Konvoi LL4G

Dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini, saya pasti berada di hadapan televisyen untuk menonton Buletin Utama (BU) bagi mengikuti perkembangan Misi Kemanusiaan ke Gaza atau lebih mudah dikenali Life Line 4 Gaza (LL4G). Kenapa BU? Kenapa tak Astro Awani? Sebabnya di rumah ni tak melanggan Astro. Mungkin satu kepelikan, tapi bagi saya, tidak. Ok, tak perlu mengarut lebih, just entri kali ini sebagai respon saya terhadap tindakan serangan rejim zionis ke atas Mavi (MM) Marmara salah satu kapal yang menyertai konvoi LL4G di atas perairan antarabangsa.

Terus terang, x perlu lampu suluh, jamung, pelita atau lampu kalimantang tindakan rejim zionis yang menyerang MM sehingga 19 orang sukarelawan terbunuh termasuk 60 yang lain cedera adalah suatu perkara yang tidak berperikemanusiaan. Hasil tindakan mereka yang ‘giler’ itu, mendapat kutukan dari seluruh dunia. Rata-rata media cetak, media elektronik memaparkan pelbagai respon dari mereka yang cintakan keamanan dan yang paling famous adalah demonstrasi jalanan. Namun tidak kurang juga melalui jaringan internet, bersepah-sepah entri yang menulis tentang kisah ini. Bagi saya pengguna wordpress, cukup sekadar klik pada Tag Surfer, masukkan Gaza pada subscribed tags, maka bersusun la entri mengikut yang paling terakhir waktu yang dipaparkan.

Cukup cerita tentang respon dari seluruh dunia, sekarang ini pergi ke cerita 12 orang sukarelawan Malaysia yang menaiki MM yang ditahan oleh rejim zionis. Berita yang terakhir saya dengar, Alhamdulillah, mereka selamat dan sekarang telah berada dia Aman, Jordan setelah dilepaskan oleh Israel. Apa yang dipulangkan pada mereka hanya pasport antarabangsa sahaja. Segala macam barang peribadi seperti notebook, kamera hatta pen sebatang semuanya dirampas oleh tentera zionis. Namun saya pasti, setiap detik yang berlaku, pasti segar dalam ingatan mereka. Bagi sukarelawan yang terkorban, semoga Allah tempatkan mereka dengan para syuhada. Bagi yang tercedera, semoga segala parut yang ada pada badan, boleh dijadikan saksi apabila berhadapan dengan Allah diakhirat kelak. Hati ini tidak dapat menafikan bahawa sukarelawan-sukarelawan yang pergi mengikuti misi LL4G adalah wira-wira yang hebat. Sanggup tinggalkan keluarga demi membantu saudara-saudara seIslam di sana.

Setakat ini hanya sebuah kapal yang membawa barang-barang bantuan ke Gaza yang masih meneruskan perjalanan. Semoga semua enam orang sukarelawan yang berada dia atas kapal Rachel Corrie, Allah permudahkan urusan kalian. Kurang dari satu hari setengah akan tiba ke Gaza. Namun, berita yang diperolehi dari BU mengatakan bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang risiko jika mendapat sebarang amaran daripada Israel.

Saya di sini pula, hanya mampu mendoakan keselematan mereka yang sanggup bekorban dan berjuang demi saudara-saudara kita di sana.

Al-hasil daripada kejadian serangan rejim zionis ke atas konvoi LL4G, makin terserlah kuku-kuku, taring dan wajah Isreal Zionis. Setiap yang terjadi, ada hikmah. Israel bukan kisah pun orang awam atau tentera, semuanya hendak dibunuh (tulisan yang berbaur kemarahan).

Walaupun digembar-gemburkan oleh media tentang kejadian di media, namun tidak pasti sejauh mana kesedaran rakyat Malaysia terhadap kisah ini. Adakah mereka mendengar, ia sekadar berita yang biasanya di dengar. Semoga Allah membuka hati dan mata bagi mereka yang mendengar berita ini bahawa di sana, di suatu tempat yang mulia yang amat memerlukan keperihatinan kita terhadap mereka. Usaha tetap usaha seiring juga doa dan tawakal.

Tak tahu, apa yang dah diceritakan sekarang ni, sebab baru lepas mendengar rakaman panggilan dari sukarelawan di IKIM. Agak serabut, tak boleh buat dua perkara dalam satu masa. Yang betul-betul dapat tangkap adalah daripada ulasan DJ, pihak Israel hanya boleh terima jika bantuan yang dihulurkan adalah daripada United Nation. Seterusnya hanya sedikit perkongsian yang ‘mendedahkan’ penipuan Israel laknaktullah.

Only “I guess…”. What the *e**

Inilah 'senjata' yang berjaya dirampas oleh tentera Israel yang menyerang MM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: