Hatrick tahun 2011

Bismillah…

Alhamdulillah, semalam 12 Disember 2011 lebih kurang jam 1230 tengahari bertambah seorang lagi ahli keluarga Haji Yusof Ibrahim, cucu ayah keenam. Kak Hana selamat melahirkan bayi perempuan, adik kepada Syifa’ dan Irfan. Jadi ini anak ketiga Abang Long. Bertambah lagi bilangan golongan hawa di dalam keluarga Haji Yusof. Maka Irfan masih menjadi satu-satunya cucu lelaki yang ada buat masa sekarang.

Saya tak pasti maklumat lain tentang adik Irfan tu, melainkan tahu dia lahir jam berapa sahaja. Huhu..teruk betul Mak Teh dia ni. Busy la sangat…kononnya. Yer…sedang mengejar ‘dead’line.

Tak lama lepas tu dapat la SMS daripada Abang Ngah yang mengeluarkan fakta tentang family Haji Yusof untuk tahun 2011

1. Arif (Abang De) anak ketiga, mendapat anak sulung dan cucu pertama ayah dan mak untuk tahun 2011.

2. Abang Ngah, anak kedua, mendapat anak Read more »

Jika Dakwah Itu Kita…

Jika dakwah itu kita bahagi-bahagikan dalam hati kita, pasti hati kita dikuasai oleh bahagian lain

Jika dakwah itu kita bahagi-bahagikan masanya, pasti masanya akan dicuri oleh masa yang lain

Jika dakwah itu kita buat bila kita rasa nak buat, pasti pemilihan kita lebih berat kepada apa yang kita seronok nak buat

Jika dakwah itu kita letakkan pada kata-kata sahaja, pasti kita banyak main-main

Jika dakwah itu kita fikir bila kita nak fikir, pasti kita lebih banyak memikirkan hal lain selain dakwah

Jika dakwah itu kita berkira-kira nak lakukan, pasti kita akan lebih berkira untuk diri kita

Jika dakwah itu kita rasa kita je yang buat, pasti kita tak mampu nak buat

Jika dakwah itu kita rasa menyusahkan, pasti kita pilih nak rileks sahaja

Jika dakwah itu kita rasa untuk orang yang tertentu sahaja buat, pasti kita takkan buat

Jika dakwah itu kita buat atas kepentingan diri sendiri, pasti kita akan tinggalkan bila dah dapat

Jika dakwah itu kita buat sebab orang, Read more »

ALLAH nak kita dekat denganNya

Bismillah…

Assalamu`alaikum… Dah lama benar tak update blog. Niat hati nak update memang ada, tapi tu la, masih sunyi. Nak kata buzy, tipulah.

Sekarang sedia maklum rata-rata universiti di Malaysia tengah bercuti panjang. Jadi agak sunyi la suasana di UTM sekarang. Tak perlu lagi datang awal ke PSZ semata-mata hendak dapatkan tempat selesa untuk online. Yes! I’m still at UTM. Masih meneruskan perjalanan seterusnya di sini selepas tamat degree. Sayang UTM? Yup, memang sayang sebab ada sesuatu yang sedih hendak ditinggalkan. Mungkin tak bersedia lagi untuk tinggalkan untuk mencari kekuatan yang masih tak cukup.

Pernah juga ada yang bertanya lepas habis degree nak buat apa? Jawapan skema ‘Nak sambung belajar, malas nak kerja’. Alasan je tu. Jadi minta maaf kalau sesiapa yang telah menerima jawapan seperti itu sebelum ini.

Apa yang saya sayangkan sangat tu?

Jap, nak cerita sikit. Sebelum ini pernah mengikuti suatu daurah (kursus) yang mana penyampai bertanya soalan cepu emas yang berbunyi, ‘Sebab apa antum di campakkan ke UTM?’. Read more »

InsyaAllah [Malay Version]

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu.. Read more »

Entri awal tahun 2011 (updated)

Sesi duduk melepak di MSI…Buat apa? Ermm…

Dah lama sangat tak update blog ni. Nak kata tak mengunjung, kunjungan hampir setiap hari. Niat hendak menulis ada, tapi tiada apa pun yang terbit. Nak kata tak ada cerita, hari-hari ada sahaja kisahnya. Nak kata tiada apa hendak kongsi, sebenarnya ada jer. Tapi blog still tak update. Huhu~

Mak ayah yang menunaikan haji dah selamat sampai Malaysia pada 8/12/2010 lepas. Saya pula dah merata tempat berjalan. Entah berapa kali pergi balik antara Johor dan Pahang. Seminggu pulang ke Johor, seminggu pulang ke Pahang. Main tepi pantai dah, redah hutan pun dah, panjat gunung pun dah (walaupun tak tinggi mana pun daki). Semua dah…tapi blog still tak update. Read more »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.