Entri awal tahun 2011 (updated)

Sesi duduk melepak di MSI…Buat apa? Ermm…

Dah lama sangat tak update blog ni. Nak kata tak mengunjung, kunjungan hampir setiap hari. Niat hendak menulis ada, tapi tiada apa pun yang terbit. Nak kata tak ada cerita, hari-hari ada sahaja kisahnya. Nak kata tiada apa hendak kongsi, sebenarnya ada jer. Tapi blog still tak update. Huhu~

Mak ayah yang menunaikan haji dah selamat sampai Malaysia pada 8/12/2010 lepas. Saya pula dah merata tempat berjalan. Entah berapa kali pergi balik antara Johor dan Pahang. Seminggu pulang ke Johor, seminggu pulang ke Pahang. Main tepi pantai dah, redah hutan pun dah, panjat gunung pun dah (walaupun tak tinggi mana pun daki). Semua dah…tapi blog still tak update.

Hendak beri alasan, memang itu bukan ajaran untuk diri sendiri…

Baru disapa oleh adik usrah. Tanya khabar, gelak-gelak…then diorang pun pergi. Diakhiri ucapan “Selamat Berinovasi dan Berkreativiti” …terus gelak dan sengih-sengih…

Sebenar ada banyak kerja hendak dibuat…tapi…‘Ehem…jangan belajar memberi alasan’

Tahun 2011 sudah 6 hari mendatang. Birthday Ilman hari ini ke esok? Almaklumla orang tiada FB. Dia sekarang di Darul Ulum, Kedah. Mak ayah hantar untuk memperkasakan Bahasa Arabnya. Tak lama manapun belajarnya…sebulan lebih jer. Sempat SMS dengan dia pagi tadi, tanya khabar. Dia cakap seronok belajar sana. Alhamdulillah…Saya pula buat apa sekarang? Ada je di UTM….ada la kerja hendak buat. Sedang adapt fasa baru, masih terumbang-ambing.

Apa menda la saya cerita ni. Maaf la kalau ada yang membaca rasanya macam tak dapat apa-apa pun info.

Jap…ada orang sedang menghitung hari menunggu orang baru…begitu juga saya…waiting for the new comers in my family from UK😉 ….Semoga Allah permudahkan urusan Abang De dan Kak Ninie…Amin….

Alhamdulillah…Blog updated (tulis ntah apa-apa untuk entri ni…syarat jer)

Jap…jap…bukan ke birthday Kak Sha hari ni??? Dah terkeliru ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: