Teremba Pengikat Silaturahim

Pada pagi 24 Syawal 1431 Hijrah lalu telah berlangsung sambutan Jamuan Hari Raya Silaturahim 1 Relong. Setelah miss beberapa kali sambutan ini untuk tahun-tahun sebelum ini, akhirnya saya tekad dan ditakdirkan dapat menghadiri sambutan ini. Alhamdulillah…dapat juga menunjukkan muka ni pada orang kampung…hehe~…

Apa bagusnya majlis ni? Tu boleh dijawab melalui entri sebelum ini. Senang kata, ini adalah majlis pertemuan bagi keturunan Tok Linggi yang membuka Kampung Relong.

Untuk majlis sambutan tahun ini, ahli keluarga Cikgu Yusof yang dapat hadir adalah Ayah (of course la…orang kuat program), Mak, Abang Ngah, Kak Sha, SayaūüėČ , Izzah, Ilman, Akmal dan si kecik Najlaa’.

Majlis ini telah di organize oleh keturunan Tok Linggi sendiri yang mana dikepalai oleh mereka yang telah bersara termasuk Ayah. Yang muda-muda dilantik menjadi AJK unit. Kalau baca kertas kerjanya, memang ramai yang terlibat dari tua sampai yang muda. Unitnya pula macam-macam. Anyway, tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuk hadirin yang hadir.

Seperti biasa, setiap kali ada majlis sambutan seperti ini, pasti disediakan ruang untuk orang ramai melihat salah-silah keturunan Tok Linggi. Ini untuk pertama kali saya melihat teremba versi rumi. Yang ada di rumah adalah tulisan jawi. Selain itu telah diringkaskan dengan mengkategorikan mengikut anak-anak Tok Linggi. Famili saya adalah berketurunan Imam Munah yang mana¬† mempunyai keturunan yang paling ramai di Relong (betul ke?). Setakat¬† ni nama adik-beradik saya masih tidak tersenarai lagi dalam teremba…bila la nak masukkan??? Huhuhuhu….

Ni mungkin teremba yang asal sebab tak berkembang lagi...

Ini dia keturunan Imam Munah...Ramai....

Nama Ayah (Yusof) dan adik beradiknya...

Untuk majlis sambutan tahun ini, rasanya pertama kali hadirin diberi roset yang mempunyai warna mengikut keturunan yang ke berapa (betul ke ayah?). Ayah keturunan yang keenam, jadi secara automatik saya dan adik-beradik lain adalah keturunan yang ketujuh. Si kecik Najlaa’ sudah tentu keturunan kelapan. Buat mereka yang tidak bersangkut pertalian darah dengan keturunan Tok Linggi tetapi berkahwin dengan keturunannya dibekalkan roset yang berwarna putih. Dengan adanya pemakaian roset tu, boleh la tahu hadirin yang hadir apa statusnya dan keturunan yang ke berapa. Bagi yang ibu bapanya memang keturunan Tok Linggi, pilih la nak ikut belah siapa.

Warna roset yang adik-beradikku pakai...Keturunan ketujuh

Roset yang dipakai oleh Mak dan Kak Sha

Match la warna roset dengan baju Najlaa'...

Sekarang masuk bab makan pula (part yang best!). Untuk sambutan kali ini, sebanyak 13 menu disediakan. Rasanya bilangan menu yang paling banyak setakat ini. Antara menu yang disediakan adalah lemang dan rendang, sate, nasi dagang, nasi lemak, laksa, puding, aiskrim, roti canai dan sebagainya. Antara yang menjadi rebutan ramai adalah sate dan aiskrim (buatan sendiri oleh orang kampung). Semua menu disediakan oleh keturunan Tok Linggi mengikut kawasan. Selain itu ada juga penajaan persendirian antaranya Rafulin Holdings yang menyediakan sate (yang mana tak disebut, harap maaf). Hendak makan semua memang tak mampu. Jadi kami adik-beradik makan yang ni sikit, yang tu sikit. Senang kata jamah sikit-sikit..he~

Ini baru mukadimah

Suasana semasa agenda makan-makan di luar dewan

Mereka yang selesa bersila

Mereka yang selesa berkerusi

Kami yang selesa bersila

Mak yang selesa berkerusi

Najlaa' dan aiskrim

Buat mereka yang bergelar VIP untuk majlis ini disediakan meja khas di dalam Dewan Balairaya Kampung Relong. Mereka yang tergolong golongan VIP ini juga adalah mereka yang bergelar tok, wan, pakcik dan makcik yang berumur 70 tahun dan ke atas.

