• Aqsa as-Syarif

    bantu palestin!
  • RSS Unknown Feed

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Kalendar

  • Hari-hari yang berlalu

    May 2012
    S M T W T F S
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Contengan Terbaru

  • Kritikus

    This Teacher is So D… on Kisah LI: Menjelajah Banjaran…
    eziey on Kenapa hijau?
    Nurichiroe Nurichiro… on Cinta Sufi
    abdul latif umar.. on YB Jonaidah Ahmad
    nihaja on Exercise for focus thinki…
  • Pusat Operasi

  • Archives

  • Kategori

Exercise for focus thinking

Bismillah…

Tiba-tiba ada mood nak menulis pagi ni…sebab nak buat exercise focus thinking.

Ermm…lately so many thing/problem play around dalam minda ni. ALLAH sahaja yang tahu dan hanya kepada ALLAH sahaja tempat mengadu. Akhirnya memberi kesan kepada prestasi kerja saya sendiri terutama progress research. Walaupun sememangnya perkara yang hendak di buat tu bukanlah susah sangat malah saya sendiri amat menyukainya. Namun disebabkan pemikiran ni diganggu oleh macam-macam hal, maka terbengkalai laaaaaaa semua tugas yang harus disiapkan. Sampaikan bila meeting dengan supervisor terpaksa juga time tu perah otak sehabis mungkin untuk berada dalam track perbincangan.

Saya sedang mengharap simpati orang? Eh..tak der la. Tapi nak cerita di sini bagaimana saya nak gunakan betul-betul masa yang ada untuk selesaikan tugas-tugas yang amat-amat menuntut kepada kesungguhan…

Alhamdulillah, ALLAH telah mengkabulkan doa yang sentiasa dilafazkan supaya diberi petunjuk dan ilham dalam melaksanakan tugas-tugas saya.

Menjadi kebiasaan saya untuk setiap pagi bermula selepas solat subuh dan sesi tazkirah bersama housemate saya akan bergegas on radio IKIM untuk mendengar kuliyah tafsir Ustaz Zahazan. Saya teruskan mendengar sampai la saya sendiri tak nak dengar dah (sebab ada kerja atau nak keluar). Menjadi kebiasaan juga untuk saya mendengar slot motivasi pagi jam 7.30. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat membantu saya merefleksi diri tanpa mengambil kira siapakah penyampainya. As long as he or she can give me some knowledge, I’ll appreciate it.

Untuk bulan ini, jemputan penceramah motivasi pagi adalah Ustaz Hasrizal. Ya, saya akui saya adalah salah seorang peminat kepada cara dia berfikir dan topik yang dia bawa adalah berkaitan focus thinking. Errmm…dah nak hampir sebulan Ustaz Hasrizal bagi tajuk ni dengan membawa pelbagai kaedah dan ulasan yang menarik berkaitan focus thinking. Ddaaaannn….baru pagi ni laa saya betul-betul dapat memahami dan aplikasi apa yang sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Ustaz Hasrizal kepada pendengar.

Saya bermonolog dengan diri saya

Eh kenapa yerk aku lately hilang semangat nak laksanakan tugas dan amanah yang bertimbun-timbun tu?

Sebab engko ada banyak masalah laa yang engko sendiri larut dengan emosi disebabkan masalah ko tu.

Tapi sebelum ni aku tak macam ni la. Sebab dulu sebesar mana pun masalah aku, aku mampu untuk tidak campurkan hal peribadi dengan tugas. Aku boleh laksanakan tugas dengan baik. Aku bersikap profesional laaa...(jawab dengan penuh sombong…hahaha)

Tak de…hakikatnya ko memang tak mampu laa….ko hipokrit jer sebelum-sebelum ni….

Aku akui memang kadang-kala aku terbawa-bawa emosi tu, tapi dapat juga kontrol…tapi kali ni macam teruk sangat sebab aku tak boleh nak buat kerja niii….

Sebab ko perempuan…emosi yang menguasai diri…

Mana ada laa…Aku perempuan ke, aku lelaki ker…sama je sebab ALLAH beri hati yang sama untuk semua orang…cuma tinggal kita jer mampu atau tak mengawalnya…Ni mesti ada sebab jadi begini?

Sedang menghayati talk Ustaz Hasrizal……

Eh!…ko tahu tak kenapa ko tak boleh nak buat kerja?

Ermm…aku macam dapat jer jawapan tu…Fikiran aku tak fokus…

Yeah!…memang betul. Ko membenarkan macam-macam distraction masuk dalam fikiran ko sekali sambil ko tengah fikir. Thats why ko tak semangat, malas nak buat kerja…

Hehehe…betul-betul. So right now, I need to give 101% focus in my mind.

Tak usah dah ko nak melalak nyanyi lagu Maher Zain masa ko buat kerja reseacrh ko tu…Tak usah ko nak layan sangat perasaan ko tu masa nak settlekan tugas-tugas ko as a*****h. Tak perlu kot nak rajin klik-klik tab kat mozilla tu masa tengah buat kerja. Zikir kepada ALLAH x per…

Alhamdulillah, tak tahu nak ucap syukur kepada ALLAH macam mana. Sekarang saya dah tahu titik kelemahan saya sebenarnya. Saya susah untuk fokus semasa berfikir. Allah dah makbulkan doa saya.

Dan….itulah apa yang terbaik untuk diri saya sebenarnya. I feel better rigth now. Thank You ALLAH! Engkau tahu apa yang terbaik buat hambaMu yang amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat amat lemah ni…

Errm…patutlah ALLAH turunkan macam-macam ujian kat saya lately, just nak ajar saya satu perkara sahaja iaitu supaya berfikir dengan berfokus!

***************

Exercise saya berjaya, sebab dapat tamatkan penulisan kurang daripada sejam. Tahniah! (tepuk bahu sendiri)

One Response

  1. makin lama, smgt makin menurun..jom fokus2!..kita mampu buat..gambate kak adah..sama2 berusaha.. (mai nk tlg tepuk bahu akk gak.hehe)

    Gambate to Iman gak! U can do it. We can do it! Yeeahh!!!!

Leave a comment