Exercise for focus thinking

Bismillah…

Tiba-tiba ada mood nak menulis pagi ni…sebab nak buat exercise focus thinking.

Ermm…lately so many thing/problem play around dalam minda ni. ALLAH sahaja yang tahu dan hanya kepada ALLAH sahaja tempat mengadu. Akhirnya memberi kesan kepada prestasi kerja saya sendiri terutama progress research. Walaupun sememangnya perkara yang hendak di buat tu bukanlah susah sangat malah saya sendiri amat menyukainya. Namun disebabkan pemikiran ni diganggu oleh macam-macam hal, maka terbengkalai laaaaaaa semua tugas yang harus disiapkan. Sampaikan bila meeting dengan supervisor terpaksa juga time tu perah otak sehabis mungkin untuk berada dalam track perbincangan.

Saya sedang mengharap simpati orang? Eh..tak der la. Tapi nak cerita di sini bagaimana saya nak gunakan betul-betul masa yang ada untuk selesaikan tugas-tugas yang amat-amat menuntut kepada kesungguhan…

Alhamdulillah, ALLAH telah mengkabulkan doa yang sentiasa dilafazkan Continue reading

Advertisements

Maher Zain-Save The Soul

Bismillah…

Assalamu`alaikum…

Tiba-tiba hari ni nak post something yang menarik perhatian saya berkaitan kehadiran Maher Zain ke Malaysia yang dijemput oleh pihak Raudhatus Sakinah yang seterusnya bekerjasama dengan beberapa pihak yang lain.

Dimaklumkan bahawa tiket konsert habis dijual. Ini menunjukkan nama Maher Zain di Malaysia sedang meningkat naik dengan lagu-lagunya yang boleh menyentuh hati. Tahniah buat Maher Zain!

Tapi saya bukan nak cerita tentang kepopularan Maher Zain di Malaysia, tetapi keikhlasan hatinya untuk menyedarkan orang ramai…senang kata berdakwah lah. Jadi, pagi tadi berkelapangan menonton MHI di TV3 yang mana artis jemputan adalah Maher Zain. Memang excited sangat la nak tengok. Nak tahu sangat apakah jawapan-jawapan yang akan dilontarkan oleh beliau adakah seiring dengan mesej nyanyiannya… Continue reading

Macam-macam

Situasi 1

Ketika berjalan terus ke hadapan, tanpa melihat kiri kanan terdengar pertanyaan daripada Abang Ngah di belakang.

“Cuba kira berapa biji motor yang ada kunci motor?”

Secara automatik terus menoleh ke kiri dan kanan. Kira-kira hampir 40 buah  motor di letakkan di bahu jalan yang tidak berturap. Boleh dikira hanya beberapa buah motor sahaja yang tiada kunci ditingggalkan.

Ketika waktu ini, saya hendak menghadiri kenduri kahwin bapa saudara saya di Kampung Tanjung Gahai pada hari Sabtu minggu lepas. Lokasinya agak pendalaman. Kalau 10 tahun dahulu jika hendak ke kampung ini perlu menaiki boya untuk menyeberangi sungai. Namun sekarang telah di sediakan jambatan. Namun agak jauh juga kampung itu daripada jambatan. Jalan agak sempit, muat untuk sebuah kenderaan empat roda sahaja lalui dalam satu-satu masa.

Melihat situasi di atas, saya sungguh kagum dengan kepercayaan orang kampung di situ terhadap satu sama lain. Selain itu, kenduri kahwin yang saya hadiri masih dilakukan secara bergotong-royong, makan pun berhidang. Memang agak susah untuk melihat keadaan ini pada waktu sekarang. Semoga sikap tolong menolong dan menghormati ini berterusan dan menjadi contoh buat masyarakat lain di luar.

Situasi 2

“Kalau drive di sini mesti kena kunci pintu. Continue reading

Kenapa hijau?

Pernah tak terfikir kenapa Allah mencipta warna daun-daun pokok hijau?

Kadang kala ada juga yang hendak mencari ketenangan dengan memerhati alam ciptaan Allah terutama melihat kehijauan alam supaya diri merasa segar sesegar kehijauan dedaunan.

Antara perkara yang boleh saya kongsikan di sini adalah kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan.

Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. Continue reading

Protected: Yang Baik Jadikan Teladan

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Paku Di Dinding Hati Mu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekalipun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Continue reading