Kenapa hijau?

Pernah tak terfikir kenapa Allah mencipta warna daun-daun pokok hijau?

Kadang kala ada juga yang hendak mencari ketenangan dengan memerhati alam ciptaan Allah terutama melihat kehijauan alam supaya diri merasa segar sesegar kehijauan dedaunan.

Antara perkara yang boleh saya kongsikan di sini adalah kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan.

Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. Kepintaran seseorang banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan untuk mencari ketenangan. [Diolah  oleh penulis daripada artikel Putih-Ransang Kepintaran Pelajar, Dewan Kosmik, Disember 2000]

Cuba bayangkanlah kalau tumbuh-tumbuhan bewarna merah. Pasti ramai yang akan sentiasa rasa lapar. Mana dapat fakta ni? Saya dengar melalui satu rancangan di televisyen (lupa dah rancangan apa). Tiada pula dinyatakan secara saintifik kenapa merah boleh meransang rasa lapar. Tapi yang pasti, kebanyakkan restoran fast food memilih warna merah untuk menghiasi dinding restoran. Jadi, masa berpuasa, kurangkanlah memandang warna merah…nanti cepat rasa lapar…he~

Apabila memikirkan semula kenapa tumbuh-tumbuhan warna hijau, dan kenapa bilangannya terlalu banyak? Jawapannya mudah kerana Allah hendak menjadikan manusia sebagai hamba-hambaNya yang bijak kerana kita dianugerahkan akal. Tidak seperti makhluk lain seperti binatang, memang dianugerahkan otak, tetapi tiada akalnya.

Jadi bolehkah kita untuk nyatakan diri kita seorang yang bodoh? Pada hakikat penciptaanNya, Allah tidak mengkehendaki begitu. Mungkin diri kita yang diperbodohkan oleh mind set kita yang mengatakan diri kita bodoh atau pun kurang bijak dalam sesuatu tindakan. Atau pun boleh dikatakan di sini adalah sikap kita yang pemalas, malas untuk berfikir.

Apa yang diperkatakan oleh saya ini hanya ditujukan kepada kita yang sihat mentalnya. Bagi yang diciptakan Allah sebagai manusia yang istimewa itu adalah atas kehendakNya. Usah untuk dibandingkan.

Di sini ingin saya memetik firman Allah yang bermaksud:

Bertasbilah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat kekurangan). Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyemprunakan kejadian dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).

(al-A’laa, 87:1-3)

Ya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, Yang Amat Mendalam pengetahuanNya, Yang Maha Pengasihani lagi Yang Maha Mulia.

Allah tahu apa yang diperlukan oleh hamba-hambaNya…SUBHANALLAH….

Wallahu’alam…

Kenangan di "Hari Hijau"

p/s: Tiba-tiba dapat idea nak tulis bila otak dah penat nak transfer ‘Heat Transfer’ ke dalam otak. Walau apa pun, warna kegemaran tetap biru dan hitam…😉

2 Responses

  1. ana suka hijau..biru..coklat..bertukar2 “ikut peredaran zaman”,tp tak dikongkong zaman😀

    Ni favourite colour selalu bertukar2 la ni? Apa2 pun…hidup ini sangat indah dihiasi dengan pelbagai warna. Agung sungguh ciptaan ALLAH….Subhanallah…
    Nampaknya avatar Aishah warna kuning….😉

  2. artikel ini menarik..bolehkan kiranya saya sunting artikel ini dan menambah sedikit info2 saintifik utnuk dimasukkan dalam ruangan ingin tahu dalam majalah jabatan saya. Mohon email saya eziey81@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: