Maher Zain-Save The Soul

Bismillah…

Assalamu`alaikum…

Tiba-tiba hari ni nak post something yang menarik perhatian saya berkaitan kehadiran Maher Zain ke Malaysia yang dijemput oleh pihak Raudhatus Sakinah yang seterusnya bekerjasama dengan beberapa pihak yang lain.

Dimaklumkan bahawa tiket konsert habis dijual. Ini menunjukkan nama Maher Zain di Malaysia sedang meningkat naik dengan lagu-lagunya yang boleh menyentuh hati. Tahniah buat Maher Zain!

Tapi saya bukan nak cerita tentang kepopularan Maher Zain di Malaysia, tetapi keikhlasan hatinya untuk menyedarkan orang ramai…senang kata berdakwah lah. Jadi, pagi tadi berkelapangan menonton MHI di TV3 yang mana artis jemputan adalah Maher Zain. Memang excited sangat la nak tengok. Nak tahu sangat apakah jawapan-jawapan yang akan dilontarkan oleh beliau adakah seiring dengan mesej nyanyiannya…

Jadi jika yang mana berkesempatan menonton MHI pagi tadi, pasti tahu jawapannya. Untuk yang tidak sempat menonton, boleh tengok rakaman yang tak seberapa di bawah but anyway credit and thanks to Annezzzzzz sebab tak de orang lain nak rekod dan upload kan…

***Sila streaming sampai habis dahulu supaya tidak tersangkut-sangkut semasa video dimainkan

Part yang paling menyentap hati saya adalah pada minit yang ke 6:02 dalam sesi wawancara antara Wardina dan Abby Fana:

“…When I arrived, people said to me thank you for coming. Why do you thank you to me? THIS IS MY DUTY. I have to be here….” (lebih dan kurang laaa)

What can I just said….WOW!…So how about me???? Persoalan yang memang berat untuk dijawab…Apa yang pasti, DAKWAH ADALAH SESUATU YANG FLEKSIBEL! Masing-masing diberi kelebihan…gunakan sebaiknya…

Jadi memang tidak menghairankan bagaimana nama Maher Zain melonjak naik dengan mendadak di seantero dunia sebab apa yang dia hasilkan adalah dari hatinya. Jadi dengan izin ALLAH, ia telah menyentuh hati-hati lain. Itulah tanda KEIKHLASAN dalam melakukan kebaikan…

Ni tidak cerita lagi tentang Proton menaja Persona kepada Maher Zain untuk konsertnya. WOW! again!!!

p/s: Khabarnya nak nyanyi lagu Insha Allah in Malay? Just wait and see…….huhuuuu~~

Wallahua’alam…………………….

3 Responses

  1. knp video ni asyik tersangkut2

    Tak streaming sampai habis…memang tersangkut2…

  2. sila bgtau anda pulang ke utm bile….. huhu

    Call rumah la kalau nak tahu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: