Hatrick tahun 2011

Bismillah…

Alhamdulillah, semalam 12 Disember 2011 lebih kurang jam 1230 tengahari bertambah seorang lagi ahli keluarga Haji Yusof Ibrahim, cucu ayah keenam. Kak Hana selamat melahirkan bayi perempuan, adik kepada Syifa’ dan Irfan. Jadi ini anak ketiga Abang Long. Bertambah lagi bilangan golongan hawa di dalam keluarga Haji Yusof. Maka Irfan masih menjadi satu-satunya cucu lelaki yang ada buat masa sekarang.

Saya tak pasti maklumat lain tentang adik Irfan tu, melainkan tahu dia lahir jam berapa sahaja. Huhu..teruk betul Mak Teh dia ni. Busy la sangat…kononnya. Yer…sedang mengejar ‘dead’line.

Tak lama lepas tu dapat la SMS daripada Abang Ngah yang mengeluarkan fakta tentang family Haji Yusof untuk tahun 2011

1. Arif (Abang De) anak ketiga, mendapat anak sulung dan cucu pertama ayah dan mak untuk tahun 2011.

2. Abang Ngah, anak kedua, mendapat anak kedua dan cucu kedua ayah dan mak untuk tahun yang sama.

3. Abang Long, anak sulung, mendapat anak ketiga dan cucu ketiga ayah dan mak juga tahun yang sama.

4. HATRICK anak/cucu perempuan pada tahun 2011

Bukan la nak menulis ni saje-saje. Tapi nak berkongsi kegembiraan ni dengan yang membaca. Sebelum ini ada juga sahabat-sahabat yang mengatakan dapat anak sedara dua tiga orang terawal tu, memang excited. Nanti dah ramai-ramai, rasa biasa jer.

Tapi saya tak nak macam tu. InsyaALLAH akan usaha untuk raikan walau dah seramai mana pun walaupun mereka tak tahu apa-apa pun buat masa sekarang. InsyaALLAH, bila dah besar panjang, dah ada akal, dah pandai baca, dah pandai guna internet, mungkin di sinilah mereka boleh mengetahui kisah-kisah mereka masa mereka kecil dahulu. Tapi, buat Anees dan Wardah, mohon maaf sangat-sangat sebab tak berkesempatan bercerita tentang kelahiran korang. Yang keenam ni pun, tak tahu la berkesempatan atau tak. Yer..sedang mengejar deadline…huhu…

Anyway, tahniah buat Abang Long dan Kak Hana kerana dimurahkan lagi rezeki oleh ALLAH. Maka, Syifa’ kena belajar lagi jaga adik walaupun kadang-kadang kena paksa pujuk juga Irfan tu kalau Irfan yang manja tu menangis. Tapi Syifa’ rajinkan, sayang adik kan?😉

Semoga anak-anak saudaraku yang semakin bertambah bilangannya, Mak Teh doakan semoga korang semua menjadi anak soleh dan solehah. Dapat menyediakan pencen kubur buat mak, ayah, ibu, ummi dan abi korang semua. Apa yang paling penting, dapat melaksanakan tugas khalifah dan ‘abid di dunia ini dengan terbaik!…ameen

Alang-alang tu, nak wish Selamat Hari Lahir buat adikku Aisyah pada hari ini. So dah ada geng la yang lahir bulan 12..hehe~

Saya lak….terus dan terus mengejar deadline….tapi masalahnya deadline pun tak tahu exact tarikhnya…ayyoooo

One Response

  1. tahniah kak adah..waiting from you soon….hehe

    Jazakillahu khairan Iman…InsyaALLAH, ameen…………Tapi tak salahkan kalau Iman dulu..hehe~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: