Kebijaksanaan Terpuji

Pada 23 Februari 2010 lepas (dah tiga bulan berlalu) bertambah lagi seorang anggota keluarga Tuan Haji Yusof. Alhamdulillah, Abang Long dan Kak Hana dikurniakan anak kedua. Muhammad Irfan Bin Mohd. Khairul Jihadi, itulah nama yang diberikan pada bayi lelaki yang beratnya 2.8 kg sewaktu dilahirkan di Hospital Selayang.

Terpuji, itulah maksud bagi Muhammad. Manakala Irfan membawa makna kebijaksanaan, pengetahuan dan kesyukuran. Jadi, saya memilih kebijaksanaan untuk dijadikan sebahagian tajuk entri. Oh ya, Irfan merupakan cucu lelaki pertama, cucu ketiga bagi ayah dan emak,¬† dan adik kepada Nursyifa’ Imani.

Bercerita tentang anak saudara yang ketiga ini, tiga bulan lepas, beratnya hanya 2.8 kg. Namun setelah berusia tiga bulan, beratnya sudah mencecah 7.8 kg, hampir mencecah obesiti…huhuhu. Dasyat juga anak saudara yang seorang ni. Kebanyakkan baju yang memang sesuai dipakai pada umurnya sekarang, sudah tak boleh dipakai. Ketat, macam sarung nangka. Ada seorang makcik ni cakap (Abang Long cerita), Irfan sihat semacam sebab boleh bawa nama yang diberi. Itu kata orang tua-tua la. Alhamdulillah, tidak banyak ragam. Kuat menyusu, asal celik sahaja mata, terus menangis sebab dahaga. Dah kenyang, tidur balik. Bila menyusu tak boleh lambat diberi susu, pasti menjerit-jerit. Marah la gamaknya. Satu lagi sifatnya yang memang pertama kali saya jumpa, bayi yang paling banyak keluarkan angin…huhuhu. Bau pun boleh tahan la…. Bucuk-bucuk pun orang cium gak, siap gigit-gigit lagi, geram sangat.

Dah masuk umurnya tiga bulan, badannya dah kuat. Cuma sampai sekarang, lehernya masih tidak kelihatan, hehehe (bulat sangat). Bila diagah-agah, suka sangat. Suka juga bercakap-cakap (bahasa bayi la). Kalau dilayan, lagi Irfan suka. Paling suka bila diberi rasa kurma atau kismis dan akan menjerit-jerit kalau lambat suap. Siap meleleh-leleh air liur. Suka juga tengok dia macam tu, comel (kecik-kecik dah kena buli). Kalau menangis, angkat bawa berjalan, terus senyap. Kalau dah ngantuk sangat, terus tertidur walaupun kita sedang bermain dengan dia.

Itulah serba sedikit kisah anak saudara saya yang ketiga. Semoga Irfan menjadi seorang hamba Allah dan anak¬† yang terpuji sifatnya dan bijaksana seperti nama yang diberi. InsyaALLAH…

p/s: mana sedap, Kebijaksanaan Terpuji atau Terpuji Kebijaksanaan???

Irfan umur sehari

Irfan kena 'bungkus'

"are-deekk"

Siap posing

Ala tomei-tomei....

Irfan dan kakaknya

Si Bulat

Hantu Tepung Gomak...Saje tambah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: