Cinta Sufi

Allah bersamaku…
Allah perhatikan aku…
Allah melindungi aku…

Itulah antara mesej yang hendak disampaikan oleh Ramlee Awang Mursyid (RAM)  kepada pembaca karyanya yang the latest iaitu Cinta Sufi (CS). CS merupakan sambungan kepada trilogi Bagaikan Puteri (BP) namun agak berbeza sedikit jalan ceritanya berbanding trilogi BP.

Dalam CS, watak Haryani dan Dani tidak wujud. Tapi dihidupkan dengan dua watak baru iaitu Catalina seorang bangsawan Belanda dan Luna, serikandi bangsa Polip. Di samping itu ditambah beberapa watak lain bagi menghidupkan lagi jalan cerita. Di awal episod CS, lebih banyak tertumpu kehidupan Catalina di tanah airnya dan kemudian diikuti pengembaraan Catalina ke Melaka dan seterusnya ke Hulu Melaka yang berlangsung semasa kedatangan Belanda menjajah Melaka. Namun di akhir jalan cerita CS, kisah berlangsung di zaman sekarang.

Watak Saifudin atau lebih terkenal dikalangan peminat trilogi BP sebagai Laksamana Sunan terus dimainkan walaupun kebanyakkan pembaca Hijab Sang Pecinta termasuk saya merasakan watak itu telah dimatikan oleh penulis novel. Dalam kisah CS ini, watak Saifudin diteruskan dan digelar “lelaki bertanduk dua” oleh Maryam yang muncul di dalam mimpi Catalina setiap kali dia pengsan. Catalina diminta oleh Maryam untuk mencari “lelaki bertanduk dua” untuk mencari jawapan siapakah sebenarnya Maryam.

Bagi pembaca trilogi BP, seperti yang sedia maklum kehidupan Saifudin tidak pernah rehat daripada mengejar dan dikejar oleh makhluk dunia kejahatan. Kali ini Saifudin berhadapan dengan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang bertujuan untuk membalas dendam atas apa yang telah dilakukan oleh Saifudin pada kisah yang lalu. Bagi saya dalam CS, watak Saifudin agak “lemah” berbanding dalam kisah trilogi BP yang sentiasa bertenaga dan penuh semangat. Pertempuran Saifudin dengan musuhnya banyak dibantu oleh sahabat-sahabatnya termasuk Hang Tuah dan pahlawan bangsa Polip. Ini mungkin disebabkan RAM ingin mengurangkan “kesempurnaan” watak Saifudin setelah mendapat pelbagai respon daripada pembaca trilogi BP (mungkin).

Seperti biasa, RAM suka membuatkan pembaca sentiasa tertanya-tanya sepanjang penulisannya. Pelbagai persoalan timbul antaranya siapakah Maryam? (yang ini saya dapat teka awal-awal dah jawapannya), rahsia apa yang disembunyikan oleh Hang Tuah? Adakah Saifudin akan mengakhiri zaman dudanya? Siapakah pilihan Saifudin, Catalina atau Luna? Jawapan boleh diperolehi setelah menamatkan CS. Seperti yang diketahui oleh pembaca, akhir cerita terus tergantung dengan kehilangan keris Nanggroe dan skrip kisah pelayaran Catalina ke Melaka di muzium Maryam. Begitu juga kesudahan hidup Saifudin yang dibawa oleh Hang Tuah ke tempat persembunyiannya setelah mendapat kecederaan yang agak parah akibat ditembak semasa pertarungan di Hulu Melaka.

Dengan kesudahan cerita CS yang tergantung dengan kehilangan keris Nanggroe dan skrip pelayaran Catalina, saya agak pasti RAM akan meneruskan sambungan CS ini. Namun, tidak pasti apakah watak-watak di dalam CS terutamanya Saifudin akan diteruskan lagi atau tidak. Semuanya bergantung kepada RAM untuk meneruskan karyanya yang penuh dengan persoalan. Apa yang pasti, setiap karyanya tidak lari daripada menyampaikan mesej ketuhanan.

