Buat mereka yang mengajar erti kehidupan

Terasa sesuatu mengusik jiwa di pagi hari, ya rindu ku pada guru-guru ku…

Yang sentiasa ku lakukan adalah berdoa kepada ALLAH semoga diberi kebaikan dan kesejahteraan buat mereka yang pernah menjadi guru ku walaupun hanya seketika. Sama ada mereka seorang guru yang mengajar di kelas, pensyarah yang mengajar di bilik kuliyah, naqibah di halaqah, supervisor di medan kajian dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar erti kehidupan. SELAMAT HARI GURU buat semua…skema kooott…

Buat yang paling istimewa dalam hidup ku, SELAMAT HARI GURU kepada emak dan ayah. Walaupun dah bersara, Continue reading

Hatrick tahun 2011

Bismillah…

Alhamdulillah, semalam 12 Disember 2011 lebih kurang jam 1230 tengahari bertambah seorang lagi ahli keluarga Haji Yusof Ibrahim, cucu ayah keenam. Kak Hana selamat melahirkan bayi perempuan, adik kepada Syifa’ dan Irfan. Jadi ini anak ketiga Abang Long. Bertambah lagi bilangan golongan hawa di dalam keluarga Haji Yusof. Maka Irfan masih menjadi satu-satunya cucu lelaki yang ada buat masa sekarang.

Saya tak pasti maklumat lain tentang adik Irfan tu, melainkan tahu dia lahir jam berapa sahaja. Huhu..teruk betul Mak Teh dia ni. Busy la sangat…kononnya. Yer…sedang mengejar ‘dead’line.

Tak lama lepas tu dapat la SMS daripada Abang Ngah yang mengeluarkan fakta tentang family Haji Yusof untuk tahun 2011

1. Arif (Abang De) anak ketiga, mendapat anak sulung dan cucu pertama ayah dan mak untuk tahun 2011.

2. Abang Ngah, anak kedua, mendapat anak Continue reading

Entri awal tahun 2011 (updated)

Sesi duduk melepak di MSI…Buat apa? Ermm…

Dah lama sangat tak update blog ni. Nak kata tak mengunjung, kunjungan hampir setiap hari. Niat hendak menulis ada, tapi tiada apa pun yang terbit. Nak kata tak ada cerita, hari-hari ada sahaja kisahnya. Nak kata tiada apa hendak kongsi, sebenarnya ada jer. Tapi blog still tak update. Huhu~

Mak ayah yang menunaikan haji dah selamat sampai Malaysia pada 8/12/2010 lepas. Saya pula dah merata tempat berjalan. Entah berapa kali pergi balik antara Johor dan Pahang. Seminggu pulang ke Johor, seminggu pulang ke Pahang. Main tepi pantai dah, redah hutan pun dah, panjat gunung pun dah (walaupun tak tinggi mana pun daki). Semua dah…tapi blog still tak update. Continue reading

Convey My Greetings

Bismillah…

Seperti yang sedia maklum, sekarang telah tiba musim haji di mana penerbangan jemaah haji Malaysia telah bermula. Alhamdulillah, antara bakal jemaah haji Malaysia tahun ini termasuk mak, ayah dan Mak Uda. Ini adalah kali kedua mak dan ayah menunaikan haji. Kali pertama adalah pada tahun 1990. Ermm…masa tu umur saya baru lima tahun.

InsyaALLAH, mengikut jadual penerbangan yang diterima mak, ayah dan Mak Uda adalah pada 26 Oktober ini (Selasa). Tak sampai dua minggu dari sekarang. Tarikh yang memang tidak dijangka kerana ayah memohon penerbangan akhir. Namun masih ada ruang masa lagi untuk menyediakan persiapan sebelum terbang. Secara tak langsung, saya juga menyibukkan diri untuk membantu mak dan ayah menyediakan barang kelengkapan..hehehe. Continue reading

Teremba Pengikat Silaturahim

Pada pagi 24 Syawal 1431 Hijrah lalu telah berlangsung sambutan Jamuan Hari Raya Silaturahim 1 Relong. Setelah miss beberapa kali sambutan ini untuk tahun-tahun sebelum ini, akhirnya saya tekad dan ditakdirkan dapat menghadiri sambutan ini. Alhamdulillah…dapat juga menunjukkan muka ni pada orang kampung…hehe~…

Apa bagusnya majlis ni? Tu boleh dijawab melalui entri sebelum ini. Senang kata, ini adalah majlis pertemuan bagi keturunan Tok Linggi yang membuka Kampung Relong.