Ayah yang bertindak sebagai pengerusi majlis pada sambutan tahun ini

Wajah-wajah VIP untuk majlis sambutan tahun ini

VIP yang berumur 70 tahun dan ke atas

Selain agenda makan-makan untuk majlis ini, ada juga penyampaian anugerah atau senang kata ucapan tahniah dari warga Tok Linggi buat keturunan Tok Linggi yang berjaya dalam akademik. Antara anugerah yang diberi adalah adik-adik yang mendapat keputusan 7A dan ke atas dalam SPM dan adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT termasuk matrikulasi. Selain itu sumbangan turut diberikan kepada anak-anak yatim. Ucapan tahniah daripada saya buat adik Atikah (kalau tak silap namanya) yang merupakan anak yatim piatu yang  mana Rafulin Holdings bebesar hati menaja sepanjang tempoh pengajiannya. Atikah sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor (kalau tidak silap). Memang ramai yang menerima anugerah-anugerah tersebut termasuk adik usrah ku sendiri Nur Sakinah Radzuan atas anugerah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Tahniah buat Sakinah! Ini merupakan satu dorongan buat keturunan Tok Linggi untuk terus ke hadapan.

Agenda kemuncak untuk majlis sambutan ini adalah pemberian duit raya bagi anak-anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah. Masa ni si kecik Najlaa’ tengah tidur akibat kepenatan berjalan sana sini dan makan aiskrim sebanyak 2 kali. Tak boleh nak tolong ambilkan la…

Beratur tunggu turn nak ambil duit raya

Tersenyum je la dapat duit raya

Rasanya setakat ni je penulisan kali ini yang agak tak formal. Kalau selalunya pasti keluar ayat-ayat skema. Bagi santai sikit. Sekali lagi sekalung tahniah buat mereka yang menjayakan sambutan Jamuan Hari Raya Silaturahim 1 Relong pada kali ini. InsyaALLAH tahun depan ada lagi. Semoga dengan berlangsungnya majlis sambutan ini, dapat mengikat silaturahim antara keturunan Tok Linggi supaya tidak melupakan asal usul keturunan mereka. Bukan untuk membanggakan keturunan tetapi memastikan generasi seterusnya mengetahui dan mengenali asal-usul mereka serta saudara-mara mereka.

Bergambar sebelum balik. Tiada dalam gambar Ilman, ntah mana hilang...

Ilman yang hilang

Izzah tengah 'mengepow' untuk dapatkan sponsor program

Kalau ada tersalah kata, tersilap fakta harap maafkan…Sebenarnya banyak lagi nak tulis, tapi mungkin gambar-gambar di atas dapat menceritakan…

Allahu’alam…

4 Responses

  1. T.kasih,
    satu ulasan @ penulisan yang amat menyeluruh,
    rasanye sape yang xhadir dapat merasai pengisian, makna dan kemeriahan sepanjang majlis kita…

    Tahniah,
    kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk hadir bersama….

    Tahun depan,
    Penulis muda ni kena turun padang lak,
    bagi ayahnda rehat sikit.. he he

    sampaikan salam kpd sakinah…
    terima kasih..,

    Memang niat hati nak menulis cerita jamuan ni sebab sebelum ni tak berpeluang nak hadir. Tapi rasanya banyak cerita berkaitan dengan famili jer….InsyaALLAH, boleh jer turun kalau berkesempatan

    • Elok tu,
      kalu ramai ceta berkaitan dgn program ni walau skop family sdri je akan berkembang juga maklumat ini..
      Xpayah ceta hak org lain, kang jdi hal lain lak,

      Harap artikel ringan ni akan menrasangkan org lain tulis catatan tentang family mereka lak

      Bila ayahnda berangkat ke Tanah Suci ?

      Harapnya begitu laa…Buat masa sekarang tak tahu lagi bila tarikhnya…masih menanti

  2. Selamat Menunaikan Fardu Haji Pak Andak Yusuf

    Rasanya dah tersalah blog singgah ni….nie anak dia…huhuhu

  3. nurul,akak ada amik gmbr najlaa,tq

    Wokeh! Err..hari tu x copy yerk gambar???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: