Buat mereka yang mengajar erti kehidupan

Terasa sesuatu mengusik jiwa di pagi hari, ya rindu ku pada guru-guru ku…

Yang sentiasa ku lakukan adalah berdoa kepada ALLAH semoga diberi kebaikan dan kesejahteraan buat mereka yang pernah menjadi guru ku walaupun hanya seketika. Sama ada mereka seorang guru yang mengajar di kelas, pensyarah yang mengajar di bilik kuliyah, naqibah di halaqah, supervisor di medan kajian dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar erti kehidupan. SELAMAT HARI GURU buat semua…skema kooott…

Buat yang paling istimewa dalam hidup ku, SELAMAT HARI GURU kepada emak dan ayah. Walaupun dah bersara, Continue reading

Convey My Greetings

Bismillah…

Seperti yang sedia maklum, sekarang telah tiba musim haji di mana penerbangan jemaah haji Malaysia telah bermula. Alhamdulillah, antara bakal jemaah haji Malaysia tahun ini termasuk mak, ayah dan Mak Uda. Ini adalah kali kedua mak dan ayah menunaikan haji. Kali pertama adalah pada tahun 1990. Ermm…masa tu umur saya baru lima tahun.

InsyaALLAH, mengikut jadual penerbangan yang diterima mak, ayah dan Mak Uda adalah pada 26 Oktober ini (Selasa). Tak sampai dua minggu dari sekarang. Tarikh yang memang tidak dijangka kerana ayah memohon penerbangan akhir. Namun masih ada ruang masa lagi untuk menyediakan persiapan sebelum terbang. Secara tak langsung, saya juga menyibukkan diri untuk membantu mak dan ayah menyediakan barang kelengkapan..hehehe. Continue reading

Maher Zain-Save The Soul

Bismillah…

Assalamu`alaikum…

Tiba-tiba hari ni nak post something yang menarik perhatian saya berkaitan kehadiran Maher Zain ke Malaysia yang dijemput oleh pihak Raudhatus Sakinah yang seterusnya bekerjasama dengan beberapa pihak yang lain.

Dimaklumkan bahawa tiket konsert habis dijual. Ini menunjukkan nama Maher Zain di Malaysia sedang meningkat naik dengan lagu-lagunya yang boleh menyentuh hati. Tahniah buat Maher Zain!

Tapi saya bukan nak cerita tentang kepopularan Maher Zain di Malaysia, tetapi keikhlasan hatinya untuk menyedarkan orang ramai…senang kata berdakwah lah. Jadi, pagi tadi berkelapangan menonton MHI di TV3 yang mana artis jemputan adalah Maher Zain. Memang excited sangat la nak tengok. Nak tahu sangat apakah jawapan-jawapan yang akan dilontarkan oleh beliau adakah seiring dengan mesej nyanyiannya… Continue reading

Teremba Pengikat Silaturahim

Pada pagi 24 Syawal 1431 Hijrah lalu telah berlangsung sambutan Jamuan Hari Raya Silaturahim 1 Relong. Setelah miss beberapa kali sambutan ini untuk tahun-tahun sebelum ini, akhirnya saya tekad dan ditakdirkan dapat menghadiri sambutan ini. Alhamdulillah…dapat juga menunjukkan muka ni pada orang kampung…hehe~…

Apa bagusnya majlis ni? Tu boleh dijawab melalui entri sebelum ini. Senang kata, ini adalah majlis pertemuan bagi keturunan Tok Linggi yang membuka Kampung Relong.

Untuk majlis sambutan tahun ini, ahli keluarga Cikgu Yusof yang dapat hadir adalah Ayah (of course la…orang kuat program), Mak, Abang Ngah, Kak Sha, Saya 😉 , Izzah, Ilman, Akmal dan si kecik Najlaa’.

Majlis ini telah di organize oleh keturunan Tok Linggi sendiri yang mana dikepalai oleh mereka yang telah bersara termasuk Ayah. Yang muda-muda dilantik menjadi AJK unit. Kalau baca kertas kerjanya, memang ramai yang terlibat dari tua sampai yang muda. Unitnya pula macam-macam. Anyway, tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuk hadirin yang hadir.

Seperti biasa, setiap kali ada majlis sambutan seperti ini, pasti disediakan ruang untuk orang ramai melihat salah-silah keturunan Tok Linggi. Ini untuk pertama kali saya melihat teremba versi rumi. Yang ada di rumah adalah tulisan jawi. Selain itu telah diringkaskan dengan mengkategorikan mengikut anak-anak Tok Linggi. Famili saya adalah berketurunan Imam Munah yang mana  mempunyai keturunan yang paling ramai di Relong (betul ke?). Setakat  ni nama adik-beradik saya masih tidak tersenarai lagi dalam teremba…bila la nak masukkan??? Huhuhuhu….