Untuk majlis sambutan tahun ini, ahli keluarga Cikgu Yusof yang dapat hadir adalah Ayah (of course la…orang kuat program), Mak, Abang Ngah, Kak Sha, Saya šŸ˜‰ , Izzah, Ilman, Akmal dan si kecik Najlaa’.

Majlis ini telah di organize oleh keturunan Tok Linggi sendiri yang mana dikepalai oleh mereka yang telah bersara termasuk Ayah. Yang muda-muda dilantik menjadi AJK unit. Kalau baca kertas kerjanya, memang ramai yang terlibat dari tua sampai yang muda. Unitnya pula macam-macam. Anyway, tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuk hadirin yang hadir.

Seperti biasa, setiap kali ada majlis sambutan seperti ini, pasti disediakan ruang untuk orang ramai melihat salah-silah keturunan Tok Linggi. Ini untuk pertama kali saya melihat teremba versi rumi. Yang ada di rumah adalah tulisan jawi. Selain itu telah diringkaskan dengan mengkategorikan mengikut anak-anak Tok Linggi. Famili saya adalah berketurunan Imam Munah yang manaĀ  mempunyai keturunan yang paling ramai di Relong (betul ke?). SetakatĀ  ni nama adik-beradik saya masih tidak tersenarai lagi dalam teremba…bila la nak masukkan??? Huhuhuhu….

Ni mungkin teremba yang asal sebab tak berkembang lagi...

Continue reading

Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong

Di CoPas daripada http://alberangque.wordpress.com. Ada edit sikit-sikit…

…………………………..

Kiriman ini merupakan satu hebahan kepada semua penduduk Kampung Relong, Kuala Lipis serta sanak saudara yang berada diperantauan serta kepada semua keturunan Tok Linggi yang membuka Kampung Relong, baik yang ada di daerah Lipis atau di mana sahaja saudara saudari berada.

Dimaklumkan bahawa satu majlis Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong akan di adakan di perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Relong pada hari Ahad, 3 Oktober 2010, bermula 9.00 pagi sehingga 12.30 petang.

Kepada mereka yang tergolong dalam dua kategori di atas (penduduk Kg Relong dan saudara mara yang jauh dan dekat dan keturunan Tok Linggi) adalah dialu-alukan untuk hadir. Terdapat sedikit perubahan tarikh daripada pengumuman awal. Pada mulanya majlis ini akan dibuat pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) tetapi Continue reading

Kebijaksanaan Terpuji

Pada 23 Februari 2010 lepas (dah tiga bulan berlalu) bertambah lagi seorang anggota keluarga Tuan Haji Yusof. Alhamdulillah, Abang Long dan Kak Hana dikurniakan anak kedua. Muhammad Irfan Bin Mohd. Khairul Jihadi, itulah nama yang diberikan pada bayi lelaki yang beratnya 2.8 kg sewaktu dilahirkan di Hospital Selayang.

Terpuji, itulah maksud bagi Muhammad. Manakala Irfan membawa makna kebijaksanaan, pengetahuan dan kesyukuran. Jadi, saya memilih kebijaksanaan untuk dijadikan sebahagian tajuk entri. Oh ya, Irfan merupakan cucu lelaki pertama, cucu ketiga bagi ayah dan emak,Ā  dan adik kepada Nursyifa’ Imani.

Bercerita tentang anak saudara yang ketiga ini, tiga bulan lepas, beratnya hanya 2.8 kg. Namun setelah berusia tiga bulan, beratnya sudah mencecah 7.8 kg, hampir mencecah obesiti…huhuhu. Dasyat juga anak saudara yang seorang ni. Kebanyakkan baju yang memang sesuai dipakai pada umurnya sekarang, sudah tak boleh dipakai. Ketat, macam sarung nangka. Ada seorang makcik ni cakap (Abang Long cerita), Irfan sihat semacam sebab boleh bawa nama yang diberi. Itu kata orang tua-tua la. Alhamdulillah, tidak banyak ragam. Continue reading