Sudah pasti peminat novel RAM menanti Rayyan Fantasi termasuk saya juga. Untuk novel Ungu Karmila dan 9 Nyawa sebelum ini telah saya tamatkan juga, tapi agak malas untuk mengulas. Cuma ingin nyatakan bahawa Ungu Karmila karya yang agak boleh psiko fikiran pembaca, tapi tidak boleh lawan Rahsia Perindu (sampai tak dapat tidur lelap lepas membacanya, memang psiko giler). Untuk 9 Nyawa pula, bagi saya lebih kepada mengubah mind set orang bahawa hidup mati sesuatu makhluk semuanya bergantung kepada takdir Allah.  Bukan percaya kepada mitos bahawa kucing mempunyai 9 nyawa.

Apabila bercerita tentang Saifudin a.k.a Laksamana Sunan, teringat seorang sahabat pernah bertanya betul ke Laksamana Sunan ini wujud? Bagi saya jawapannya senang sahaja, ini hanya watak dalam sebuah cerita. Jadi tak perlu kita fikirkan sangat. Pertanyaan daripada sahabat itu menunjukkan bahawa RAM berjaya menggarap penulisannya dengan baik sehingga membawa sesetengah pembaca tertanya-tanya wujudkah Laksamana Sunan. Tidak kurang juga ada yang telah “jatuh hati” dengan Laksamana Sunan…huhuhuu….

13 Responses

  1. owh…. ni sambungan….bagaikan putri ek…and cinta sang ratu jugak….. best… nak pinjam sapa ada.kak adah?

    Sebelum tu kena baca Hijab Sang Pencinta. Baru best baca Cinta Sufi. Kak Adah ada…tp adik dah bawa lari ke Gombak…

    • hijab sang pencinta ada? bila nak baca tu tak tahu lah….huhu

      HSP ada kat rumah. Ala, baca sket2…abis la nanti, biarpun sebulan…huhuhu

      • hehe…novel kat BI ni pun dah sebulan kot baca…

        suka r baca novel….dah stat cannot stop. tapi kena stop.

        Layan novel masa iklan kat TV…dapat la 2 page

  2. …jatuh hati dengan laksamana sunan….he…

    Ala…cakap kat orang…dia?😛

  3. rahsia perindu citer pasal apa?

    Citer sal orang yang mempunyai 3 personaliti yang berbeza

  4. yang dia jadi doktor tu ek?

    Ntah, lupa lak…yg pasti dia sakit jiwa…mati2 ingatkan laki

  5. owh..? conflict identiti? erm….tak ingat jugak

    Bukan conflict, split identity

  6. Ana pernah baca ketiga-tiga trilogi BP…siap beli lagi….huhu~ (masa f5 minat baca)

    mmg best….cara RAM bawa cerita fiksyen agak menarik…

    cumenyer, ingatkan sampai hijab sang pencinta je…rupenyer ada sambungan…..

    Grrr!! takpe…..tak leh di sibukkan dengan buku novel sedang buku fikrah banyak tak habis lagi……huhu~

    thanks for the intro tuk CS ni….

    “tak leh di sibukkan dengan buku novel sedang buku fikrah banyak tak habis lagi…..” Sekali kena daaa….anyway, Jazakallah coz sudi meninggalkan jejak…

  7. i ilke the novel..

    Me too…😉

  8. pengguanaan psikologi yang sangat mantap!!!!!!
    watak sebagai agama islam yang sangat menyerlah…
    kadangkala mengecewakan hanya kerana disebabkan oleh suspens..
    Bagaikan Puteri..
    Saifuddin & Dani tak tahu kemana..
    Cinta Sang Ratu…
    dah terjawab..
    Episod Seterusnya (ramalan)..
    Mungkin maharani akan menimbulkan lagi lebih banyak persengketaan antara saifuddin kerana tak puas hati..

    (saya orang Sabah)

    Ooo…patut la. Cuma tak berapa nak faham tentang “episod seterusnya (ramalan)”…bukan ke dah terjawab dalam Hijab Sang Pencinta???

  9. rasa dah terjatuh hati lah ngan saifudin….ahaks…peribadinya sngat awesome…hehehehehe….tersilap baca novel..sepatutnya slepas Bagaikan Puteri kena baca Hijab Sang Pencinta dulukan?tapi saya langkau terus baca Cinta Sufi…hehehehe…patutlah pelik smcm bila bca Cinta Sufi….hahahaha….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: