Macam-macam

Situasi 1

Ketika berjalan terus ke hadapan, tanpa melihat kiri kanan terdengar pertanyaan daripada Abang Ngah di belakang.

“Cuba kira berapa biji motor yang ada kunci motor?”

Secara automatik terus menoleh ke kiri dan kanan. Kira-kira hampir 40 buah  motor di letakkan di bahu jalan yang tidak berturap. Boleh dikira hanya beberapa buah motor sahaja yang tiada kunci ditingggalkan.

Ketika waktu ini, saya hendak menghadiri kenduri kahwin bapa saudara saya di Kampung Tanjung Gahai pada hari Sabtu minggu lepas. Lokasinya agak pendalaman. Kalau 10 tahun dahulu jika hendak ke kampung ini perlu menaiki boya untuk menyeberangi sungai. Namun sekarang telah di sediakan jambatan. Namun agak jauh juga kampung itu daripada jambatan. Jalan agak sempit, muat untuk sebuah kenderaan empat roda sahaja lalui dalam satu-satu masa.

Melihat situasi di atas, saya sungguh kagum dengan kepercayaan orang kampung di situ terhadap satu sama lain. Selain itu, kenduri kahwin yang saya hadiri masih dilakukan secara bergotong-royong, makan pun berhidang. Memang agak susah untuk melihat keadaan ini pada waktu sekarang. Semoga sikap tolong menolong dan menghormati ini berterusan dan menjadi contoh buat masyarakat lain di luar.

Situasi 2

“Kalau drive di sini mesti kena kunci pintu. Bahaya juga di sini, sebab tengah berhenti masa traffic lihgt warna merah pun orang boleh pecah masuk”

Kata abang ke dua kepada kami yang sedang berhimpit di tempat duduk belakang kereta.

Lokasinya sekitar Wangsa Maju. Senang kata, kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan dan lampu trafik Memang agak gerun juga peringatan yang disampaikan oleh Abang Ngah. Cuba bayangkan semasa kita asyik melihat ke arah lampu trafik menunggu berubah ke warna hijau, tiba-tiba ada seorang hamba ALLAH masuk ke dalam kereta dan mengacu pisau ke leher kita. Agak-agak apa yang kita boleh lakukan waktu itu?

Oleh itu, pastikan pintu kereta sentiasa berkunci, bukan hanya untuk keselamatan anak kecil di dalam kereta, tetapi untuk menghindari perkara-perkara yang tidak diingini daripada luar.

Situasi 3

“Ayah, tak hilang ke baja pokok getah tu?” Tanya kakak ipar kedua ku kepada ayah mentuanya.

“InsyaALLAH tak,” Jawab ayah penuh yakin.

“Kalau kat Semanggol, dah lama kena curi,” Balas kakak ipar kedua ku.

Situasi ini berlaku di rumah yang terletak di Kampung Relong, Kuala Lipis. Alhamdulillah, setakat ini tidak berlaku sebarang kecurian baja pokok getah lagi. Lagipun ayah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyembunyikan baja itu. Tapi apa yang menjadi kerisauan saya, takut ia menjadi tempat persembunyian binatang yang menjalar….fobia, fobia…

Apa tujuan saya menulis ni yerk? Hanya untuk perkongsian daripada pengalaman dan peringatan buat diri kita yang dikatakan masyarakat yang bertamadun.

Fikir-fikirkanlah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: