• Aqsa as-Syarif

    bantu palestin!
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kalendar

  • Hari-hari yang berlalu

    June 2010
    S M T W T F S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Contengan Terbaru

  • Kritikus

    This Teacher is So D… on Kisah LI: Menjelajah Banjaran…
    eziey on Kenapa hijau?
    Nurichiroe Nurichiro… on Cinta Sufi
    abdul latif umar.. on YB Jonaidah Ahmad
    nihaja on Exercise for focus thinki…
  • Pusat Operasi

  • Archives

  • Kategori

Kisah si Naga Merah

Pokonya hijau penuh berduri
Hidup berpaut ditiang berdiri
Bunganya kembang dipagi hari
Buahnya manis penuh berbiji

Entri kali ini, saya ingin berkongsi cerita tentang buah kegemaran saya iaitu buah naga. Bunyinya macam karangan budak  tahun satu.  Tapi rasanya tak sebab saya hendak berkongsi tentang proses tumbesaran buah naga. Sebenarnya ada sesuatu yang menarik tentang buah naga ini. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya malahan ada juga tidak kenal pokoknya (pernah dengar). Sebelum itu, penceritaan tidak menjurus kepada bentuk ilmiah, sekadar perkongsian sahaja hasil daripada penggunaan lima pancaindera yang dikurniakan ALLAH. Sebarang catatan tidak dilakukan, hanya rekod melalui lensa kamera.


Putik pada peringkat ini belum tentu akan menjadi. Kadang kala ia tidak menjadi dan bertukar warna hitam dan gugur.


Putik terus membesar. Nak tahu saiz besar mana pada waktu ini, cuba cari semut yang sama jenis dalam gambar di atas dan bandingkan. Hehehehe…. 🙂


Putik yang saiznya besar sedikit daripada gambar di atas.


Masa ini kudup bunga sedang membesar.


Hampir tiba masa bunga buah naga hendak berkembang. Bunga naga akan mula berkembang bermula waktu petang, kira-kiranya sebelum maghrib. Seterusnya proses perkembangan bunga naga berlangsung sepanjang malam sehingga subuh. Gambar diambil beberapa minit sebelum maghrib.


Akhirnya…bunga naga telah kembang sepenuhnya dipagi hari.


Diameter bunga naga lebih kurang 20-22cm. Mungkin lebih besar. Ukurlah sendiri. Gambar diambil lebih kurang jam tujuh pagi.


Di waktu pagi proses pendebungaan berlaku. Makhluk kecil yang bewarna hitam di dalam gambar bertindak sebagai agen pendebungaan. Di sini berlakunya win-win situation di mana makhluk kecil warna hitam mendapat manisan, dan proses pendebungaan berlaku pada bunga naga. Tidak dapat dikenal pasti makhluk kecil hitam itu sebenarnya…huhuhu. Pagi-pagi dah bangun cari rezeki. Cuba teka mana satu organ jantan (stamen,) mana satu organ betina (pistil)? Soalan cepu mas daripada seorang  guru sains yang telah bersara  ketika sedang asyik menangkap gambar.


Lebih kurang jam 9 pagi, bunga naga mula menguncup. Seterusnya layu…Tak salah gambar diambil pada waktu petang.


Embrio sedang membesar.


Inilah hasilnya…Buah naga yang sudah masak. Nak tahu buah naga dah masak atau tak, mudah sahaja. Apabila kulit buah naga sudah bertukar ke warna merah, maknanya buah sudah matang dan boleh dipetik.


Nyum-nyum….Cuba cari semut hitam dalam gambar di atas.


Inilah antara pokok naga yang ditanam depan rumah.

Itulah antara sedikit perkongsian yang tidak seberapa ilmunya. Jika ada tersalah penggunaan term, harap dapat dibetulkan. Sebenarnya teruja sangat pertama kali melihat bunga naga berkembang. Putih, kuning…SubhanALLAH, sangat cantik.

Apabila diperhatikan proses pembesaran buah naga, ia memang tidak lari dengan pusingan hidup manusia.
*Hidup mati tidak kenal muda atau tua.
*Cantik itu hanya sebentar sahaja.
*Hidup ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Inilah juga antara tanda keangungan ciptaan Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud:

Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

(al-An’aam, 6:99)

Oleh itu, jangan kita sekadar menikmati kemanisan buahnya sahaja, tapi sama-samalah memerhatikan menggunakan lima pancaindera yang dikurniakan seterusnya memikirkan dengan menggunakan akal dan hati. Tiada penafian lagi, inilah tanda keagungan-Nya bagi mereka yang beriman.

Teringat pula sebuah lagu yang didendangkan oleh Mesut Kurtis dan Irfan Makki yang bertajuk I Think of You. Suka pada melodi dan liriknya…simple tapi dalam maksudnya.

**Untuk mendengar, sila klik pada simbol play

Wallahu’alam…

2 Responses

  1. very curious dengan pokok ni….. bila naik keretapi sangat banyak kebun NAGA ni kat sekitar landasan….sangat takjub dengan pokok dia…….. rupanya bunganya juga sangat cantik….:)

    Cantikkan??? Besaaar……

  2. subhanaALLAH…menarik…….

    Memang cantik, menarik & tertarik…Sue tanamlah pokok naga kat rumah, tak pun KTF…heheehehe 😉

Leave a reply to su Cancel reply