Ni mungkin teremba yang asal sebab tak berkembang lagi...

Continue reading

Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong

Di CoPas daripada http://alberangque.wordpress.com. Ada edit sikit-sikit…

…………………………..

Kiriman ini merupakan satu hebahan kepada semua penduduk Kampung Relong, Kuala Lipis serta sanak saudara yang berada diperantauan serta kepada semua keturunan Tok Linggi yang membuka Kampung Relong, baik yang ada di daerah Lipis atau di mana sahaja saudara saudari berada.

Dimaklumkan bahawa satu majlis Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong akan di adakan di perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Relong pada hari Ahad, 3 Oktober 2010, bermula 9.00 pagi sehingga 12.30 petang.

Kepada mereka yang tergolong dalam dua kategori di atas (penduduk Kg Relong dan saudara mara yang jauh dan dekat dan keturunan Tok Linggi) adalah dialu-alukan untuk hadir. Terdapat sedikit perubahan tarikh daripada pengumuman awal. Pada mulanya majlis ini akan dibuat pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) tetapi Continue reading

Macam-macam

Situasi 1

Ketika berjalan terus ke hadapan, tanpa melihat kiri kanan terdengar pertanyaan daripada Abang Ngah di belakang.

“Cuba kira berapa biji motor yang ada kunci motor?”

Secara automatik terus menoleh ke kiri dan kanan. Kira-kira hampir 40 buah  motor di letakkan di bahu jalan yang tidak berturap. Boleh dikira hanya beberapa buah motor sahaja yang tiada kunci ditingggalkan.

Ketika waktu ini, saya hendak menghadiri kenduri kahwin bapa saudara saya di Kampung Tanjung Gahai pada hari Sabtu minggu lepas. Lokasinya agak pendalaman. Kalau 10 tahun dahulu jika hendak ke kampung ini perlu menaiki boya untuk menyeberangi sungai. Namun sekarang telah di sediakan jambatan. Namun agak jauh juga kampung itu daripada jambatan. Jalan agak sempit, muat untuk sebuah kenderaan empat roda sahaja lalui dalam satu-satu masa.

Melihat situasi di atas, saya sungguh kagum dengan kepercayaan orang kampung di situ terhadap satu sama lain. Selain itu, kenduri kahwin yang saya hadiri masih dilakukan secara bergotong-royong, makan pun berhidang. Memang agak susah untuk melihat keadaan ini pada waktu sekarang. Semoga sikap tolong menolong dan menghormati ini berterusan dan menjadi contoh buat masyarakat lain di luar.

Situasi 2

“Kalau drive di sini mesti kena kunci pintu. Continue reading

Konvoi LL4G

Dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini, saya pasti berada di hadapan televisyen untuk menonton Buletin Utama (BU) bagi mengikuti perkembangan Misi Kemanusiaan ke Gaza atau lebih mudah dikenali Life Line 4 Gaza (LL4G). Kenapa BU? Kenapa tak Astro Awani? Sebabnya di rumah ni tak melanggan Astro. Mungkin satu kepelikan, tapi bagi saya, tidak. Ok, tak perlu mengarut lebih, just entri kali ini sebagai respon saya terhadap tindakan serangan rejim zionis ke atas Mavi (MM) Marmara salah satu kapal yang menyertai konvoi LL4G di atas perairan antarabangsa.

Terus terang, x perlu lampu suluh, jamung, pelita atau lampu kalimantang tindakan rejim zionis yang menyerang MM sehingga 19 orang sukarelawan terbunuh termasuk 60 yang lain cedera adalah suatu perkara yang tidak berperikemanusiaan. Hasil tindakan mereka yang ‘giler’ itu, mendapat kutukan dari seluruh dunia. Rata-rata media cetak, media elektronik memaparkan pelbagai respon dari mereka yang cintakan keamanan dan yang paling famous adalah demonstrasi jalanan. Namun tidak kurang juga melalui jaringan internet, bersepah-sepah entri yang menulis tentang kisah ini. Bagi saya pengguna wordpress, cukup sekadar klik pada Tag Surfer, masukkan Gaza pada subscribed tags, maka bersusun la entri mengikut yang paling terakhir waktu yang dipaparkan.

Cukup cerita tentang respon dari seluruh dunia, sekarang ini pergi ke cerita 12 orang sukarelawan Malaysia yang menaiki MM yang ditahan oleh rejim zionis. Berita yang terakhir saya dengar, Continue reading