spam pun rasanya tak de kesan pun sebab pemilik wordpress ni orang kafir juga. Diharap dapat perbetulkan persepsi tersebut sebab saya yakin mereka ini mengutamakan kehendak pelanggan. Customer satisfaction first. Seperti yang dikatakan oleh pengunjung yang mengharapkan supaya dilakukan report spam, semakin banyak yang melaporkan (report spam), semakin cepat blog tersebut ditutup.

Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa tunggu sahaja nanti Allah akan membalas setiap apa yang dilakukan oleh manusia laknat tersebut. Ya, memang benar, itu janji Allah. Tetapi adakah kita yang mengetahui ini hendak membiarkan sahaja perkara tersebut terus berlaku? Apakah jawapan yang hendak diberikan di akhirat kelak apabila Allah bertanyakan apa yang kita lakukan bila si polan itu melakukan penghinaan terhadap agamaNya? Mampukah kita untuk memberi alasan pada waktu ketika itu?

Jadi harapan kepada pemilik akaun wordpress yang lain, kalau hendak melakukan seperti apa yang diminta oleh pengunjung yang mengharapkan report spam dilakukan, boleh maklumkan kepada saya dengan meninggalkan komen pada entri ini. InsyaALLAH saya akan memberi tahu lokasi wordpress tersebut melalui emel yang ditinggalkan. Bersama-sama kita lakukan. Yang benar tetap benar!

Takbir! Allahuakbar!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: