Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong

Di CoPas daripada http://alberangque.wordpress.com. Ada edit sikit-sikit…

…………………………..

Kiriman ini merupakan satu hebahan kepada semua penduduk Kampung Relong, Kuala Lipis serta sanak saudara yang berada diperantauan serta kepada semua keturunan Tok Linggi yang membuka Kampung Relong, baik yang ada di daerah Lipis atau di mana sahaja saudara saudari berada.

Dimaklumkan bahawa satu majlis Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong akan di adakan di perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Relong pada hari Ahad, 3 Oktober 2010, bermula 9.00 pagi sehingga 12.30 petang.

Kepada mereka yang tergolong dalam dua kategori di atas (penduduk Kg Relong dan saudara mara yang jauh dan dekat dan keturunan Tok Linggi) adalah dialu-alukan untuk hadir. Terdapat sedikit perubahan tarikh daripada pengumuman awal. Pada mulanya majlis ini akan dibuat pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) tetapi apabila didapati banyak sekolah mengadakan hari persekolahan ganti pada hari Sabtu itu, maka Pengerusi Penganjur bersama-sama Ketua Kampung Relong meminda tarikh kepada hari esoknya (3 Oktober 2010).

Rasional program ini ialah:

  • Meneruskan kesinambungan jamuan yang pernah diadakan pada tahun 2003, 2004, 2005 dan 2009
  • Mengumpulkan seramai mungkin keluarga 1Relong yang amat besar dan bertaburan negeri dan kampung berdekatan
  • Melalui jamuan raya silaturahim dapat mengeratkan keluarga besar ini.

Motto:

Yang Jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.

Matlamat:

  • Mengeratkan silaturahim sesama warga penduduk Kampung Relong
  • Menghayati salasilah keturunan yang telah dibina oleh orang terdahulu melalui penggunaan terembe’
  • Memahami terembe’ yang sudah dimudahkan dalam tulisan rumi
  • Membina suasana harmoni dan perpaduan yang merentasi sempadan daerah dan jurang sosio ekonomi.

VIP dalam majlis ini ialah penduduk Kampung Relong serta cucu cicit Tok Linggi yang berumur 70 tahun ke atas. Oleh itu diharapkan kepada cucu cicit Tok Linggi yang tinggal di luar Kampung Relong yang berumur lebih 70 tahun kenalah mendaftar kepada urusetia untuk menjadi VIP. Bagi yang tinggal di Relong pihak penganjur sudah ada senarainya.

Harapan dari penganjur agar sanak saudara terutama yang ada di Berchang, Lubuk Kulit, Keledek, Gua, Berang, Bapong, Ulu Teris, Merapoh serta di Felda-felda Koyan, Jengka dan sebagainya baliklah jumpa kami. Kami sambut dengan salam silaturahim, serta makan minum. Ada 13 menu makanan disediakan (sedap-sedap semuanya, yummy yummy)… Tapi bukan makan itu yang utama…. Yang Utama ialah Yang Jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.

Setakat ini dahulu. Selamat menjalin silaturahim….

…………………………..

Terlupa dah yang paling terakhir tahun bila pergi majlis ni. Yang pasti 2009  tak hadir. Sekarang dalam dilema untuk hadirkan diri pada dua majlis yang agak besar dan bermakna untuk diri ini yang berlangsung pada hari yang sama. Walaupun berbeza waktunya, tetapi jaraknya terlalu jauh….

Anyway, sebenarnya nak update blog yang dah lama tak post entri….hehehe😀

One Response

  1. […] Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: