ALLAH nak kita dekat denganNya

Bismillah…

Assalamu`alaikum… Dah lama benar tak update blog. Niat hati nak update memang ada, tapi tu la, masih sunyi. Nak kata buzy, tipulah.

Sekarang sedia maklum rata-rata universiti di Malaysia tengah bercuti panjang. Jadi agak sunyi la suasana di UTM sekarang. Tak perlu lagi datang awal ke PSZ semata-mata hendak dapatkan tempat selesa untuk online. Yes! I’m still at UTM. Masih meneruskan perjalanan seterusnya di sini selepas tamat degree. Sayang UTM? Yup, memang sayang sebab ada sesuatu yang sedih hendak ditinggalkan. Mungkin tak bersedia lagi untuk tinggalkan untuk mencari kekuatan yang masih tak cukup.

Pernah juga ada yang bertanya lepas habis degree nak buat apa? Jawapan skema ‘Nak sambung belajar, malas nak kerja’. Alasan je tu. Jadi minta maaf kalau sesiapa yang telah menerima jawapan seperti itu sebelum ini.

Apa yang saya sayangkan sangat tu?

Jap, nak cerita sikit. Sebelum ini pernah mengikuti suatu daurah (kursus) yang mana penyampai bertanya soalan cepu emas yang berbunyi, ‘Sebab apa antum di campakkan ke UTM?’. Erm…macam susah je nak jawab dan memang tak dapat nak jawab soalan yang senang amat untuk dijawab. Mahu je nak jawab ‘dah ALLAH takdirkan‘. Itu namanya jawapan orang malas nak fikir la. Mesti ada sebab ALLAH takdirkan,  sesuatu yang terbaik untuk hambaNya.

Dan jawapannya simple, memang terkesan di hati. ‘ALLAH nak kita dekat denganNya’. Jawapan yang memang tepat dan saya akui. Dulu, masa hendak sambung degree selepas diploma, saya telah mendapat 3 tawaran universiti serentak. Alhamdulillah, ALLAH telah menggerakkan hati untuk memilih UTM. Ya ALLAH telah memilih yang terbaik untuk diri saya. Terima kasih ya ALLAH!!!

Itulah jawapannya mengapa saya masih di sini. Saya sayangkan UTM sebab saya sayangkan dakwah di UTM ini. Sesuatu yang bahagia, tenang, seronok dan bermacam lagi sehingga sukar untuk diungkapkan. Hanya hati yang merasai sahaja yang memahami. Namun saya sedar, suatu hari nanti saya akan tinggalkan juga. Atas sebab apa? Wallahu’alam…

Jadi saya perlu berusaha untuk tidak melepaskan peluang yang ALLAH telah berikan walaupun telah 4 tahun berada di bumi UTM ini. Mungkin peluang itu tak datang untuk kali kedua. Jadi perlu berusaha untuk terus memiliki hidup yang sentiasa hidup. Ilmu dan pengalaman itu perlu dicari untuk menjadi bekalan di hari mendatang…supaya memiliki kekuatan menjadi seorang Dai’e. Doakan!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: