Haji 2032 (Editted Version)

“Assalamu`alaikum. Akak saya hendak daftar haji. Ini buku akaun saya,” Kata si adik setelah mendapatkan kerusi di kaunter urusan.

Perempuan yang digelar ‘Akak’ mengambil buku akaun Tabung Haji (TH) yang dihulurkan. Membelek terus ke muka surat yang mengandungi catatan terakhir kemaskini akaun.

“OK, adik layak mendaftar sebab simpanan melebihi RM1300,” Maklum si akak. Kemudian menatap monitor komputer sambil menekan papan kekunci. Mungkin untuk melihat data berkenaan si adik itu.

“Ok, bagi yang mendaftar haji sekarang, InsyaALLAH giliran pada tahun 2032. Jadi adik hendak pergi dengan siapa nanti?” Tanya si akak.

“Erk!…Erm…tak tahu lagi la akak, saya datang untuk mendaftar sahaja ni,” Balas si adik yang agak terkejut apabila mendengar tahun 2032 disebut.

“Kalau perempuan hendak melaksanakan haji, perlu bersama mahramnya,” Terang si akak.

“Saya tahu, tapi tak tahu lagi la macam mana,” Jawab si adik semula.

Si akak menatap semula monitor sambil menekan papan kekunci dan menggerakkan tetikus. Kemudian tangan kanannya mencapai sehelai kertas kosong lalu memasukkan ke dalam mesin pencetak. Seterusnya tercetak sesuatu di atas kertas yang dimasukkan tadi. Perkara yang sama dilakukan selepas terbalikkan bahagian hujung yang satu lagi pada kertas yang sama.

Setelah selesai, akak tadi melipat dua kertas yang dicetak sebentar tadi dan seterusnya mengoyakkan kepada dua bahagian.

“Jadi, ini maklumat pendaftaran haji adik. Adik mendaftar haji untuk tahun 2032. Jadi selepas ini, RM1300 akan dibekukan dalam akaun adik,” Terang si akak sambil menggariskan angka 2032.

“Ok. Terima kasih akak,” Balas di adik dengan senyuman sambil mengambil salinan maklumat pendaftaran haji beserta buku akaun yang diserahkan oleh si akak.

*********

InsyaALLAH akan pergi haji pada tahun 2032. Ya, terlalu banyak masa lagi untuk menyimpan.  Namun hati ini tertanya-tanya sama ada masih wujud atau tidak lagi di dunia ini pada waktu itu. Masih sihat atau tidak lagi apabila umur sudah mencecah 40-an jika umur masih panjang. Apa-apa hal pun, apa yang bermain di fikiran ini adalah siapakah yang bakal menemani saya untuk ke tanah suci nanti??? Siapa??? InsyaALLAH tiga orang adik saya telah mendaftar secara online dan tahun pilihan adalah 1454 Hijrah sama dengan 2032 Masihi. Alhamdulillah, sama tahun dengan saya.

Oleh itu, peringatan kepada sesiapa yang membaca dan mempunyai simpanan yang melebihi RM1300 di dalam TH, boleh la mendaftar sekarang. Terdapat dua cara iaitu:

  1. Pergi ke Bank Tabung Haji yang terdekat – Sila bawa buku simpanan TH
  2. Mendaftar secara online – Hanya masukkan nombor akaun TH dan nombor kad pengenalan.

p/s: Jalan cerita yang ditulis di atas telah diubahsuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: